THROWBACK.
LIGA PENALTI AEON 2026: PIALA KELAB KARISMA UTM (Kategori Bawah 10 & 12 Tahun)
22 Ogos 2026 | Sabtu | 1030 | AEON Taman Universiti
Siapa kata nak jadi hebat kena mula di tempat mewah? Tengok ketenangan adik ni, lantai keras pun tak goyang. Bahagian Keselamatan UTM sentiasa di sini menyokong keberanian anak muda kita. Anda ada kenangan manis kat AEON Taman Universiti ni tak? Dan pernah tak terfikir berpeluang ambil sepakan penalti kat tengah-tengah mall macam ni? Cuba kongsikan kat komen
Bahagian Keselamatan UTM
@securityutm Selamat datang ke Laman Rasmi Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia.
Saya bagi pihak seluruh warga Bahagian Keselamatan menghargai kesudian dan mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman Facebook ini. Adalah diharapkan maklumat yang ada terdapat dalam laman Facebook ini akan membantu tuan/puan untuk mengenali Bahagian keselamatan dengan lebih dekat lagi dan seterusnya akan mewujudkan hubungan kerja lebih baik. Bahagian Keselamatan merupakan salah satu daripada 6
๐ป๐ฏ๐น๐ถ๐พ๐ฉ๐จ๐ช๐ฒ. Rakaman sesi latihan
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐จ๐ง๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐จ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก
๐ฏ๐ญ ๐ข๐๐ข๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
21 Ogos 2026 | Khamis | 1430 | Dataran UTM
Video ini bukanlah untuk memaparkan kawad yang sempurna, tetapi langkah dan hayunan yang masih diperbaiki, teguran tegas, serta kata-kata semangat daripada Pengarah Keselamatan UTM demi membina disiplin dan kesepaduan.
Di sebalik barisan yang kemas, ada proses yang tidak sempurna.
Ini kisah latihan kami yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Terima kasih kepada yang tidak pernah berputus asa.
22/08/2026
SESI ENGAGEMENT SKA SIRI 2/2026
22 Ogos 2026 | Sabtu | 1530 | Arena UTM
Dari satu balingan santai, penat berlari rasa sama-sama, letih petang kongsi bersama.
22/08/2026
LIGA PENALTI AEON 2026: PIALA KELAB KARISMA UTM (Kategori Bawah 10 & 12 Tahun)
22 Ogos 2026 | Sabtu | 1030 | AEON Taman Universiti
Bukan senang berdiri di titik penalti. Kaki kecil yang melangkah itu membawa sekali doa ibu bapa di tepi padang dan genggaman semangat rakan sepasukan.
21/08/2026
๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐จ๐ง๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐จ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฏ๐ญ ๐ข๐๐ข๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
21 Ogos 2026 | Khamis | 1445 | Dataran UTM
Kesempurnaan tidak datang bergolek ia dibina melalui teguran, pembetulan, semangat kumpulan, dan kerjasama. Kehadiran serta keprihatinan Pengarah Keselamatan UTM menyuntik moral dan dorongan bermakna untuk Kontinjen UTM terus memperkemas formasi hingga hari sebenar.
20/08/2026
Bahagian Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Johor Plantations Group Berhad (Ulu Tiram) bertempat di Security Monitoring Operation Centre (SMOC), UTM
20 Ogos 2026 | Khamis | 1430 | Bahagian Keselamatan UTM
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Tubuh bergerak mengikut kemahuan hati. Bila tekad dan semangat kuat, setiap langkah terasa ringan. Kekuatan sebenar bukan pada tubuh, tetapi pada hati yang tak mudah menyerah.
15/08/2026
๐ถโโ๏ธ๐ถโโ๏ธ BRISKWALK UTM SIHAT 2026 ๐ถโโ๏ธ๐ถโโ๏ธ
Bersama Melangkah, Bersama Berkemajuan!
Jom warga Jabatan Pendaftar UTM kita luangkan masa untuk bergerak, beriadah dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat melalui Briskwalk UTM Sihat 2026.
๐
Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
โฐ Masa: 7.45 pagi
๐ Lokasi: Dataran Ilmu (PRZS)
๐ฅ Penyertaan: Semua Warga Jabatan Pendaftar
Bukan sekadar berjalan, tetapi satu langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat dan minda yang lebih cergas.
๐ช LANGKAH AKTIF โ Move More
โค๏ธ BADAN SIHAT โ Live Better
๐ง MINDA CERDAS โ Think Better
๐ ORGANISASI CEMERLANG โ Achieve More
Ayuh kita mulakan pagi dengan langkah yang positif dan semangat kebersamaan!
Sihat Bersama, Cemerlang Bersama.
12/08/2026
LAWATAN TAPAK | PROJEK NAIKTARAF T01
YBhg. Datoโ Pendaftar bersama Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) turun padang bagi meninjau perkembangan Projek Naiktaraf T01 (Pintu Gerbang Senai), UTM Johor Bahru.
Lawatan ini bertujuan memastikan kemajuan projek berada pada landasan yang ditetapkan serta pelaksanaan kerja berjalan lancar mengikut perancangan.
Pantau. Nilai. Pastikan.
Demi pembangunan UTM yang lebih baik.
11/08/2026
๐ข BUAL BICARA SANTAI | PENGURUSAN BAHAGIAN KESELAMATAN BERSAMA ANGGOTA
๐ Hala Tuju Keselamatan Kampus dan Pengurusan Bahagian Keselamatan ke Arah Siber Digital
Dunia semakin pantas berubah, begitu juga landskap keselamatan kampus. Daripada pendekatan konvensional kepada sistem yang lebih pintar, bersepadu, digital dan berdaya tahan, transformasi keselamatan merupakan satu keperluan bagi memastikan keselamatan warga kampus terus berada pada tahap terbaik.
Menerusi Sesi Bual Bicara Santai Pengurusan Bahagian Keselamatan Bersama Anggota, pelbagai perkara penting akan dikongsikan berkaitan:
๐น Visi dan hala tuju keselamatan kampus
๐น Transformasi pengurusan keselamatan ke arah siber dan digital
๐น Pemodenan sistem, peralatan dan prosedur operasi
๐น Integrasi teknologi pintar dalam kawalan dan pemantauan keselamatan
๐น Keselamatan siber serta perlindungan data
๐น Kesediaan dan pembangunan kompetensi anggota
๐น Peranan warga kampus sebagai rakan kongsi keselamatan
๐น Sasaran dan manfaat transformasi keselamatan pada masa hadapan
๐ฌ โAnda Tanya, Kami Jawab.โ
Sesi ini bukan sekadar ruang perkongsian, tetapi menjadi platform untuk mendengar, memahami dan membina hala tuju keselamatan kampus bersama.
๐
10 Ogos 2026 (Isnin)
โฐ 3.15 petang
๐ป Google Meet
๐ฎโโ๏ธ Pengurusan Bahagian Keselamatan bersama anggota
Ayuh bersama-sama memahami bagaimana keselamatan kampus masa hadapan dibentuk melalui teknologi, data, kompetensi dan kerjasama seluruh warga universiti.
Keselamatan bukan hanya tanggungjawab Bahagian Keselamatan โ ia tanggungjawab kita bersama.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Bahagian Keselamatan UTM
Johor Bahru
81300