Sejak ditubuhkan, sekolah ini terus berkembang. Pembangunan prasarana dan infrastruktur ditingkatkan.
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB) telah ditubuhkan pada 16 Januari 1974 dan perasmian pembukaannya telah disempurnakan oleh YB Dr. Mahathir bin Mohammed, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Untuk menjamin para pelajar mengalami proses pembelajaran yang seimbang dan berterusan, pelajar diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum di samping kegiatan kurikulum. SMTJB menyedari peran
an kurikulum dan kokurikulum dalam membentuk kualiti peribadi, nilai, sikap dan cara berfikir dalam kalangan pelajar untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang. Lantas program-program diatur bertujuan untuk melatih dan membimbing pelajar sekolah ini supaya sentiasa berdisiplin, bertanggungjawab dan dapat menggunakan masa secara teratur dan berfaedah. Moto SMTJB iaitu ‘Sedia Maju Tekun’ mampu membimbing pelajar untuk sentiasa bersedia, berdaya saing untuk memajukan diri dan sekolah serta mempunyai kesungguhan tanpa mengenal jemu dalam menghayati proses pendidikan . SMTJB telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang berkat kepimpinan pentadbir, guru dan staf serta komitmen daripada PIBG, PPD dan JPN. Kami terus berharap banyak lagi kejayaan yang mampu diraih dengan bersedia menerima dan melaksanakan segala pembaharuan dalam perkembangan dunia pendidikan masa kini.