Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM

Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM

Share

Office of Deputy Vice - Chancellor (Development)

20/07/2026

IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) DI JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN), UTM JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Iklan Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Johor Bahru akan dibuka mulai 10 Julai 2026 (Jumaat). Sehubungan itu, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:

i) Penolong Jurutera Elektrik (Gred J5)
ii) Pelukis Pelan (Gred J1)
iii) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N1)

Tarikh mula permohonan: 10 Julai 2026 (Jumaat)
Tarikh Tutup Permohonan: 23 Julai 2026 (Jumaat)
Borang Permohonan: https://forms.gle/Y9Dyakb97D45jVo27

Photos from Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM's post 17/07/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐Ž๐“๐Ž๐๐†-๐‘๐Ž๐˜๐Ž๐๐† ๐Š๐‡๐€๐’

Program Gotong-Royong Khas bagi membanteras penularan wabak demam denggi telah memulakan pelaksanaannya pada 17 Julai 2026 di Kolej Datin Seri Endon (KDSE). Program ini akan berlangsung selama tiga (3) hari, iaitu 17 hingga 19 Julai 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, melibatkan aktiviti pembersihan kawasan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pelaksanaan program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan UTM dalam memastikan persekitaran kampus sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada ancaman wabak demam denggi. Pada hari pertama pelaksanaan, warga UTM berganding bahu membersihkan kawasan sekitar kolej, menghapuskan takungan air serta mengenal pasti lokasi yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga UTM, petugas dan pihak yang telah memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini. Diharapkan usaha murni ini dapat diteruskan sehingga tamat program pada 19 Julai 2026 demi mewujudkan persekitaran kampus yang lebih sihat dan kondusif.

Photos from Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM's post 15/07/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ & ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‚๐‹๐Ž๐‚๐Š ๐Ž๐”๐“ ๐๐„๐’๐€๐‘๐€

Selamat bersara wajib diucapkan kepada Puan Marina binti Mohammed Yassin, Penolong Jurutera (Gred JA7), Unit Bangunan Kediaman, Seksyen Penyenggaraan, Fasiliti dan Infrastruktur, Bahagian Pengurusan Aset, JTNC(P) setelah berkhidmat selama 32 tahun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkuat kuasa pada 15 Julai 2026.

Majlis Penghargaan dan Sesi Clock Out Pesara Puan Marina binti Mohammed Yassin telah diadakan pada 15 Julai 2026 (Rabu) jam 4.00 petang bertempat di Foyer Kompleks BPA, Blok F53.

Semoga Puan Marina sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T., dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segala jasa, bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan. Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi kenangan yang indah dan bermakna.

Photos from Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM's post 08/07/2026

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ง๐๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐”๐“๐Œ๐…๐ฅ๐ž๐ž๐ญ ๐›๐š๐ ๐ข ๐†๐ฎ๐ง๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข

Sesi Penyerahan Kenderaan UTMFleet Gunasama Universiti telah berlangsung pada 8 Julai 2026 di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI), UTM Johor Bahru.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Zaini bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) kepada wakil pengurusan UTMFleet.

Sebanyak dua (2) unit Nissan Serena telah diserahkan bagi kegunaan Kenderaan Pool Gunasama Universiti, melibatkan satu (1) unit untuk Fleet UTM Johor Bahru dan satu (1) unit lagi untuk Fleet UTM Kuala Lumpur.

Penyediaan kenderaan ini merupakan sebahagian daripada usaha Universiti dalam memperkukuh kemudahan pengangkutan rasmi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada warga UTM di kedua-dua kampus.

Semoga penambahan aset ini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi menyokong kelancaran urusan rasmi Universiti serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

UTM FLEET

Photos from Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM's post 07/07/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐๐š๐ข๐ค ๐“๐š๐ซ๐š๐Ÿ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ค๐š๐ง๐๐š๐ซ (๐ƒ๐’๐ˆ)

YBrs. Prof. Ir. Dr. Zaini bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), telah mengadakan lawatan ke Projek Naik Taraf Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Johor Bahru bersama pasukan Bahagian Pengurusan Aset BPA, JTNCP, UTM pada 7 Julai 2026 (Selasa) bagi memantau kemajuan projek serta memastikan pelaksanaannya berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Lawatan ini turut memberi ruang kepada pasukan projek untuk berkongsi status terkini pelaksanaan kerja, di samping memastikan setiap aspek projek memenuhi standard kualiti, keselamatan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.





