i-GURU Johor

i-GURU Johor

Share

Berjuang memartabatkan profesion perguruan serta membangun masyarakat Islam yang beragenda. 1. Mewujudkan institusi latihan kepimpinan guru (ILKG)
6.

Mempertingkat kewibawaan guru sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat
2. Menjadikan i-GURU sebagai komuniti yang mesra dan prihatin dalam memperjuangkan kepentingan guru
3. Mengembleng keupayaan ahli bagi mendepani isu-isu pendidikan nasional
4. Membina jaringan kesepakatan antara kesatuan guru di seluruh Malaysia
5. Memperkasa peranan guru dalam mengembangkan potensi pelajar

20/04/2026

Video Majlis Sambutan Hari Raya iGuru 2026 'Riang Raya Komuniti Kita'.

Tarikh : 19 April 2026
Hari : Ahad
Masa : 11.00 - 2.00 petang
Tempat : SRAB Batu Pahat

Terima kasih tetamu yang hadir memeriahkan sambutan kali ini . Semoga Syawal mengeratkan silaturrahim dan mengukuh muafakat bersama.

Jom daftar sebagai ahli i-Guru menerusi pautan yang disediakan.

i-Guru Siswa : http://bit.ly/IGuruSiswa
i-Guru Biasa : https://bit.ly/IGuruBiasa

Photos from Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia's post 20/04/2026
14/04/2026

🐂JOM LAKSANA KORBAN DI KEMBOJA dan MINDANAO Anjuran i-GURU 🐐

📌AKAN DIJALANKAN PADA HARI RAYA KORBAN 2026 M/ 1447 H📌

🐂 1 bahagian lembu di :
Kemboja : RM 400
Mindanao : RM 550

🐐 1 ekor kambing di :
Kemboja : RM 700
Mindanao : RM 970

Tak mampu buat satu bahagian korban? Tidak mengapa, kami bantu anda untuk bersedekah
🗒Sedekah korban RM20
🗒Sedekah korban RM50
🗒Sedekah korban RM70

Tarikh tutup penyertaan: 20 Mei 2026

MACAM MANA NAK MENYERTAI ⁉️⁉️

1️⃣ Untuk pendaftaran online, layari:
https://ezy.la/korbanigurujohor
dan sisipkan proof of payment di borang onpay

ATAU

2️⃣ Hubungi pegawai khidmat kami :
☎️ www.wasap.my/+60139656796/korbaniguru2026
Ustaz Ikram Saadan

‼️‼️ SILA PASTIKAN NO H/P YANG DIBERI MUDAH DIHUBUNGI OLEH KAMI

20/03/2026

Salam Aidilfitri 1448H / 2026M
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Semoga Allah menerima segala amalan kita.
Ikatan Guru Muslim Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga pendidik, ibu bapa, murid-murid serta umat Islam seluruhnya.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Maaf zahir dan batin atas segala khilaf dan kekurangan.

Daripada:
Ustaz Muhammad Nabil bin Abd Halim
YDP i-GURU Johor





Photos from i-GURU Johor's post 17/03/2026

SUMBANGAN RAYA KEMPEN KASIH RAMADAN I-GURU JDT

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Penyerahan Sumbangan Raya kepada asnaf di Sekolah Agama Sri Gading, Batu Pahat pada 16 Mac 2026, anjuran Ikatan Guru Muslim Malaysia Negeri Johor di bawah Kempen Kasih Ramadan

Semoga sumbangan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta menceriakan persiapan Syawal para penerima. Program ini juga menjadi lambang keprihatinan, kasih sayang dan semangat kebersamaan dalam menyantuni golongan yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga segala sumbangan, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan dikurniakan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah SWT.



27/02/2026

SEDEKAH JUMAAT DI BULAN RAMADAN

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Hanya dengan serendah RM10, akan dilipat gandakan pahala oleh Allah di bulan Ramadan ini. Ayuh bersama kami ringankan beban mereka yang sangat memerlukan di bulan yang penuh barakah ini.

Sumbangan akan diberikan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan di sekolah terpilih seluruh negara.

Ayuh bersama gandakan pahala dengan menyumbang melalui:

🌴 Tabung Kempen Kasih Ramadan 1447H IGuru - Yayasan Ikhlas 🌴
Anda boleh menyumbang secara atas talian melalui pautan berikut:
👉 yikhlas.fund/ig6

Atau deposit tunai:
🔸Maybank :5628 3463 6228
🔸Nota Transaksi: KKR IGURU JDT
🔸Hantarkan bukti transaksi ke: wasap.my/60139656796/kkrigurujdt

*Setiap sumbangan LAYAK mendapat pengecualian cukai

18/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk bertemu Ramadan Al-Mubarak, bulan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan.

