SK Ayer Molek, Johor Bahru

SK Ayer Molek, Johor Bahru

Share

SK Ayer Molek, Johor Bahru.

Photos from SK Ayer Molek, Johor Bahru's post 18/04/2026

✨ *Sambutan Raya Sekolah – Healing Lebaran 2026✨

Alhamdulillah, semalam 17 April 2026, telah berlangsungnya Sambutan Raya Sekolah Healing Lebaran 2026 bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam dalam suasana yang begitu meriah dan penuh kemesraan.

Kehadiran ramai ibu bapa serta warga sekolah benar-benar memeriahkan majlis. Pelbagai juadah istimewa telah disediakan oleh setiap kelas, menjadikan suasana lebih ceria dengan hidangan yang bukan sahaja menyelerakan, malah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi hadir serta berkongsi juadah secara potluck. Sokongan dan kerjasama anda amat kami hargai dalam menjayakan program ini dengan begitu cemerlang. πŸ’–

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan dan kita dapat bertemu lagi dalam majlis-majlis akan datang.








Photos from SK Ayer Molek, Johor Bahru's post 13/04/2026

Alhamdulillah, Projek Kebun Rahsia kini bermula dengan langkah pertama! πŸŒΏπŸ›

Pihak Kebun Rahsia telah menghantar BSF Starter Kit dan guru bersama murid sudah mula menjalankan aktiviti penternakan BSF.

Bermula dengan memberi makanan daripada sisa makanan harian.. untuk membantu ulat BSF menetas, membiak dan membesar dengan sihat.

Seronok tengok perkembangan mereka! Tak lama lagi, kita akan pindahkan β€œanak-anak BSF” ini ke bekas yang lebih besar sebab makin sihat dan aktif..

Belajar sambil menjaga alam sekitar πŸŒπŸ’š












Photos from SK Ayer Molek, Johor Bahru's post 10/04/2026

Tahniah diucapkan kepada semua pemain ragbi SeKAM yang telah beraksi dengan penuh semangat dalam Kejohanan Ragbi MSSD Daerah Johor Bahru Bawah 12 yang berlangsung pada 8 hingga 9 April 2026 di bawah anjuran PPD Daerah Johor Bahru dan di bawah kelolaan SK Ayer Molek.

Pasukan SeKAM berjaya meraih tempat ke-4 bagi kategori Bowl . Satu pencapaian yang membanggakan! Lebih daripada kemenangan, pengalaman berharga yang diperoleh oleh anak-anak ini pastinya akan menjadi bekalan penting untuk masa hadapan.

Teruskan berusaha, kekalkan semangat juang dan semoga lebih banyak kejayaan menanti pada masa akan datang. Syabas dan tahniah!






Photos from SK Ayer Molek, Johor Bahru's post 15/03/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-52 bagi sesi tahun 2026dengan jayanya. Mesyuarat ini melibatkan pembentangan laporan, pembentangan serta pembincangan usul daripada ibu bapa dan guru, di samping proses penangguhan mesyuarat dengan penuh tertib dan muafakat.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada barisan AJK PIBG yang baharu dilantik, khususnya kepada Yang Dipertua (YDP) dan Naib Yang Dipertua (NYDP) yang akan menerajui kepimpinan PIBG bagi sesi akan datang. Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa akan terus diperkukuh demi kecemerlangan anak-anak murid.

Majlis turut diteruskan dengan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sesi 2025 sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah termasuk:
✨ Anugerah Kecemerlangan Kurikulum
✨ Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
✨ Anugerah Sahsiah Terbaik
✨ Anugerah NILAM

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tahniah juga kepada semua guru, ibu bapa serta warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam memastikan kecemerlangan murid dapat direalisasikan.



Photos from SK Ayer Molek, Johor Bahru's post 12/03/2026

Alhamdulillah, program Majlis Lambuk SeKAM & Iftar Jamaie 2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan ukhuwah. πŸŒ™πŸ€

Terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah, ibu bapa, para penyumbang serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semangat gotong-royong menyediakan bubur lambuk dan kebersamaan berbuka puasa jelas mencerminkan keindahan ukhwah serta keberkatan bulan Ramadhan. ✨

Semoga segala usaha, sumbangan dan kehadiran kita semua diberkati serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.

