03/06/2026
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
MAJLIS PERASMIAN & PENYERAHAN MAKMAL KOMPUTER
Alhamdulillah, Majlis Perasmian dan Penyerahan Makmal Komputer telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini turut menyaksikan penyerahan sumbangan kelengkapan serta kerja-kerja menaik taraf kemudahan makmal bernilai RM618,400.00.
Semoga kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh warga KUIJSI dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik serta pembangunan teknologi pendidikan.
‘Quwwah lagi Amanah’
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUIJSI 25/26
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM
01/06/2026
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
TERIMA KASIH JOJO
Majlis Perwakilan Pelajar KUIJSI mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada JOJO atas segala
khidmat bakti, dedikasi serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh amanah ini. Setiap usaha, pengorbanan dan kepimpinan yang ditampilkan menjadi tunjang kepada kelancaran gerak kerja, kekuatan organisasi serta kejayaan pelbagai program yang telah dilaksanakan.
Semoga segala jasa yang dicurahkan menjadi kenangan bermakna, pengalaman berharga dan diberkati oleh Allah SWT.
Khidmat Disantuni, Bakti Dihargai
'Quwwah lagi Amanah'
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUIJSI 25/26
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM
01/06/2026
[ ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI
PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN
IBRAHIM ]
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
DAULAT TUANKU
Merafak sembah dengan penuh takzim serta setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, serta rahmat dan keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi negara, memimpin rakyat, dan menjunjung kemakmuran Malaysia.
Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 25/26
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM
27/05/2026
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA🕌
Aidiladha hadir membawa seribu makna tentang keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan yang tulus kepada Allah SWT. Peristiwa agung pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS mengajar kita bahawa setiap ujian yang dihadapi dengan penuh sabar dan iman pasti akan membawa hikmah yang besar.
Hari yang mulia ini bukan sahaja diraikan dengan ibadah korban dan takbir yang bergema, tetapi juga menjadi ruang untuk kita memperkukuhkan hubungan sesama insan, menyemai nilai kasih sayang serta memperbanyakkan rasa syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 37, yang sampai kepada-Nya bukanlah daging dan darah korban itu, tetapi ketakwaan daripada hamba-Nya. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan, sekecil mana sekalipun, diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
‘Quwwah lagi Amanah’
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUIJSI 25/26
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM
27/05/2026
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
✨SELAMAT HARI ARAFAH 1447H✨
Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia di sisi Allah SWT, hari yang dipenuhi dengan rahmat, keampunan dan doa-doa yang tidak terhijab. Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan istighfar, doa serta muhasabah diri agar hati sentiasa dekat dengan-Nya.
“Bukan semua luka boleh diceritakan kepada manusia. Sebab itu Allah hadirkan Hari Arafah untuk kita bercerita terus kepada-Nya.”
Semoga setiap air mata yang jatuh menjadi penghapus dosa, setiap doa yang dipanjatkan diangkat ke langit, dan setiap pengharapan diberikan jalan yang terbaik oleh Allah SWT.
‘Quwwah lagi Amanah’
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUIJSI 25/26
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM
14/05/2026
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
MINGGU TAARUF DAN MAHABBAH MAHASISWA BAHARU
Menjadi sebahagian daripada keluarga besar di sini melalui MITAS 19 adalah satu fasa yang cukup bermakna. Bermula dengan debaran hari pendaftaran, kini kami berdiri di sini sebagai mahasiswa baharu yang membawa segunung harapan—bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk keluarga dan agama.
Minggu Taaruf dan Mahabbah ini mengajar kita bahawa perjalanan menuntut ilmu bukan hanya tentang buku dan peperiksaan, tetapi tentang bagaimana kita membentuk peribadi dan menyatukan hati dalam ukhuwah yang diredhai. Semoga semangat yang membara sepanjang MITAS ini terus kekal sehingga hari graduasi nanti.
‘Quwwah lagi Amanah’
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUIJSI 25/26
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM
11/05/2026
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SELAMAT MENYAMBUT SEMESTER BAHARU!
Selamat kembali ke menara gading buat semua rakan mahasiswa! 🏛️✨
Setiap semester yang hadir membawa seribu satu peluang dan cabaran yang berbeza. Inilah masanya untuk kita menggilap semula potensi diri, memperbaiki kelemahan lalu, dan menyusun strategi yang lebih mantap demi mencapai kecemerlangan akademik serta sahsiah.
Mari kita mulakan langkah pertama dengan azam yang jelas. Jadikan dewan kuliah sebagai medan ilmu dan setiap tugasan sebagai tangga menuju kejayaan. Ingatlah, usaha yang konsisten adalah kunci kepada kejayaan yang luar biasa.
Semoga semester ini menjadi musim yang produktif dan penuh dengan kenangan manis buat kita semua. Selamat menempuh semester baharu!
‘Quwwah lagi Amanah’
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUIJSI 25/26
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM