Rumah Ngaji Nurul Quran

Rumah Ngaji Nurul Quran

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rumah Ngaji Nurul Quran, Education Website, No. 8, Lorong 2, Jalan Shukor, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

MARI BELAJAR MENGAJI DI RUMAH NGAJI NURUL QURAN KAMPUNG MELAYU MAJIDEE ๐Ÿ•Œ

Terbuka kepada semua kanak2 berumur 5 tahun dan ke atas ๐Ÿฅฐ

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 010-9456585

18/02/2024

*PROGRAM CUTI SEKOLAH ( SMART WUDHU' )*
๐Ÿ˜Ÿ _Anakยฒ belum pandai berwudhu' dengan betul?_
๐Ÿ˜” _Masih Tak tahu perkara wajib / sunat ketika berwudhu' ?_
๐Ÿ˜– _Risau anak-anak leka dengan gajet dan sosial media shaja?_
๐Ÿค” _Tercari-cari aktiviti untuk mengisi masa cuti anak-anak sekitar JB?_
๐Ÿ˜‡ _Atau nak isi masa lapang dengan aktiviti kerohanian yang santai tapi sampai?!_
๐Ÿ˜Haa jom sertai kami, *Program SMART WUDHU' selama 2 hari di rumah Ngaji Nurul Quran .*โœจ
๐Ÿ“ *_[ Istimewa Dalam Program Ini Setiap Peserta Melaksanakan Praktikal Wudhu' One To One ]_*
๐Ÿ“Œ Aktiviti program selama 2 hari: ๐Ÿค“๐Ÿฅณ
โœ… Peserta akan belajar tatacara wudhu' sempurna, syarat sah, rukun & sunat wudhu' serta perkara yang membatalkan wudhu'.
โœ… Penerangan Tayamum.
โœ… Hafazan doa selepas wudhu'
โœ… Solat Dhuha serta bacaan doa Dhuha.
โœ… Ujian Praktikal wudhu' _one to one_.
โœ… Kuiz celik minda.
Terbuka untuk :
โ–ถ๏ธ Kanak-kanak & Remaja (Lelaki & Perempuan).
โ–ถ๏ธ Berumur 7 tahun hingga 15 tahun
โ€ผ๏ธ *JOM HANTAR ANAK-ANAK BELAJAR BERWUDHU' DENGAN SEMPURNA*โ€ผ๏ธ๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘๐Ÿป
_Yuran Program 2 Hari Hanya RM50 Sahaja Untuk Seorang Peserta_
* _(Sarapan & modul disediakan)_ *
*Tempat Adalah Terhad* โ€ผ๏ธ๐Ÿ™๐Ÿป *Daftar Sekarang*
_________________________
๐Ÿ•Œ *_Butiran Program SMART WUDHU' di Rumah Ngaji Nurul Quran ๐Ÿ•Œ_*
๐Ÿ“ *Tarikh : 20 & 21 Februari 2024*
๐Ÿ“ *Hari : Selasa & Rabu*
๐Ÿ“ *Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tghri*
๐Ÿ“ *Tempat : Rumah Ngaji Nurul Quran*
๐Ÿ“ *Alamat : No.8, Lorong 2 ,Jalan Shukor ,Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru.*
_________________________
*SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WHATSAPP*
https://wa.me/60109456585
'

13/02/2024

KELEBIHAN BELAJAR & MENGAJAR AL-QURAN

Sungguhnya orang-orang yang akan mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat ialah orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Dan tidak sempurna iman seorang mukmin dengan hanya melafazkan syahadah bahkan wajib atasnya memahami isi kandungan Al-Quran kerana dengan memahami isi kandungannya maka dapat ditaati akan perintahnya.

Bagaimana mungkin seorang itu dapat mengikut pertunjuk Al-Quran jika dia tidak mengerti dan dan tidak memahami Al-Quran.

Dari kerana itulah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

ุฎูŽูŠู’ุฑููƒูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุชูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽู‡ู

Artinya : โ€œSebaik-baik kamu ialah orang yang belajar akan Quran dan mengajarnya.โ€ (Hadith riwayat Imam Bukhari dari Sayyidina Uthamn bin โ€˜Affan r.a.)

Dan pada riwayat Imam Ahmad :

ุฅูู†ู‘ูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑูŽูƒูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ุฃูŽูˆู’ ุชูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽู‡ู

Artinya : โ€œSungguhnya yang terpilih dari kamu sekelian ialah mereka yang mengajar akan Al-Quran atau belajar akan Al-Quran.โ€

Dan pada satu riwayat yang lain :

ุฅูู†ู‘ูŽ ุฃูŽูู’ุถูŽู„ูŽูƒูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุชูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽู‡ู

Artinya : โ€œSungguhnya yang paling afdhal dari kalangan kamu semua ialah orang yang mempelajari akan Al-Quran atau mengajarnya.โ€ (Hadith riwayat Bukhari)

Berkata Imam Badaruddin Al-โ€˜Aini :

