๐๐๐ก๐๐๐๐๐๐ฃ ๐๐ค๐ก๐๐ฉ ๐ฟ๐๐ช๐๐
Nak rezeki murah dan hati lebih tenang? ๐ฆ๐ผ๐น๐ฎ๐ ๐๐ต๐๐ต๐ฎ ๐ธ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ป๐๐ฎ!
Solat sunat ni ibarat "jemputan rezeki" dari Allah. Dalam satu hadis, Nabi SAW sebut: "Allah cukupkan rezeki sesiapa yang solat Dhuha''
kalau kita istiqamah, insyaAllah Allah akan cukupkan keperluan kita. ๐ง๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐๐๐ถ๐ป๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฏ๐ฒ๐ป๐๐๐ธ ๐ฑ๐๐ถ๐ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ท๐ฎ, tapi boleh jadi dalam bentuk kesihatan, ketenangan, dan kelapangan urusan.
Tak lama pun, boleh buat 2 rakaat je dulu. Yang penting, ๐ธ๐ผ๐ป๐๐ถ๐๐๐ฒ๐ป. Jom kita tambahkan lagi amalan kita di bulan ramadhan ini.
Pedoman Keluarga Islam Johor
Memberi panduan mengenai undang-undang keluarga Islam. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
๐๐ค๐ก๐๐ฉ ๐๐ช๐ฃ๐๐ฉ ๐๐๐๐๐ก๐ช๐ข ๐๐ช๐๐ช๐
Tahukah anda? ๐๐๐ฎ ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐น๐๐บ ๐ฆ๐๐ฏ๐๐ต ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ด๐ฎ๐น๐ฎ ๐ถ๐๐ถ๐ป๐๐ฎ!
Solat sunat sebelum subuh ni memang kecil dari segi jumlah rakaat, tapi besar sangat ganjarannya.
Kalau nak hidup penuh keberkatan, mulakan hari dengan dua rakaat ni. Ambil masa tak sampai 5 minit, tapi ganjarannya luar biasa, terlebih lagi dalam bulan ramadan ni.
Mari sama-sama kita tambahkan amalan kita dengan solat sunat sebelum subuh!
02/03/2025
๐ฅ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐น๐ฎ๐ด๐ถ!
Selamat berpuasa semua! Semoga tahun ni kita semua dapat manfaat penuh dari bulan yang penuh barakah ni. Jangan lupa niat, jangan ponteng sahur, dan paling penting, kawal emosi. Lapar bukan tiket nak marah-marah ya.
Semoga puasa kali ni lebih baik dari sebelum ni. Jom sama-sama tingkatkan ibadah dan perbaiki diri. InsyaAllah, ada keberkatan di setiap usaha kita.
Jaga diri, jaga hati, jaga iman. Selamat berpuasa!
Jika ada permasalahan dalam rumahtangga. Cuba usaha untuk cari penyelesaian dahulu.
Terkadang isunya kecil. Cuma tiada komunikasi dari pihak2 untuk cuba cari penyelesaian.
Cuba juga betulkan keadaan dalam rumahtangga. Betulkan/tambahkan amalan2 kita.
Cuba jaga hubungan dengan Allah. Inshaallah hubungan kita sesama manusia akan terjaga.
Mari sama2 kita hadirkan suasana 'Keluarga Islam' dalam rumahtangga kita.
19/01/2025
๐ง๐ฎ๐ต๐๐ธ๐ฎ๐ต ๐๐ป๐ฑ๐ฎ? ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐๐๐ฎ๐ฟ ๐ ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ฎ๐๐ ๐๐ฒ๐ป๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ฆ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ต
Tahukah anda, melafazkan cerai di luar Mahkamah Syariah tanpa melalui prosedur yang sah adalah satu kesalahan jenayah syariah di Malaysia?
Penceraian di luar mahkamah berlaku apabila suami melafazkan talak tanpa mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Suami yang melafazkan cerai tanpa kebenaran Mahkamah Syariah boleh dikenakan hukuman dibawah Enakmen Mahkamah Syariah.
Lafaz cerai di luar Mahkamah Syariah bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menjejaskan hak pasangan.
12/12/2024
๐๐๐ ๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ข ๐๐๐๐๐๐ช๐ฅ๐๐ฃ ๐ฝ๐๐ง๐ ๐๐ก๐ช๐๐ง๐๐
Dalam kehidupan berkeluarga, ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ฟ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ธ๐๐ป๐ฐ๐ถ
untuk menghadapi pelbagai cabaran dan ujian yang datang, sama ada dalam bentuk masalah kewangan, kesihatan, atau hubungan antara ahli keluarga.
๐๐ฒ๐ฟ๐๐ป๐๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ฟ๐๐บ๐ฎ๐ต๐๐ฎ๐ป๐ป๐ด๐ฎ antaranya berpunca daripada kurangnya kesabaran dalam menghadapi cabaran di dalam rumahtangga.
Sikap sabar akan membantu setiap ahli keluarga untuk menahan diri daripada bertindak balas secara negatif apabila berhadapan dengan situasi yang sukar. Sebaliknya, mereka akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan penuh kesabaran dan ketenangan.
Oleh itu, Marilah kita sama2 memupuk sikap sabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan berumahtangga.
