Tadika Ummu Mukmin

Tadika Ummu Mukmin

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Ummu Mukmin, Education, Tadika Ummu Mukmin-J5A1112 (200803185907/JM0523329-T) No 55, Jalan Nusaria 4/12, Johor Bahru.

Pratadika - Tadika - Daycare -
Kelas Mengaji - Tuisyen

TADIKA UMMU MUKMIN
“ Adab Seiring Ilmu “

Layari Laman web Kami!:
https://tadikaummumukmin2.odoo.com/

Ikuti Kami Di Laman Sosial!:
https://linktr.ee/Chiquentree “ SEKOLAH PERTAMA UNTUK ANAK SHOLEH BERMULA “

� SUBJEK AKADEMIK & ISLAMIK.

� Belajar membaca, menulis, mengira dan mena’akul.
� Mengaji & praktikal solat
� Praktikal akhlak mu

23/05/2026

Sanah Helwah Nur Qistina Amanda. Semoga berjaya di dunia & akhirat

Photos from Tadika Ummu Mukmin's post 21/05/2026

🎁🎂 21.05.2026 🎂🎁

Sanah Helwah
Nur Qistina Amanda 💖

Semoga Amanda membesar menjadi anak yang solehah, bijak, sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah serta berjaya di dunia dan akhirat 🤍

اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَاسْقِ مَنْ سَقَانِي
"Ya Allah, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepadaku." (HR. Muslim)

Alhamdulillah, tahun lepas Amanda juga meraikan hari istimewa bersama kami dan tahun ini masih diberi peluang. Terima kasih kerana terus memilih Tadika Ummu Mukmin🫶🏻

Semoga Amanda sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kebahagiaan hingga ke Syurga Firdaus. امين🤲🏻



Photos from Tadika Ummu Mukmin's post 16/05/2026

Misi Kejutan Hari Guru Berjaya!

Syukur, berjaya memberi sedikit kelainan dan menghargai segala titik peluh mereka mendidik anak-anak syurga kita setiap hari.

Alhamdulillah, teruja dengan kejutan manis yang dirancang bersama staf SDS! Memang tersenyum lebar bila kejutan tu sampai ke meja. Reaksi dan senyuman mereka, itulah kenangan manis yang akan sentiasa tersimpan rapi dalam memori kami.

Terima kasih yang tak terhingga buat barisan pendidik hebat ini atas dedikasi luar biasa yang ditunjukkan setiap hari:

🌹 Cikgu Nabila:
Terima kasih atas kasih sayang tanpa syarat yang sentiasa menghangatkan jiwa anak-anak murid.

🌹 Cikgu Izah:
Tabik hormat atas kesetiaan tahap tertinggi dan pengorbanan yang tak pernah luntur.

🌹 Cikgu Hurin:
Syabas atas kreativiti tanpa batasan yang sentiasa membuka minda dan menceriakan kelas!

Semoga ukhuwah kita terus utuh dan didoakan agar cikgu-cikgu semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan terus bersemangat mendidik anak bangsa.
Selamat Hari Guru! Terima kasih atas segalanya. ❤️

Photos from Tadika Ummu Mukmin's post 16/05/2026

‘Makna Sebenar Hari Guru Buat Kami’

SOPAN KALIAN MEMBUATKAN KAMI SEGAN
TOLAK ANSUR KALIAN MEMBUAT KAMI TERHIBUR

Semalam, bersempena dengan sambutan Hari Guru, kami menerima lambakan hadiah dan tanda ingatan yang sangat istimewa. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi menyediakan hadiah buat kami. Setiap pemberian itu amat kami hargai dan simpan kemas dalam memori.

Namun, izinkan kami ‘berkongsi rasa’ dari lubuk hati pendidik tentang apa yang sebenarnya paling membahagiakan kami di sini.

Bagi kami, hadiah yang paling mahal bukanlah yang berbalut indah dengan reben yang cantik. Hadiah yang paling bermakna adalah keprihatinan, adab, dan sokongan ibu bapa yang 'memaknai' Hari Guru pada setiap hari persekolahan.