SeKAM 2026 | Majlis Lambuk & Iftar Jamaie


01/03/2026

πŸŽ’βœ¨ PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM βœ¨πŸŽ’
πŸ“š Sesi Akademik 2027

πŸ“… TARIKH PERMOHONAN
πŸ’» Secara Dalam Talian : 2 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026
πŸ”— Layari : https://eprasekolah.moe.gov.my

βœ… SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
πŸ‡²πŸ‡Ύ Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja
πŸ‘Ά Lahir pada 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023 sahaja yang layak memohon

πŸ“Œ Sila hantar borang yang telah lengkap diisi ke pejabat sekolah bersama dokumen yang diperlukan. πŸ—‚

πŸ“’ Jangan lepaskan peluang!
πŸ“ Mohon segera sebelum tarikh tutup!

Photos from SK Ayer Molek, Johor Bahru's post 11/02/2026

πŸŒˆπŸ“š SPBT DI HATIKU, SAYANGI BUKU CINTAI ILMU! πŸ“šπŸŒˆ

Pada 10 Februari 2026 (Selasa) yang lalu, telah berlangsung dengan penuh ceria Majlis Pelancaran Program SPBT Di Hatiku di tapak perhimpunan SK Ayer Molek.

Program ini bertujuan memupuk rasa tanggungjawab dan kasih sayang murid terhadap buku teks yang dipinjam. Buku bukan sekadar bahan bacaan, tetapi jambatan menuju kejayaan ✨

Melalui program ini, murid dididik untuk:
πŸ“– Menjaga buku dengan baik
πŸŽ’ Menggunakan buku secara berhemah
πŸ’‘ Menghargai kemudahan yang disediakan

Semoga semangat β€œSPBT Di Hatiku” terus subur dalam diri setiap murid kerana apabila kita sayang buku, kita sedang membina masa depan yang lebih gemilang! πŸ’š




Photos from SK Ayer Molek, Johor Bahru's post 11/02/2026

πŸŒ™βœ¨ REZEKI AWAL RAMADAN, SENYUMAN MENYERI JELANG SYAWAL βœ¨πŸŒ™

Alhamdulillah, pada 9 Februari 2026 yang lalu, murid-murid SK Ayer Molek daripada golongan asnaf, B40 dan anak yatim telah menerima sumbangan Baju Raya bertempat di Jakel, Bandar Baru Uda.

Paling best? Mereka dapat pilih sendiri baju raya masing-masing πŸ₯°πŸ‘•πŸ‘—
Memang nampak teruja, senyum tak lekang dari muka!

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Waqaf An-Nur, Masjid An-Nur Kotaraya atas keprihatinan dan tajaan yang sangat bermakna ini. Bukan sekadar sehelai pakaian, tetapi membawa bersama rasa dihargai, disayangi dan diraikan.

Semoga setiap sumbangan menjadi ladang pahala dan setiap senyuman menjadi doa yang mengiringi.




Photos from Waqaf An-Nur's post 11/02/2026
Photos from SK Ayer Molek, Johor Bahru's post 11/02/2026

πŸ“šβœ¨ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2026 βœ¨πŸ“š

Pada 09 Februari 2026 (Isnin) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Program NILAM 2026.

Dengan tema β€œMembaca Menjana Pemikiran Berilmu”, program ini menjadi simbol komitmen warga sekolah dalam menyemarakkan budaya membaca serta melahirkan murid yang berfikiran kritis, kreatif dan berilmu.

Suasana majlis yang penuh ceria dan bersemangat jelas membuktikan bahawa amalan membaca terus subur dalam kalangan murid SK Ayer Molek.

Semoga Program NILAM 2026 ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah murid sepanjang tahun. πŸ“–πŸ’‘

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini! πŸ‘βœ¨




Photos from SK Ayer Molek, Johor Bahru's post 07/02/2026

Strawberry merah, matcha menenangkan,
Indah bersatu mencipta kenangan. πŸ€πŸ“πŸ΅

Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih
diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru,
AJK pelaksana, ibu bapa serta murid-murid
atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan
Program Penutupan Transisi Sesi 2026.







Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 16:30