26/11/2024
๐ฝ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐๐ข ๐ฟ๐๐ฅ๐๐ง๐ก๐ช๐ ๐๐ฃ?
Terdapat beberapa alasan Wali Hakim dipohon di Mahkamah Syariah. Antaranya:
๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐๐ฑ๐ฎ ๐ช๐ฎ๐น๐ถ ๐ก๐ฎ๐๐ฎ๐ฏ
Bagi perempuan yang tidak mempunyai wali nasab seperti saudara baru yang memeluk Islam.
๐๐ป๐ฎ๐ธ ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฆ๐ฎ๐ต ๐ง๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ณ
Anak tak sah taraf tidak mempunyai wali yang sah.
๐ช๐ฎ๐น๐ถ ๐๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ป
Wali asal enggan atau tidak mahu menikahkan tanpa alasan yang munasabah.
๐ช๐ฎ๐น๐ถ ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฏ
Wali asal hilang dan tidak tahu keberadaannya dalam tempoh waktu yang lama.
*๐๐ช๐๐ช๐ฃ๐๐ ๐ ๐๐ข๐ ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐ช๐๐ฃ ๐๐๐ฃ ๐ฃ๐๐จ๐๐๐๐ฉ ๐จ๐๐ก๐๐ฃ๐๐ช๐ฉ๐ฃ๐ฎ๐
25/11/2024
๐๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐ฎ๐๐ง๐๐๐
๐๐ฝ๐ฎ ๐๐๐ ๐ช๐ฎ๐น๐ถ ๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐บ?
Dalam konteks Mahkamah Syariah, Wali Hakim adalah individu yang diberi kuasa oleh Mahkamah Syariah untuk menjadi wali dalam akad nikah bagi seorang wanita.
Kebiasaannya, Wali Hakim dipohon di Mahkamah Syariah kerana terdapat masalah-masalah berkaitan wali untuk menikahkan wanita tersebut.
Mahkamah Syariah akan melihat kelayakan dan mengeluarkan ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐๐ฎ๐ต ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐น๐ถ ๐ต๐ฎ๐ธ๐ถ๐บ kepada pihak yang layak.
24/11/2024
๐๐๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ฃ ๐๐ช๐๐๐๐ฃ
Penghargaan dan pujian kecil mungkin kelihatan remeh, tetapi ia mempunyai kesan yang besar dalam mempereratkan hubungan kekeluargaan.
Kata-kata yang baik dan penuh penghargaan boleh meningkatkan semangat dan membuatkan ahli keluarga merasa dihargai.
Sering kali, kita terlepas pandang untuk mengucapkan ๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐บ๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐๐ถ๐ต atau ๐บ๐ฒ๐บ๐๐ท๐ถ usaha ahli keluarga kita, padahal perkara ini boleh membawa kebahagiaan yang besar.
Oleh itu, ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐ต ๐น๐ผ๐ธ๐ฒ๐ธ untuk memberi kata-kata yang baik kepada ahli keluarga kita. Jadikan ia sebagai amalan harian yang akan mengukuhkan hubungan dan membina suasana kasih sayang dalam keluarga.
23/11/2024
๐
๐๐๐ ๐๐ช๐๐ช๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐จ๐ฉ๐๐ง๐
Salah satu kunci perkahwinan yang bahagia adalah hubungan yang baik antara suami dan isteri.
Islam menganjurkan suami untuk selalu berkomunikasi dengan lemah lembut dan bersabar dengan isteri.
Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa:
"Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isterimu) secara patut. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
(Surah An-Nisa: 19)
Mari kita berusaha untuk menjaga hubungan dengan pasangan agar rumah tangga kita kekal harmoni dan penuh dengan keberkatan.
23/11/2024
๐๐๐๐๐๐ฃ๐๐: ๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐ฝ๐๐ง๐๐๐ ?
Secara umumnya, ibu lebih berhak dan diutamakan untuk mendapatkan hak penjagaan anak.
Walaubagaimanapun, Hak bapa juga tidak dinafikan untuk mendapatkan hak jagaan anak.
Dalam menentukan Hak Jagaan anak. Kebiasaannya, Mahkamah Syariah akan melihat pelbagai faktor, antaranya ialah ๐ธ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ถ๐ต๐ฎ๐ธ-๐ฝ๐ถ๐ต๐ฎ๐ธ dan ๐ธ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ-๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ.
*๐๐๐ฏ๐๐ป๐ด๐ถ ๐๐ฎ๐บ๐ถ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐ป๐ฎ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฎ๐ป๐๐๐ฎ๐ป.
22/11/2024
๐๐๐๐๐๐ฃ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐ฎ๐๐ง๐๐๐
๐๐ฝ๐ฎ ๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฑ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต?
Hadhanah merujuk kepada hak penjagaan anak dalam konteks undang-undang keluarga Islam di Mahkamah Syariah.
Hadhanah ini diberikan kepada individu yang layak untuk menjaga kebajikan anak selepas berlaku perceraian.
Tujuan utama hadhanah adalah memastikan kebajikan anak-anak terjaga dan dapat dibesarkan dalam persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang, dan berlandaskan syariat Islam.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Johor Bahru