Saya mewakili kepimpinan i-Guru Johor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada seluruh warga pendidik dan murid di Johor Darul Ta’zim.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi merupakan madrasah tarbiah yang membentuk kesabaran, keikhlasan dan integriti. Sebagai guru, kita mendidik dengan hati dan amanah. Sebagai murid, kita menuntut ilmu dengan disiplin dan adab. Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita lebih kuat dari segi rohani, lebih luhur akhlaknya dan lebih tinggi semangat cintakan ilmu.

Semoga setiap usaha mendidik dan menuntut ilmu sepanjang bulan yang mulia ini dinilai sebagai ibadah dan diganjari pahala yang berlipat kali ganda.

Salam Ramadan Kareem.
Semoga Allah menerima segala amal kita.

Ikhlas,
YDP i-Guru Johor 🌙

12/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

i-Guru Johor mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada seluruh warga pendidik dan para pelajar di negeri Johor.

Semoga permulaan sesi persekolahan ini menyuntik semangat baharu, azam yang lebih kuat, dan usaha yang lebih bersungguh-sungguh dalam membina generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Kepada para guru, terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan yang tidak pernah berhenti.
Kepada para pelajar, teruskan melangkah dengan yakin, kerana setiap hari di sekolah adalah peluang untuk menjadi lebih baik.

Bersama kita membina masa depan ummah melalui pendidikan.

Sekian, terima kasih.




Photos from i-GURU Johor's post 10/01/2026

AI dalam Pengajaran & Pembelajaran | i-Guru Johor

Alhamdulillah, program AI dalam Pengajaran & Pembelajaran anjuran i-Guru Johor telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan guru-guru sekolah agama swasta di bawah bimbingan Cikgu Sakinah, seorang guru jauhari digital merangkap Naib Yang Dipertua i-Guru Johor

Program ini membuka ruang kepada para guru sekolah agama untuk melihat AI sebagai alat sokongan PdP,

Perkongsian yang diberikan memberi fokus kepada:

✅ Memudahkan penyediaan bahan pengajaran
✅ Menjana idea PdP yang lebih kreatif
✅ Mengurus masa guru dengan lebih berkesan
✅ Kekal berteraskan nilai dan etika pendidikan Islam
Komitmen dan keterbukaan para guru membuktikan bahawa pendidik agama juga bersedia bergerak seiring perubahan zaman, tanpa mengorbankan prinsip tarbiah dan adab.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.
i-Guru Johor komited memperkasa guru, memimpin perubahan.



Photos from i-GURU Johor's post 15/12/2025

RETREAT I-GURU HOHOR 2025

Selesai sudah Retreat I-Guru Johor 14 Disember 2025 yang telah bermula dari pagi sehingga petang pada 14 Disember 2025. Menjadi program terakhir sebelum tahun 2025 melabuhkan tirai.

Banyak input bermanfaat telah disampaikan. Banyak juga perancangan program bermanfaat yang dirangka dan dirancang sepanjang tahun 2026 nanti.

Retreat sebegini menjadi satu usaha dan muhasabah dalam memperbaiki objektif dan program-program mendatang agar terus memberi manfaat kepada masyarakat khususnya kalangan guru dan pelajar-pelajar.



25/11/2025

📘 Ikatan Guru Muslim Negeri Johor mengucapkan selamat menjawab peperiksaan SPM kepada semua calon di seluruh negeri Johor dan seluruh Malaysia.

Semoga anda diberi ketenangan fikiran, kelancaran menjawab, serta dipermudahkan untuk mengingati setiap ilmu yang telah dipelajari.
Inilah masa untuk membuktikan usaha, disiplin dan doa yang telah anda kumpulkan selama ini.

💡 Fokus.
💡 Yakin.
💡 Buat yang terbaik.

====================

Jom daftar sebagai ahli i-Guru sekarang menerusi pautan yang disediakan.

i-Guru Siswa :
http://bit.ly/IGuruSiswa
i-Guru Biasa :
https://bit.ly/IGuruBiasa

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


30-01, Jalan Setia Tropika 1/29, Taman Setia Tropika, Kempas
Johor Bahru
81200