13/03/2026
Setiap kali datangnya Ramadan, ada satu kisah kecil di Hidayah yang selalu menyentuh hati kami.
Sepanjang tahun, bahagian pembersihan sekolah akan mengumpulkan syiling-syiling yang dijumpai di sekitar kawasan sekolah — di kaki lima, di tepi longkang, di bawah meja kantin, dan di pelbagai sudut yang mungkin kita sendiri tidak sedar pernah tercicir.
Sedikit demi sedikit… hari demi hari… syiling itu dikumpulkan dengan penuh amanah.
Apabila tiba Ramadan, semua syiling itu diserahkan kepada Dana Hidayah.
Alhamdulillah, di Hidayah tidak ada yang sia-sia.
Syiling yang mungkin kita sangka sudah hilang, rupa-rupanya menjadi saham pahala buat pemiliknya.
Bayangkan… mungkin ada antara kita yang pernah tercicir 20 sen, 50 sen atau seringgit di kawasan sekolah. Tanpa kita sedari, ia akhirnya menjadi sebahagian daripada sumbangan untuk pembangunan pendidikan Islam.
Subhanallah, Allah tidak pernah mensia-siakan walau sekecil mana pun kebaikan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan pembersihan Hidayah yang dengan penuh kegigihan mengumpulkan syiling-syiling ini sepanjang tahun. Jasa kalian sangat besar, kerana membantu mengubah sesuatu yang kecil menjadi pahala yang berpanjangan.
Jika syiling yang tercicir pun boleh menjadi pahala, apatah lagi sumbangan yang kita niatkan sendiri kerana Allah.
Ramadan ini, jom kita sama-sama tambah saham akhirat dengan menyumbang untuk pembangunan Hidayah.
Salurkan sumbangan anda di:
https://danahidayah.my/infaq-mb26