Photos from Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM's post 06/07/2026

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐š๐ข๐› ๐‚๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ฅ๐จ๐ซ (๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง) ๐๐š๐ง ๐€๐ก๐ฅ๐ข ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐‰๐“๐๐‚(๐)

Sesi perjumpaan bersama YBrs. Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan barisan AJK pengurusan JTNC(P) telah diadakan pada 6 Julai 2026 (Isnin) secara fizikal dan dalam talian di Bilik Mesyuarat Mentigi, JTNC(P) melibatkan pegawai di UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur.

Sesi yang dianjurkan ini telah menjadi titik mula hubungan dan kerjasama erat diantara YBrs. TNC(P) yang baharu dilantik bersama AJK Pengurusan JTNCP sedia ada. Melalui perkongsian objektif dan matlamat oleh YBrs TNC(P), JTNC(P) disarankan agar terus bergerak maju dan mengamakan budaya berprestasi tinggi bertepatan dengan hasrat Universiti.






Photos from Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM's post 06/07/2026

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐‚๐ฅ๐จ๐œ๐ค ๐ˆ๐ง, ๐Œ๐จ๐ซ๐ง๐ข๐ง๐  ๐๐ซ๐ข๐ž๐Ÿ๐ข๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ž๐ญ & ๐†๐ซ๐ž๐ž๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐š๐ข๐› ๐‚๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ฅ๐จ๐ซ (๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง)

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) telah mengadakan Sesi Clock In, Morning Briefing dan Meet & Greet bersama Prof. Ir. Ts. Dr. Zaini bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), pada 6 Julai 2026 (Isnin) di Lobi Pejabat Pentadbiran dan Bilik Mesyuarat Mentigi, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Program dimulakan dengan sesi Clock In sebelum diteruskan dengan Morning Briefing dan Meet & Greet bersama warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Sesi ini merupakan platform perkenalan antara Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan staf Pejabat TNC(P), sekali gus mengeratkan hubungan, memperkukuh komunikasi, berkongsi aspirasi serta memupuk semangat kerjasama ke arah memperkasakan penyampaian perkhidmatan Jabatan.

Photos from UTM, Centre for Corporate Communications's post 04/07/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐‘๐€๐“ ๐๐„๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐๐Ž๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐€๐ˆ๐ ๐‚๐€๐๐’๐„๐‹๐Ž๐‘ ๐”๐“๐Œ

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐๐ซ๐จ๐Ÿ. ๐ˆ๐ซ. ๐“๐ฌ. ๐ƒ๐ซ. ๐™๐š๐ข๐ง๐ข ๐›๐ข๐ง ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pada sesi ini, Naib Canselor UTM, YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim telah menyempurnakan penyerahan surat pelantikan dan menerima lapor diri tiga Timbalan Naib Canselor, iaitu:

โ€ข Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat โ€“ Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
โ€ข Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar โ€“ Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
โ€ข Prof. Ir. Ts. Dr. Zaini bin Ahmad โ€“ Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

Sekalung tahniah turut diucapkan kepada semua Timbalan Naib Canselor atas pelantikan ini. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dalam memacu kecemerlangan UTM.

Photos from Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM's post 04/07/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐€๐ˆ๐ ๐‚๐€๐๐’๐„๐‹๐Ž๐‘ (๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐) ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐”๐’๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) sempena UTM Staff Games (USG) 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Julai 2026 (Jumaat) bertempat di Anjung Aspirasi, Bahagian Pemajuan Aset (BPA), JTNC (P).

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Zaini bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) sebagai simbolik penyerahan bendera dan suntikan semangat kepada para atlet yang akan mewakili JTNC (P) dalam kejohanan tersebut.

Semoga penyertaan kontinjen JTNC (P) dalam USG 2026 menjadi wadah untuk memperkukuh semangat berpasukan, mengeratkan ukhuwah serta mencipta kejayaan yang membanggakan.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ ๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ค๐จ๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ฃ๐ž๐ง ๐‰๐“๐๐‚ (๐)!

Photos from Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM's post 02/07/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ & ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‚๐‹๐Ž๐‚๐Š ๐Ž๐”๐“ ๐๐„๐’๐€๐‘๐€

Selamat bersara wajib diucapkan kepada Puan Saripah Rabi-ah binti Wan Mashor (10376), Setiausaha Pejabat (Gred N6), Bahagian Pemajuan, JTNC (P) setelah berkhidmat selama 18 tahun di UTM, berkuat kuasa pada 2 Julai 2026.

Majlis Penghargaan dan Sesi Clock Out Puan Saripah Rabi-ah binti Wan Mashor telah diadakan pada 1 Julai 2026 (Rabu) jam 4.00 petang bertempat di Foyer Kompleks BPA, Blok F53.

Semoga Puan Saripah Rabi-ah sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T., dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segala jasa, bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan. Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi kenangan yang indah dan bermakna.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00