04/06/2026
๐ JOM KE HARI TVET NEGARA 2026! ๐
TVET bukan sekadar pilihan pendidikan, tetapi laluan masa depan yang membuka peluang kerjaya berkemahiran tinggi dan berpendapatan kompetitif.
๐ Dataran Putrajaya
๐
5 โ 7 Jun 2026 (Jumaat โ Ahad)
๐ 9.00 pagi โ 10.00 malam
๐ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
โ
Pameran & demonstrasi TVET
โ
Penerokaan peluang kerjaya dan kerjaya TVET
โ
Aktiviti interaktif & pertandingan
โ
Hadiah menarik dan cabutan bertuah
๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆ Bawa seluruh keluarga dan rasai sendiri pengalaman dunia TVET yang penuh inovasi, teknologi dan peluang masa depan.
๐ข Untuk pengiktirafan PAJSK, ibu bapa/penjaga perlu:
1๏ธโฃ Mengimbas kod QR yang dipaparkan di mana-mana pintu masuk acara.
2๏ธโฃ Melengkapkan Google Form dan memuat naik gambar anak di lokasi program sebagai bukti kehadiran.
๐ TVET Pilihan Utama Kerjaya
Ayuh bersama-sama memeriahkan Hari TVET Negara 2026 dan terokai pelbagai laluan kemahiran yang membentuk masa depan negara.
24/05/2026
๐ TAHNIAH & SYABAS! ๐
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Team Seni Kulinari Kolej Vokasional (ERT) Azizah atas pencapaian dalam pertandingan World Chefs Championship (WCC) 2026 yang telah berlangsung di Persada Johor pada 21 โ 23 Mei 2026. ๐โจ
Peserta solo dari Seni kulinari telah mendapat Silver Medal dalam kategori yang disertai.
โBersama Membina Masa Depan.
Warga KV Azizah Kebanggaan Kita!โ
24/05/2026
๐ TAHNIAH & SYABAS! ๐
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Team Bakeri dan Pastri Kolej Vokasional (ERT) Azizah atas pencapaian cemerlang dalam pertandingan World Chefs Championship (WCC) 2026 yang telah berlangsung di Persada Johor pada 21 โ 23 Mei 2026. ๐โจ
Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada 4 orang pensyarah dan 15 orang pelajar telah berentap dalam kategori masing-masing dan berjaya mengharumkan nama kolej dengan semangat, kreativiti serta kemahiran yang luar biasa. ๐ช๐จ๐ปโ๐ณ๐ฉ๐ปโ๐ณ
๐ Rekod Pencapaian:
๐ฅ 1 Excellent Gold
๐ฅ 6 Gold
๐ฅ 9 Silver
๐ฅ 4 Bronze
Kejayaan ini membuktikan bahawa warga KV (ERT) Azizah mampu bersaing di pentas berprestij dan terus melakar kecemerlangan dalam bidang Bakeri dan Pastri. ๐
โBersama Membina Masa Depan.
Warga KV Azizah Kebanggaan Kita!โ
21/05/2026
๐ข PERTANDINGAN KV SKILLS BEAUTY THERAPY ZON JOHOR 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Kolej Vokasional yang telah menyertai Pertandingan KV Skills Kosmetologi Peringkat Zon Negeri Johor 2026 bagi bidang Beauty Therapy yang berlangsung di bangunan PPK 2, Kolej Vokasional (ERT) Azizah.
Semoga pengalaman yang diperoleh dapat terus meningkatkan kompetensi dan kecemerlangan warga kolej dalam bidang kemahiran vokasional.
๐ Syabas dan semoga terus cemerlang mengharumkan nama kolej!
21/05/2026
๐ข PERTANDINGAN KV SKILLS FASHION TECHNOLOGY ZON JOHOR 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Kolej Vokasional (ERT) Azizah yang telah menyertai Pertandingan KV Skills Seni Reka Fesyen Peringkat Zon Negeri Johor 2026 bagi bidang Fashion Technology yang berlangsung di Kolej Vokasional Muar.
Semoga pengalaman yang diperoleh dapat terus meningkatkan kompetensi dan kecemerlangan warga kolej dalam bidang kemahiran vokasional.
๐ Syabas dan semoga terus cemerlang mengharumkan nama kolej!
21/05/2026
๐ข PERTANDINGAN KV SKILLS BAKERI & PASTRI ZON JOHOR 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Kolej Vokasional yang telah menyertai Pertandingan KV Skills Bakeri & Pastri Peringkat Zon Negeri Johor 2026 bagi bidang Patisseries & Confectionery yang berlangsung pada 20 Mei 2026 (Rabu) bertempat di PPK2 Bengkel Bakeri 3.
Penyertaan ini menjadi platform terbaik dalam mengetengahkan kemahiran, kreativiti serta bakat pelajar dan pensyarah dalam bidang bakeri dan pastri selaras dengan aspirasi TVET negara. Semoga pengalaman yang diperoleh dapat terus meningkatkan kompetensi dan kecemerlangan warga kolej dalam bidang kemahiran vokasional.
๐ Syabas dan semoga terus cemerlang mengharumkan nama kolej!
21/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
โจ Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar Kolej Vokasional (ERT) Azizah atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Kemahiran KV Skills Peringkat Zon Tahun 2026.
Kejayaan ini turut menjadi kebanggaan buat para pengurus dan jurulatih yang telah bertungkus-lumus memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta sokongan berterusan kepada para peserta sehingga berjaya mengharumkan nama kolej. ๐
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang. ๐
20/05/2026
๐ Ace Your History Exam! ๐
A beneficial Sejarah seminar specially designed to help students master key topics, sharpen answering techniques, and score their best in the upcoming exams. Success begins with preparation! โจ
20/05/2026
Alhamdulilah, melabuh tirai pertandingan KV Skills Pendidikan Awal Kanak-kanak peringkat dalaman di Bengkel PAKK 4, Kolej Vokasional (ERT) Azizah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan pengurusan kolej, juri jemputan, barisan pensyarah PAKK dan pelajar atas sokongan, komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Program KV Skills Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tahun 2026.
Semoga program seperti ini terus menjadi platform terbaik dalam menyerlahkan bakat, kreativiti dan kompetensi pelajar dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak, sekaligus mengangkat kecemerlangan Kolej Vokasional (ERT) Azizah ke tahap yang lebih tinggi.
Terima kasih atas segala jasa dan dedikasi yang dicurahkan.
โBersama Menjana Generasi Cemerlang dan Berdaya Saing.โ
18/05/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐ ๐ข๐๐ ๐๐ฉ ๐ฆ๐๐๐๐ฆ ๐ญ๐ข๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Selamat maju jaya buat seluruh kontinjen KV Skills Zon Johor 2026.
Semoga setiap peserta diberikan kelancaran, keyakinan dan kejayaan sepanjang pertandingan berlangsung.
Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama kolej! ๐ชโจ