(ุฅูู† ุฃูุถู„ูƒู…) ุŒ ูˆูŽุฐูƒุฑ ูููŠ ุงู„ุทู‘ูŽุฑููŠู‚ ุงู„ู’ู…ูŽุงุถููŠ: ุฎูŽูŠุฑูƒูู…ู’ุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ูุฑู‚ ุจูŽูŠู†ู‡ู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุนู’ู†ู‰ ู„ูุฃูŽู† ู‚ูŽูˆู’ู„ู‡: ุฎูŽูŠุฑูƒูู…ู’ุŒ ุชูŽู‚ู’ุฏููŠุฑู‡: ุฃุฎูŠุฑูƒู…ุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุดูƒู‘ ุฃูŽู† ุฃุฎูŠุฑู‡ู… ู‡ููˆูŽ ุฃูุถู„ู‡ู…

Artinya : โ€œMakna perkataan โ€˜sungguhnya yang paling afdhal dari kamu sekelianโ€™ dan pada riwayat yang lain digunakan perkataan โ€˜sebaik-baik dari kamu sekelianโ€™ sebenarnya tidak ada beza antara perkataan โ€˜paling afdhalโ€™ dengan perkataan โ€˜sebaik-baikโ€™ pada makna dan kerana tiada diragui bahawa sebaik-baik mereka itu ialah yang paling afdhal dari mereka itu.โ€ (Kitab Umdatul Qari)

Maka jadilah maknanya yang terbaik dalam kalangan orang yang belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajar p**a ilmu itu kepada orang lain ialah orang yang belajar ilmu Quran kemudian mengajar olihnya akan orang yang lain.

Berkata At-Thibi :

ุฃูŠ ุฎูŠุฑ ุงู„ู†ุงุณ ุจุงุนุชุจุงุฑ ุงู„ุชุนู„ู… ูˆุงู„ุชุนู„ูŠู… ู…ู† ุชุนู„ู… ุงู„ู‚ุฑุขู† ูˆุนู„ู…ู‡

Artinya : โ€œMakna hadith ini ialah sebaik-baik manusia jika disandarkan pada perbuatan mempelajari kemudian mengajari orang lain ialah orang yang mempelajari Quran kemudian mengajarkannya.โ€

Yang dimaksudkan dengan mempelajari Al-Quran itu ialah semua ilmu berkenaan Quran seperti tajwid dan qiraat dan tafsir dan halal haramnya atau yang seumpamanya.

Dan berkata setengah ulamak makna sebaik-baik orang ialah orang yang mengajar akan Al-Quran pada hadith itu bukan bermaksud hanya dia yang paling baik pada keseluruhan tetapi maksudnya orang yang belajar dan mengajar Al-Quran itu termasuk dalam kalangan manusia yang terbaik.

Berkata As-Sindi :

ู‚ูˆู„ู‡ "ุฎูŠุฑูƒู…" ุงู„ุฎ ูŠุฑุงุฏ ุจู…ุซู„ู‡ ุฃู†ู‡ ู…ู† ุฌู…ู„ุฉ ุงู„ุฃุฎูŠุงุฑ ู„ุง ุฃู†ู‡ ุฃูุถู„ ู…ู† ุงู„ูƒู„

Artinya : โ€œPerkataan โ€˜sebaik-baik kamuโ€™ itu dikehendaki dengannya ia termasuk dari himpunan segala orang-orang yang terpilih. Bukan bermakna dia paling afdhal secara keseluruhan.โ€

Dan sebab dikatakan belajar dan mengajar akan Al-Quran itu termasuk orang yang terbaik kerana hanya dengan memahami agama sahaja jalan selamat bagi seseorang manusia dan tiada akan memahami agama bagi mereka yang tidak mempelajari akan Al-Quran.

Rasulullah sollalahu alaihi wasallam bersabda :

ู…ูŽู†ู’ ูŠูุฑูุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูู‡ู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ูŠูููŽู‚ู‘ูู‡ู’ู‡ู ูููŠ ุงู„ุฏู‘ููŠู†ู

Artinya : โ€œSiapa yang Allah mahukan dia kebaikkan nescaya akan jadikan dia memahami agama.โ€ (Hadith Imam Ahmad)

Maksudnya jika tidak memahami agama maka tidak ada kebaikkan bagi seseorang itu.

Dan tidak akan memahami agama jika tidak memahami Al-Quran. Kerana itu Nabi sollallahu alaihi wasallam menyebut bahawa orang yang terbaik ialah orang yang mempelajari Al-Quran.

