Smkbbu Alumni Association - S.A.A

Smkbbu Alumni Association - S.A.A

Share

�SMKBBU ALUMNI COMMUNITY
�SINCE SPM 1998-2021
�IG - smkbbu alumni community
�Email - smkbbu.alumni.s.

10/07/2023

let's former smkbbu school can give support on 11 July located in indahpura, kulai. handball L18 mssd jb, thank you all👏👍

11/02/2023

Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya🤲

Al-fatihah...

Photos from Smkbbu Alumni Association - S.A.A's post 01/06/2022

Satu majlis ringkas simbolik penyerahan 2 set jersi dan 3 biji bola telah di serahkan pada puan pengetua dan penolong kanan koko di padang arena SMKBBU yang turut di sertai guru pembimbing sukan bola baling pada hari perjumpaan kokurikulum (1M1S).Untuk maklumat bersama penyumbang barang ini mengucapkan ribuan terima kasih pada semua kenalanya bagi sumbangan ini yang membantu bersama,semoga sukan ini kembali berdaya saing dengan sukan yang lain bagi peringkat sekolah amnya
pihak sekolah juga mengalukan bekas alumni yang sudi membantu dan boleh terus hadir ke sekolah untuk merangka pelbagai bentuk kerjasama

BIAR JASA MENJADI KENANGAN!

21/10/2021

Asalamulaikum!

Terima kasih kami ucapkan sekali lagi kepada Puan pengetua SMKBBU Puan Suriyah Binti Mohamed lahir ke atas kesudian menerima kunjungan hormat .alumni_community pada hari ahad 31 oktober 2021 ini

Kami mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga semoga kerjasama ini terus di kekalkan dari masa ke semasa hendaknya

Semoga di berkati!🤲


20/10/2021

Asalamulaikum!

Alhamdulilah selesai usai cara santai bersama pentabir sekolah selepas kita bertukar nama dan sedikit organisasi
Terima kasih buat sahabat yang hadir antaranya en affendi,en riduan,en k**a izhar,en nuzuludin dari batch99 dan pn iza,cik fadilah batch2003

Kini kita di kenali .alumni_community
SMKBBU ALUMNI COMMUNITY (S.A.C) adalah sebuah komuniti bekas pelajar smkbbu yang berminat libatkan diri dari apa jua perkembangan dan bentuk kerjasama dengan pihak sekolah,komuniti ini juga tiada yuran keahlian lebih kepada semangat bersama2 utk membantu pihak sekolah dan sebagainya,page fb juga akan di tukar nama dan logo

Kami menjemput anda bersama kami di dlm link whatsapp di bawah

Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/GvyWAaQtMDMAYbGg4MLSSc atau hubungi 0187837956



19/10/2021

Dukacita di maklumkan,secara rasmi Pertubuhaan ini telah di bubarkan oleh pejabat pertubuhan pendaftaran malaysia pada 17 oktober 2021 selepas menerima permohonan rasmi dari barisan ahli jawatankuasa.
Maka dengan ini di sebabkan instagram dan page fb tidak ada orang yang ingin menguruskan,bekas pengerusi pertama dan sebilangan ahli meminta beliau terus usahakan laman sosmed ini,atas pandangan beliau nama page ini akan di tukar dan beliau dan yang lain akan cuba membentuk kerjasama dengan pihak sekolah dengan pelbagai cara dan bentuk
Beliau juga mengalukan kepada semua udareans yang berminat atau memberi idea yang baik boleh terus hubungi beliau di talian 0187837956
Sebuah group whatsapp akan di ujudkan untuk mengumpul seberapa ramai bekas pelajar yang berminat untuk turut serta
Bekas pengerusi juga telah berhubung dgn puan pengetua untuk membentuk kerjasama baru walaupun bukan sebuah persatuan atau pertubuhaan official.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih buat beberapa orang guru yang berhubung dengan beliau memberi pandangan dan nasihat🤝

Maklumat lain akan di sampaikan jika ada dari masa ke semasa.

Kita adalah udareans!

