21/09/2015
BELANGSUNGKAWA
Dengan penuh rasa dukacita yang teramat sangat, Raja Puan Muda Kedah, Tunku Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 10.15 pagi tadi.
Jenazah Almarhumah Raja Puan Muda Kedah akan dimakamkan di Makam Diraja.
Al-Fatihah.
Raja Puan Muda Kedah mangkat pagi tadi
ALOR SETAR: Raja Puan Muda Kedah, Tengku Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini 10.15 pagi tadi, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
11/06/2015
Kami mewakili seluruh warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim ingin merakamkan ucapan takziah buat saudari Neny Sartika Mohd Ali (7 PISMP BM) dan seluruh ahli keluarga atas pemergian adik lelaki beliau ke Rahmatullah dalam tragedi lemas di Sungai Pahang.
Marilah bersama-sama kita mendoakan dan menyedekahkan Al-fatihah buat seluruh mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah.
10/06/2015
SIDANG MEDIA OPS KINABALU
Oleh: Komandan Operasi
10.06.2015
1. Ketua Polis Sabah mengesahkan DNA cebisan mayat yang terakhir adalah milik 2 warga Singapura.
2. Semua mangsa telah dikenalpasti kedudukan.
3. Bilik Operasi Ops Kinabalu akan ditutup pada pukul 12 tengah hari ini.
4. Pusat Operasi akan aktif semula jika berlaku gegaran semula.
5. Ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat.
6. Ucapan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat sepanjang 5 hari operasi berjalan, termasuk penduduk kampung (Kg Mensilau), malim gunung, Ranger hutan Taman-taman Sabah yang turut membantu menjalankan tugas menyelamat walaupun masih ada gegaran berlaku.
7. 56 gegaran direkodkan sepanjang 5 hari ini.
8. Ucapan terima kasih kepada media yang membantu menyebarkan maklumat kepada masyarakat awam.
9. Keseluruhan mangsa maut adalah 18 orang dan masih ada mangsa yang belum dituntut oleh keluarga.
- END
07/06/2015
Kami dimaklumkan bahawa saudari Elnabeth telah selamat kembali ke pangkuang keluarganya. Selamat pulang. Sementara itu, operasi Search and Rescue masih lagi diteruskan di sekitar Ranau dan Kinabalu.
05/06/2015
TERGEMPAR
Berikutan kejadian gempa bumi yang melanda sebahagian Sabah pagi tadi dengan skala 5.9 ritcher, dengan ini dimaklumkan bahawa salah seorang siswi guru IPGKTI, Saudari Elnabeth dari 7 PISMP TeSL, merupakan salah seorang mangsa yang masih terperangkap di Gunung Kinabalu.
Pihak kami baru sahaja dimaklumkan bahawa beliau dalam proses untuk dibawa turun oleh pihak keselamatan. Keluarga beliau dilaporkan sedang menunggu di Kinabalu Park bagi mendapatkan info terkini dari pihak berwajib.
Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan saudari Elnabeth agar beliau dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.
26/05/2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hampir setengah tahun kami tamat berkhidmat, setelah berbincang dengan beberapa mantan kami, dengan ini diumumkan bahawa kami akan kembali untuk mengupas isu-isu semasa dunia pendidikan secara amnya dan IPG secara khususnya.
19/02/2015
Kepada semua warga IPGKTI yang beragama Cina..
07/02/2015
Terima Kasih JPP IPGKBM atas kesudian menerima kunjungan kami. 2015 Ilmu bersama IPGKBM,KL