Quranverse

Quranverse

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Quranverse, Educational consultant, Johor Bahru.

25/04/2021

.ins
---
ADA YG TAU?

Bagaimana cara membaca ayat 31 surah At-taubah ini?

A. Attakhadzuu
B. Ittakhadzuu
C. Uttakhadzuu



4 TIPS MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAT YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL ( ٱ )

NB : Baca dengan tenang & jangan terburu² agar paham.

1️⃣Jika diawali ال , maka bacaan diawali dengan harokat/baris ATAS ( ـــَ )

Cth :
(ٱلۡیَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰۤ أَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَاۤ أَیۡدِیهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ)
[Surah Ya-Seen : 65]

Contoh bacaan : Al-Yauma

Jika tidak diawali dengan ال, maka kita lihat baris yang terletak pada huruf ketiga. Ada 3 bentuk ;

2️⃣Jika huruf ketiga berbaris depan (dhommah), maka bacaan diawali dengan harokat/baris DEPAN (dhommah ــُـ )

Cth :
(ٱقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضࣰا یَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِیكُمۡ وَتَكُونُوا۟ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمࣰا صَـٰلِحِینَ)
[Surah Yusuf : 9]

Cara bacaan : Uqtuluu

Contoh lain:
ٱنظُرْ = أُنْظُرْ
ٱدْخُلُوهَا = أُدْخُلُوْهَا

3️⃣Jika huruf ketiga berbaris bawah (kasrah), maka bacaan diawali dengan harokat/baris BAWAH (kasrah ـــِـ )

Cth :
(ٱنفِرُوا۟ خِفَافًا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ)
[Surah At-Taubah : 41]

Cara bacaan : Infiruu

Contoh lain:
ٱرْجِعُواْ = إِرْجِعُوْا
اصْبِرْ = إِصْبِرْ

4️⃣Jika huruf ketiga berbaris atas, maka bacaan diawali dengan harokat/baris BAWAH ( ـــِـ )

Cth :
(ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡیَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ)
[Surah Ya-Seen : 64]

Cara bacaan : Ishlauha

Contoh lain:
ٱعْلَمُواْ = إِعْلَمُوْا
ٱتَّبِعُواْ = إِتَّبِعُوْا
ٱتّخَذُوا = إِتَّخَذُوا

Kesimpulannya:
Jika huruf ketiga:
✔ Baris fathah (ــَـ) & kasroh (ــِ) maka diawali harokat/baris bawah (ــِ)
✔ Baris depan/dhommah tetap diawali harokat/baris dhommah (ــُـ)
👉 Kecuali ada Alif lam di awal, baru diawali harokat/baris atas/fathah (ــَـ)

🏷 Silahkan dishare, semoga bermanfaat & menjadi amal jariah

Mohon maaf jika ada kesalahan, silahkan koreksinya.
Wallahu a'lam.

Follow ☝️
Follow ☝️
Follow ☝️ .

23/04/2021

Jam 10.35 malam ini, kami akan live selama 1 jam 'Unbox' produk Haraki - Demo Quran Mudah Tajwid

23/04/2021

Assalamualaikum WBT semua.

Saya, Zaini Jamak adalah merupakan salah seorang team -Pahala Haraki.



Saya membantu anda untuk mendapatkan produk-produk digital dan fizikal dari Usrah Haraki seperti:

✅ Al-Quran Waqaf Ibtida' (Saiz A4)
✅ Kisah Si Buncit
✅ Kad Pintar Tajwid Haraki
✅ DVD Asas Membaca Al-Quran Kaedag Haraki
✅ Kelas Online Haraki Ustaz Zakaria
✅ Kad Imbasan Huruf Hijaiyah

Seterusnya memudahkan perjalanan tuan-puan dalam proses mengenali dan Belajar Al-Quran Sampai Pandai dengan Kaedah Haraki.



Selain itu, saya juga sedia membantu sekiranya anda berhasrat nak wakafkan al-Quran buat yang tersayang, sama ada yang masih hidup dan sangat digalakkan buat yang telah pergi.

Semoga pahala buat mereka berpanjangan seperti air sungai yang mengalir. Aamin.

Sebarang pertanyaan, boleh klik link di bawah👇

http://wasap.my/60107839702


23/04/2021

Assalamualaikum dan Hai dari Pengasas Kaedah Haraki, Ustaz Zakaria Bin Nasirudin.



Kepakaran kami membantu awak yang tidak ada masa, malu, takut untuk datang kelas mengaji supaya awak boleh baca Al-Quran dengan betul dan bertajwid dalam tempoh masa yang singkat dengan menggunakan tarian.



Kaedah Haraki ini diiktiraf dan diakui oleh banyak pihak termasuk beberapa m***i di Malaysia, dipercayai dan sangat unik untuk terus membantu ramai menyelesaikan cabaran dalam membaca Al-Quran Bertajwid dengan cepat.

23/04/2021

Assalamualaikum WBT. Salam Jumaat Barokah 10 Ramadhan 1442 H.

Selamat berkenalan semua.

Sayyidul Ayyam. Semoga semua urusan anda dipermudahkan dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

14/08/2019

Bila tengok saudara kita ini dari dalam sebuah kereta yang dipandu selesa, rasa terusik hati.

Seorang yang berkerja di sebuah syarikat pembersihan, menaiki motor pulang sambil memeluk sebuah patung beruang yang besar, hadiah buat si kecil atau surinya yang sekian lama menginginkannya.

Itulah lintasan pertama bila terpandang beliau. Berapa lama agaknya beliau menyimpan untuk ini.

Setiap masa Allah akan hantar manusia atau apa jua yang dikehendakiNya untuk menjentik hati kita supaya bersyukur dan merendah diri.

Maafkan kami wahai saudara jika mengambil gambar ini tanpa kebenaran, dengan satu niat ikhlas untuk saling ingat mengingati seperti dipesan dalam Al- Asr.

Sama kita doakan semoga diberkati rezeki beliau dan kita semua buat keluarga dan agama. Aamin.










Teknik pertama dalam perancangan kewangan. Bersyukur dan merendah diri.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00