Berkata Abu Dardaโ€™ r.a. :

ู„ูŽุง ุชูŽูู’ู‚ูŽู‡ู ูƒูู„ู‘ูŽ ุงู„ู’ููู‚ู’ู‡ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุชูŽุฑูŽู‰ ู„ูู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ูˆูุฌููˆู‡ู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑูŽุฉู‹

Artinya : โ€œKamu tidak akan memahami agama sehingga kamu banyak memerhatikan isi Al-Quran.โ€

Sungguhnya Al-Quran itu diturunkan ke atas manusia supaya mereka mengikut akan petunjuknya dan mengikut petunjuk Al-Quran itu ialah mengamalkan akan perintah dan larangannya kerana tiada dapat keselamatan sama sekali orang yang hanya menjadikan Al-Quran itu bahan bacaan sahaja tidak diamalkan isi kandungannya. Siapa yang mengikut akan perintah dan larangan Al-Quran maka dialah yang akan selamat dan asas bagi semua ini ialah mempelajari Al-Quran dan mengamalkannya dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan lebih baik dari mempelajarinya sahaja dan mengamalkan Al-Quran tanpa mempelajarinya tidak dijamin akan kejayaan seorang itu kerana mungkin apa yang dia faham itu benar dan mungkin salah. Dan adapun orang yang belajar Al-Quran yang paling baik ialah mereka yang mengajarnya p**a akan orang yang lain.

Berkata Syeikh Al-Mubarakfuri :

ุฅู† ู…ู† ุชุนู„ู…ู‡ ูˆุนู„ู…ู‡ ุบูŠุฑู‡ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ุฃูุถู„ ู…ู…ู† ุนู…ู„ ุจู…ุง ููŠู‡ ู…ู† ุบูŠุฑ ุฃู† ูŠุชุนู„ู…ู‡ ูˆู„ู… ูŠุนู„ู…ู‡ ุบูŠุฑู‡

Artinya : โ€œBahawasanya orang yang belajar akan Al-Quran dan mengajarnya akan orang yang lain adalah dia paling baik dari mereka yang mengamalkan Quran sahaja tanpa mempelajarinya dan tidak mengajarnya.โ€ (Kitab Al-Mirโ€™atul Mafatih)

Dan berkata ulamak sebab pun belajar dan mengajar Quran itu ialah yang terbaik sekali kerana kalam Allah ialah kalam yang terbaik dari segala perkataan yang lain.

Berkata Syeikh Ali Al-Qari :

ุฅุฐุง ูƒุงู† ุฎูŠุฑ ุงู„ูƒู„ุงู… ูƒู„ุงู… ุงู„ู„ู‡ ููƒุฐู„ูƒ ุฎูŠุฑ ุงู„ู†ุงุณ ุจุนุฏ ุงู„ู†ุจูŠูŠู† ู…ู† ูŠุชุนู„ู… ุงู„ู‚ุฑุขู† ูˆูŠุนู„ู…ู‡

Artinya : โ€œApabila adalah sebaik-baik perkataan itu ialah kalam Allah maka seperti demikian itu jugalah sebaik-baik manusia selepas para Nabi a.s. itu ialah orang yang belajar akan Quran dan mengajarnya.โ€

wallahuaโ€™lam
ustaz azhar idrus

12/02/2024

MARI BELAJAR MENGAJI DI RUMAH NGAJI NURUL QURAN SESI 2024/25 โœจ

Adakah anda sedang mencari kelas mengaji untuk anak-anak ?

โ€ผ๏ธAnak-anak sudah lama tak mengaji Quran? Umur 7 tahun masih tidak kenal huruf hija'iyyah? Anak ada masalah tertukar huruf serta masalah panjang pendek bacaan? โ€ผ๏ธ

Jangan risau. Kami sedia membantu memberikan khidmat mengajar :

โœ… Peringkat Al-Quran
โœ… Peringkat Iqra 1- 6
โœ… Asas Tajwid

Terbuka untuk :
โ–ถ๏ธ Kanak-kanak & Remaja (Lelaki & Perempuan).
โ–ถ๏ธ Berumur 5 tahun ke atas.

โ€ผ๏ธ Kelas 16 Kali Sebulanโ€ผ๏ธ
โ€ผ๏ธ Kelas 16 Kali Sebulanโ€ผ๏ธ
โ€ผ๏ธ Kelas 16 Kali Sebulanโ€ผ๏ธ

Yuran Bulanan Hanya RM80 Sahaja Untuk Seorang Pelajar

Tempat Adalah Terhad โ€ผ๏ธ๐Ÿ™๐Ÿป Daftar Sekarang
_________

๐Ÿ•Œ Butiran Kelas Rumah Ngaji Nurul Quran ๐Ÿ•Œ

๐Ÿ“ Hari : Isnin hingga Khamis
๐Ÿ“ Masa : 7.30 - 8.30 Malam
๐Ÿ“ Tempat : Rumah Ngaji Nurul Quran
๐Ÿ“ Alamat : No.8, Lorong 2 ,Jalan Shukor ,Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru.
_________

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WHATSAPP

https://wa.me/60109456585 Daftar Kelas Ngaji Nurul Quran.


Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No. 8, Lorong 2, Jalan Shukor, Kampung Melayu Majidee
Johor Bahru

Opening Hours

Monday 19:30 - 20:45
Tuesday 19:30 - 20:45
Wednesday 19:30 - 20:45
Thursday 19:30 - 20:45