🌷Hati kami sentiasa dipenuhi rasa syukur yang amat dalam apabila dikurniakan ibu bapa yang sangat mudah ketika berinteraksi.
🌷Kesantunan bicara dan akhlak kalian sering kali membuatkan kami berasa segan dan sangat dihormati.
🌷Tatkala anak-anak tanpa sengaja mendapat luka kecil sewaktu riang bermain sesama rakan, sifat tolak ansur dan ketenangan kalian amat melegakan hati kami.
🌷Keprihatinan kalian untuk mengambil anak lebih awal atau sudi merehatkan mereka di rumah ketika kurang sihat, adalah empati yang sangat kami sanjungi.
🌷Apatah lagi ingatan tulus menerusi sumbangan makanan dan rezeki yang tidak putus-putus dikongsi bersama kami, walau pada hari-hari biasa sangat kami hargai.
🌷 Syukur juga atas kerjasama erat dalam mematuhi peraturan dan disiplin masa. Tindakan menepati waktu sungguh memudahkan urusan kami, malah ia menjadi contoh tauladan disiplin yang baik untuk diikuti oleh anak-anak.
🌷Ditambah p**a dengan wajah yang sentiasa manis dan tutur kata yang menyejukkan jiwa setiap kali bersua muka semua ini membuatkan kami rasa sangat selesa, dihargai, dan berharga sebagai pendidik.

Terima kasih kerana menjadi rakan kongsi yang luar biasa dalam usaha kita bersama membentuk adab, disiplin, dan keyakinan anak-anak ini. Sikap kalian inilah yang menjadi asbab mengapa kami sentiasa gembira dan bersemangat menyambut kehadiran anak-anak di depan pintu setiap pagi.

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan, memudahkan urusan, dan melimpahkan rahmat yang tidak putus buat kalian sekeluarga. Terima kasih kerana menjadikan setiap hari kami seperti “Hari Guru Hari-hari” ♥️🌹♥️

14/05/2026

Tadika Islam Ummu Mukmin.
Pengambilan bagi tahun 2027 dibuka pada 1 Ogos 2026

Photos from Tadika Ummu Mukmin's post 08/05/2026

🚒🔥 Wira Kecil Ummu Mukmin 🔥🚒

“Wira Kecil” yang berani, bijak dan peka dengan keselamatan diri.

Antara aktiviti menarik:
✨ Simulasi menyelamat ketika kebakaran
✨Perhimpunan & taklimat
✨ Misi memadam api
✨ Aktiviti keselamatan dan tindakan kecemasan

Alhamdulillah, anak-anak sangat teruja dan berani mencuba! Semoga pengalaman ini memberi ilmu yang bermanfaat dan membina keyakinan diri mereka sejak kecil.
👩🏻‍🚒👨🏻‍🚒🔥 👩🏻‍🚒👨🏻‍🚒🔥 👩🏻‍🚒👨🏻‍🚒🔥

https://vt.tiktok.com/ZS9GDnUdQ/




Photos from Tadika Ummu Mukmin's post 05/05/2026

✨ Testimoni Ibu Bapa ✨

Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan yang diberi walaupun hanya sementara.

Bersama kami sekitar 3 bulan, p**ang dengan kenangan, ilmu dan kasih sayang yang tak terungkap. Dari belum lancar, kini sudah pandai membaca Al-Fatihah… dari asing, kini rindu pada teacher dan kawan-kawan 🥹

Walau sementara mereka tetap kami didik dengan amanah dan cinta.
Walau sekejap tetap bermakna.

Terima kasih atas hadiah yang diberikan oleh Nadeera sekeluarga tempoh hari.
Semoga terus berjaya di tempat baharu.

05/05/2026

✔️Belajar Adab & Disiplin
✔️ Amalkan ad diin
✔️ belajar membaca

04/05/2026

Amalkan sunnah dalam kehidupan harian.


01/05/2026

🖐🏻 Pillars of Islam


Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Tadika Ummu Mukmin-J5A1112 (200803185907/JM0523329-T) No 55, Jalan Nusaria 4/12
Johor Bahru
81550