Rumah Ngaji Darul Madad

Rumah Ngaji Darul Madad

Share

"PEMANGKIN GENERASI RABBANI"

IQRA' | AL-QURAN | FARDHU AIN | PRA HAFAZAN | BAHASA ARAB

Photos from Rumah Ngaji Darul Madad's post 19/04/2026

Jangan tunggu esok, semai cinta alQuran dalam hati anak–anak dari sekarang.. Tempat adalah terhad

✅Kelas Mengaji
✅Jawi
✅Pra Hafazan
✅Fardhu Ain

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
"Barangsiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya"

[HR Muslim]

Rumah Ngaji Darul Madad
PEMANGKIN GENERASI RABBANI

17/02/2026

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al–Mubarak 1447H🌙✨

Semoga Ramadhan tahun ini menjadi titik perubahan dalam hidup kita untuk mendidik hati agar lebih sabar, ikhlas, istiqamah dalam ibadah dan lebih dekat denganNya💚

Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan dalam keadaan iman & taqwa yang tinggi serta hati yang sentiasa mengharap redhaMu.
Hapuskanlah nama kami, keluarga kami & zuriat keturunan kami daripada senarai nama ahli NerakaMu ya Allah Ya Mujib ..

Salam Ramadhan 1447H,
RUMAH NGAJI DARUL MADAD
PEMANGKIN GENERASI RABBANI

13/02/2026

Segmen Bahasa Arab hari ini. Jom tambah kosa kata ✨

Tajuk: الْحَيَوَانَاتِ (HAIWAN²)

Sambil tunggu waktu berbuka nanti ibu ayah bolehlah minta anak hafal untuk perkukuh bahasa arab💜

Jemput Like, Follow & share untuk manfaat bersama😉

10/02/2026

Segmen Bahasa Arab hari ini. Jom tambah kosa kata ✨

Tajuk : الأَوْقَاتُ (WAKTU)

Contoh ayat ✍🏼
— سَأَذْهَبُ إِلَى الْمُسْتَشْفَى غَدًا —
"Saya akan pergi ke hospital esok"

(atau)

"Esok saya akan ke hospital"

02/02/2026

DOA MALAM NISFU SYA'BAN✨

Salah satu di antara malam mustajabnya Doa. Mudah-mudahan Allah swt pilih kita, keluarga kita, zuriat keturunan kita agar termasuk dalam golongan hamba²Nya yang beriman & bertaqwa serta peroleh Husnul Khatimah inshāAllah💚

31/01/2026

IZHAR SYAFAWI

Bagaimana terjadinya hukum Izhar Syafawi❓

🍀Apabila huruf Mim sukun (مْ) bertemu dengan selain daripada huruf Mim (م) & Ba (ب), maka ketika membacanya perlulah dijelaskan bunyi huruf Mim tersebut, tanpa perlu didengungkan.

🍀Contoh ayat di bawah:
Huruf Mim Sukun bertemu huruf Fa, maka jelaskan bunyi mim (م) sebelum menyebut huruf Fa (ف).

Dapat sesuatu?
Alhamdulillah🌹

📲wasap.my/60104118604/dM26

Klik link untuk tahu lebih lanjut tentang Hukum Tajwid & kaedah lancar mengaji😉

23/01/2026

IHFAK SYAFAWI

🍀Terjadi apabila huruf Mim sukun bertemu dengan huruf Ba, maka hendaklah disamarkan bunyi mim ke dalam huruf Ba dengan merenggangkan sedikit kedua bibir.

🍀Dibaca dengung 2 harakat.

Nak tahu lebih lanjut tentang Hukum Tajwid dan kaedah lancar mengaji❓Daftar segera sementara slot masih ada
📲wasap.my/60104118604/dM26

Photos from Rumah Ngaji Darul Madad's post 20/01/2026

Terima kasih ibu ayah yg hebat–selalu ulang alik hantar adik belajar di sini🌹

Antara tanda cintanya hati kepada Al-Quran ialah apabila kita mampu mengatur masa khusus untuknya setiap hari. Adapun orang yang mendakwa tidak sempat atau memberi alasan kerana terlalu banyak kesibukan, maka dia termasuk orang yang terhalang (daripada kebaikan), dan telah dikalahkan oleh Syaitan.

Bagaimana mungkin makan kita ada waktunya,
Pekerjaan kita ada waktunya,
Tidur kita ada waktunya,
Wayang kita ada waktunya,
Segala sesuatu dlm hidup kita ada masanya KECUALI AL-QURAN❓

Tepuk dada, tanya iman🍃

13/11/2025

TUISYEN JAWI & MENGAJI✨

Cuti sekolah hampir tiba, ibu ayah tolong pastikan anak dah kuasai asas Jawi sebelum naik darjah 1. Zaman sekarang ni kalau tiada asas membaca dan menulis, alamatnya memang anak akan ketinggalan dalam kelas.

Apa pentingnya kelas asas ini❓
Teknik pantas jawi yg kami dedahkan:
✅–Teknik Hujan Rintik
✅–Belajar asingkan imbuhan
✅–Pecahkan suku kata
✅–Potong KVK & e pepet dalam Jawi
✅–Bulatkan huruf Digraf
✅–Tentukan hukum K

Jom kami bantu anak² kuasai asas membaca & menulis jawi dengan yakin😊 Tempat sangat terhad.
Pertanyaan & Pendaftaran, hubungi:
📲wasap.my/60104118604/jawi26

Rumah Ngaji Darul Madad
PEMANGKIN GENERASI RABBANI
IQRA' | AL-QURAN | TAJWID | JAWI UPKK | AMALI SOLAT

26/10/2025

Jom kita semak bacaan adik Amanina, Juz 2 Surah Al-Baqarah🥰 Semakin banyak improvement dalam makhraj dan bacaan & Alhamdulillah Amanina hampir kuasai setiap hukum Tajwid. Hanya tinggal perkemaskan lg beberapa makhraj dan sifat huruf seperti sebutan huruf Ro (ر), tebal nipis bacaan dan lain²nya inshaAllah✨

Tuan/Puan nak anak lancar mengaji macam adik Amanina? Jom kami bantu. Klik link utk pendaftaran
📲wasap.my/60104118604/dM25

Jangan malu jika tak pandai mengaji. Tapi malu lah jika masih taknak belajar mengaji💚

Mudah-mudahan Allah swt sentiasa menerangkan hati kita dengan sirr & cahaya daripada Al-Quran

Rumah Ngaji Darul Madad
PEMANGKIN GENERASI RABBANI
IQRA' | AL-QURAN | AMALI SOLAT | TAJWID | JAWI

19/07/2025

Segmen Bahasa Arab hari ini. Jom tambah kosa kata✨

Mufrad ٌمُفْرَدُ) : Tunggal
Jamak (جَمْعٌ) : Banyak/lebih dari 2

1 Beg = حَقِيْبَةٌ
Banyak beg = حَقَائِبُ

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Johor Bahru
81000