24/01/2026
πΈ LENSA SAPM TAKLIMAT PENDAFTARAN SDKA 2026 πΈ
Telah berlangsung satu taklimat bagi pengambilan Calon SDKA Sekolah Agama Perumahan MARA sebagaimana ketetapan berikut :
Hari : Sabtu
Tarikh : 24 Januari 2026
Semoga semua Calon SDKA 2026 SAPM terus cemerlang dunia dan akhirat. Kecemerlangan anda kebanggan kami.
11/01/2026
β¨ Selamat Kembali ke Sekolah β¨
Selamat kembali ke sekolah kepada seluruh warga sekolah. Barisan pentadbir, para guru, kakitangan serta anak-anak pelajar yang dikasihi.
Semoga kehadiran kita tahun ini disertai dengan semangat baharu, azam yang tinggi dan kesungguhan dalam menuntut serta menyampaikan ilmu. πβοΈ
Moga setiap langkah ke sekolah menjadi ibadah, setiap usaha diberkati Allah dan setiap ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam kehidupan.
Semoga tahun ini membawa lebih banyak kejayaan, akhlak yang lebih terpuji dan hubungan yang semakin erat antara warga sekolah.
Ayuh kita mulakan lembaran baharu dengan penuh yakin, sabar dan istiqamah.
Selamat kembali ke sekolah, semoga terus cemerlang dunia dan akhirat. π€²
03/01/2026
πΈ LENSA SAPM MINGGU UKHUWWAH SEKOLAH MURID DARJAH 1 SESI 2026 πΈ
Selamat datang ke dunia baru, semua murid darjah 1 Sekolah Agama Perumahan Mara ! SAPM telah menjalankan M.U.S sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 3 Januari 2026
Hari : Sabtu
Ianya adalah langkah pertama dalam perjalanan penuh ilmu dan pengalaman. Wajah-wajah comel penuh teruja, ada yang gembira, ada yang sedikit gementar, tetapi semuanya bersedia untuk memulakan bab baru dalam kehidupan.
Ibu bapa dan guru-guru sentiasa di sini untuk membimbing dan menyokong. Semoga setiap hari di sekolah membawa keceriaan, persahabatan, dan semangat untuk terus belajar. Inilah permulaan bagi impian besar! π
21/12/2025
KHUSUS BUAT CALON SDKA SEKOLAH AGAMA PERUMAHAN MARA SESI 2025 YANG AKAN BERMULA 22 DISEMBER - 31 DISEMBER 2025
π Semoga Berjaya! π
π Ψ¨Ψ§ΩΨͺΩΩΩΩ ΩΨ§ΩΩΨ¬Ψ§Ψ! π
Kepada semua murid darjah khas yang akan menduduki peperiksaan SDKA, ini adalah peluang untuk menunjukkan usaha gigih anda selama ini. Percayalah pada diri sendiri, berikan yang terbaik, dan jangan lupa berdoa serta tawakkal.
Kejayaan bukan sekadar tentang hasil, tetapi juga perjalanan yang membentuk diri anda menjadi lebih kuat dan tabah.
Semoga anda semua cemerlang dan mencapai impian! Kecemerlangan anda kebanggaan kami. β€οΈ
01/12/2025
ππππ©ππ§ πππ«π’π¦π πππ¬π’π‘ & πππ§π π‘ππ«π πππ§ Kepada
πππ ππππ' πππ πππ
ππ πππ πππππ
πππππππ πππππ πππππ
Atas inisiatif-inisiatif dalam Belanjawan Johor 2026 khususnya kepada Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Johor yang telah dibentangkan bagi pelaksanaan pada tahun 2026
Onn Hafiz Ghazi
Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru
01/11/2025
πΈ LENSA SAPM SOLAT HAJAT BUAT CALON UPKK , SDEA DAN SDKA TAHUN 2025 πΈ
Tarikh : 30 Oktober 2025
Hari : Khamis
Tempat : Masjid An-Nur Perumahan Mara
Pihak sekolah merakam setinggi penghargaan dan terima kasih buat semua yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Semoga calon-calon UPKK, SDEA DAN SDKA beroleh kejayaan dengan cemerlang dalam peperiksaan..Amin2 ya Rabbal 'Alamin..
Dan semoga ukhuwwah yang terjalin kekal ke syurga Allah Azza Wajal.
16/08/2025
πΈ LENSA SAPM LAWATAN JEMAAH NAZIR KE SEKOLAH AGAMA PERUMAHAN MARA πΈ
Sekolah Agama Perumahan Mara telah terpilih menjadi salah satu destinasi penaziran Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada tahun ini. Lawatan ini menfokuskan PdP dan diketuai Ustaz Zamri bin Momen Timbalan Ketua Jemaah Nazir sebagaimana ketetapan berikut :
π Tarikh : 13 Ogos 2025
π Hari : Rabu
π Masa : 10:00 Pagi - 3:00 Petang
Pihak sekolah mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih diatas nasihat dan teguran membina kearah penyelarasan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.
03/08/2025
βΌοΈ KINI KAMI DI TIKTOK βΌοΈ
Ayuh bantu kami untuk sebar luas dan mendapatkan lebih ramai pengikut di aplikasi TikTok Rasmi Sekolah Agama Perumahan Mara.
Imbas QR kod dibawah atau masukkan username kami .
Sokongan anda amat kami hargai. β€οΈ
27/07/2025
πΈ Lensa SAPM Mesyuarat Agung Kali Ke-31 Dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2024 Part 3 πΈ
Sukacita dimaklumkan Sekolah Agama Perumahan Mara telah menjalankan Mesyuarat Agung serta meraikan para pelajar cemerlang bagi sesi 2024 sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 27 Julai 2025
Hari : Ahad
Masa : 8:00-12:30 Tengah Hari
Perasmi : Ustazah Siti Maryam binti Othman - Penyelia Seksyen Peperiksaan PPID JB merangkap wakil rasmi Pegawai Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2024. Semoga ianya menjadi pemangkin semangat untuk lebih berjaya. Sekalung penghargaan juga buat semua yang secara langsung atau tidak langsung bertungkus lumus menjayakan majlis pada kali ini.