19/10/2021

PENGUMUMAN

NOTIS PEMBUBARAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN INTEGRASI PELAJAR LEPASAN SMK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU,
Telah diterima dan DILULUSKAN pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Negeri Johor BERKUATKUASA 17 OKTOBER 2021.

09/06/2021

Good luck making SPM 2020 candidates when your SPM results come out!



12/05/2021

Selamat Hari Raya edul fitri Di ucapan buat semua bekas pelajar Dan barisan guru-guru Di mana sekali pun anda berada

Semoga lebaran ini dapat menjaga kesihatan diri Dan keluarga semua🤲




20/03/2021

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua bekas pelajar SMK Bandar Baru UDA, Johor Bahru, semoga semua di dalam kesihatan yang baik bersama keluarga.

Ringkasnya kami berbesar hati menjemput anda menyertai Persatuan ini sebagai ahli berdaftar baru untuk bersama-sama dalam mencapai Objektif Persatuan ini.

Anda yang berminat boleh mengikuti langkah di bawah :

1. Membayar yuran ahli sesi 2021/2023 sebanyak RM40.00 ke akaun Maybank Persatuan, 551258519263 (Pert Integrasi Pelajar Lepasan SMK BBU) SEBELUM 10 April 2021 (Sabtu). Untuk 'penyertaan ahli baru' sahaja, sila lengkapkan Borang Ahli di pautan http://bit.ly/SMKBBUAlumni

2. Mengisi Borang Usul Online SEHINGGA 1 APRIL 2021 (Khamis) untuk hala tuju Persatuan akan datang di https://form.jotform.com/210741707899062 (Borang Usul akan ditolak jika Yuran Keahlian tidak dijelaskan)

3. Mengisi Borang Pengesahan Kehadiran Mesyuarat Online SEHINGGA 1 APRIL 2021 (Khamis) di https://form.jotform.com/210751922780051 dan WAJIB hadir ke Mesyuarat secara maya melalui platform Google Meet (Emel Gmail adalah diperlukan).

Segala Pautan (link) / Kod Mesyuarat, tarikh dan masa mesyuarat serta dokumen yang berkaitan akan dimajukan ke Group Whatsapp rasmi Persatuan setelah semua ahli-ahli baru dijemput.

Harap maklum dan Terima kasih.

Photos from Smkbbu Alumni Association - S.A.A's post 20/03/2021

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tanggal 19 Mac 2021, kami dikejutkan dengan berita dukacita kembalinya seorang pendidik terulung yang pernah berkhidmat di SMKBBU pada tahun 1998 sebagai Guru Penolong Kanan 1. Almarhumah juga merupakan Pengetua SMK Tasek Utara 2 sehingga beliau bersara (2008).

Puan Hajah Hapsah Binti Hassan merupakan seorang guru yang amat disegani. Sifat penyayang, peramah dan rendah diri beliau amat kami sanjungi. Beliau juga sudi menghadiri majlis reunion anjuran bekas pelajar SPM Batch '99 satu ketika dahulu.

Wahai Guruku, kepulanganmu kepada Sang Pencipta sungguh terasa begitu cepat. Kebersamaan yang telah dilalui bersama, kini yang tinggal hanyalah kenangan. Semoga segala amal ibadahmu diterima oleh-Nya. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Allah 🤲🏼

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa guruku, kasihanilah, lindungilah dan maafkanlah beliau
Muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya
Bersihkanlah guruku dengan air, salju dan air yang sejuk
Bersihkanlah beliau dari segala kesalahan
Sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran,
Dan gantilah rumahnya [di dunia] dengan rumah yang lebih baik [di akhirat],
Serta gantilah keluarganya [di dunia] dengan keluarga yang lebih baik,
Dan pasangan [di dunia] dengan yang lebih baik,
Dan masukkanlah guruku ke dalam syurga-Mu,
Dan lindungilah beliau dari seksa kubur atau seksa api neraka.

*إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن*

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jualah kita kembali

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


SMK Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 00:00 - 23:59
Tuesday 00:00 - 23:59
Wednesday 00:00 - 23:59
Thursday 00:00 - 23:59
Friday 00:00 - 23:59
Saturday 00:00 - 23:59
Sunday 00:00 - 23:59