05/09/2026
โ ๏ธ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โ๐๐โ! ๐๐๐๐-๐๐๐๐, ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐!
โSaya cuma jawab "๐ฌ๐" semasa menerima panggilanโฆ Saya tak sedar pun jawapan itu akan dianggap sebagai persetujuan untuk mendaftar satu pakej langganan. Saya tak pernah tandatangan apa-apa perjanjian pun! Tahu-tahu, dah kena bayar setiap bulan!โ
Situasi seperti ini antara yang dibawa kepada perhatian MTPN, apabila pengguna mendapati mereka telah dikenakan bayaran bulanan selepas menerima panggilan daripada pihak khidmat pelanggan, sedangkan mereka mendakwa memberikan jawapan "๐ฌ๐" tanpa menyedari bahawa ia akan dianggap sebagai persetujuan untuk membuat pendaftaran.
Persoalannya, adakah jawapan "๐ฌ๐" atau โ๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐จโ melalui panggilan telefon boleh dianggap sebagai persetujuan untuk mendaftar sesuatu pakej atau perkhidmatan yang melibatkan bayaran bulanan, sedangkan pengguna mendakwa tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian atau dokumen pendaftaran?
โ ๏ธ ๐๐๐๐, ๐ฃ๐๐ก๐๐๐จ๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐ง!
Jangan terlalu cepat memberikan persetujuan melalui telefon, khususnya apabila melibatkan pakej, langganan atau perkhidmatan yang mempunyai komitmen bayaran bulanan.
Sebelum berkata "๐ฌ๐", pengguna disarankan untuk:
๐น Tanya apa sebenarnya yang ditawarkan.
๐น Semak harga, caj dan tempoh langganan.
๐น Fahami sama ada terdapat kontrak atau pembaharuan automatik (auto-renewal).
๐น Minta terma dan syarat serta pengesahan pendaftaran untuk rujukan.
๐น Jika masih tidak jelas, jangan terus bersetuju.
๐ ๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐จ๐ฅ ๐๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก?
Jika mendapati diri telah didaftarkan tanpa disedari, pengguna boleh meminta penjelasan serta bukti atau rekod persetujuan daripada pihak penyedia perkhidmatan.
Simpan juga segala mesej, e-mel, bil dan rekod komunikasi sebagai rujukan sekiranya berlaku pertikaian.
๐ข MTPN menyeru pengguna supaya lebih berhati-hati dan tidak memberikan persetujuan secara spontan tanpa memahami sepenuhnya apa yang ditawarkan.
๐ก ๐๐ก๐๐๐ง
๐๐๐ก๐๐๐ฅ โ ๐ง๐๐ก๐ฌ๐ โ ๐ฆ๐๐ ๐๐ โ ๐๐๐๐๐ โ ๐๐๐ฅ๐จ ๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐จ
Jangan sampai satu perkataan "๐ฌ๐" membawa kepada langganan atau bayaran bulanan yang tidak pernah anda sedari.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐จ ๐ฆ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐จ.
Suara Kita, Hak Kita.