SK Infant Jesus Convent Johor Bahru

SK Infant Jesus Convent Johor Bahru

Share

This is an official page of SK INFANT JESUS CONVENT JOHOR BAHRU.

Photos from SK Infant Jesus Convent Johor Bahru's post 20/11/2025

PROGRAM JALINAN MESRA IBU BAPA & PENJAGA MURID TAHUN 1 SESI 2026

Hari: Sabtu
Tarikh: 22 November 2025
Tempat: Dewan Mutiara SK IJ Convent, Johor Bahru

Ibu bapa dan penjaga dijemput hadir! 😀

Photos from SK Infant Jesus Convent Johor Bahru's post 26/08/2025

Persekolahan pada sesi petang juga turut meneruskan Majlis Pelancaran Kempen Anti Buli Johor Safe Zone semasa perhimpunan rasmi pada Isnin, 25 Ogos 2025.

💙 Ingatlah, buli bukan gurauan. Hidup Bebas Buli!

Gambar oleh Cikgu Safwan J***t dan Ustaz Omar






Photos from SK Infant Jesus Convent Johor Bahru's post 26/08/2025

Semalam semasa perhimpunan rasmi pada Isnin, 25 Ogos 2025 warga SK Infant Jesus Convent Johor Bahru telah melaksanakan Majlis Pelancaran Kempen Anti Buli Johor Safe Zone sebagai langkah proaktif dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada budaya buli.

Kempen ini bukan sekadar acara, tetapi satu gerakan bersama untuk menanam kesedaran bahawa buli bukanlah gurauan, malah boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap mangsa.

💙 Bersama kita bina generasi yang berani berkata TIDAK kepada buli!

Banner, Video dan Gambar oleh Ustaz Omar
Poster oleh Cikgu Syaheeda






Photos from SK Infant Jesus Convent Johor Bahru's post 24/08/2025

Bangunan lama yang menjadi saksi seribu kenangan, teguh berdiri membawa kisah perjuangan, kasih sayang dan ilmu selama satu abad. Hari ini, kita raikan warisan itu dengan penuh kebanggaan.

🏃‍♀️✨ FUN RUN 100 YEARS CONVENT ✨🏃‍♂️

Sempena sambutan 100 Tahun Convent, warga Convent dengan bangganya menganjurkan Fun Run 100 Years Convent sebagai simbolik perjalanan penuh sejarah dan kebersamaan. 🎉

Acara ini bukan sekadar larian, tetapi satu perhimpunan warga sekolah, alumni, ibu bapa serta komuniti untuk meraikan warisan, semangat kesukanan, dan nilai persahabatan yang telah terpahat selama satu abad. 💙🤍

📅 Hari: Sabtu
📅 Tarikh: 23 Ogos 2025

Mari kita bersama-sama mencipta memori indah dan melakar sejarah bersama generasi Convent! 🌟

Video dan Gambar disediakan oleh Ustaz Manan dan Ustaz Omar ✨



Photos from SK Infant Jesus Convent Johor Bahru's post 22/08/2025

Kempen Anti Buli pada Sesi Petang turut diteruskan sebagai usaha proaktif mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada budaya buli.

🚫 Buli bukan sekadar gurauan.
💪 Hidup lebih bermakna, hidup bebas buli!

Video dan Gambar oleh Ustaz Manan
Poster oleh Cikgu Syaheeda







Photos from SK Infant Jesus Convent Johor Bahru's post 22/08/2025

✨ Kempen Anti Buli Johor Safe Zone ✨

Hari ini, SK IJ Convent bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor melancarkan inisiatif Johor Safe Zone sebagai langkah proaktif dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada budaya buli.

Buli bukan sekadar gurauan — ia mampu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap emosi, keyakinan dan masa depan murid. Warga SK IJ Convent cakna dan prihatin terhadap isu ini, justeru berikrar untuk memperkukuhkan usaha membanteras sebarang bentuk buli di sekolah.

Video dan Gambar oleh Ustaz Omar
Poster Cikgu Syaheeda







22/08/2025

Buli bukan gurauan, ia meninggalkan luka yang dalam.
Hari ini kita menyaksikan sendiri betapa pentingnya persekitaran sekolah yang selamat dan bebas daripada buli. Setiap murid berhak datang ke sekolah dengan rasa gembira, bukan dengan rasa takut.

Warga SK IJ Convent berdiri teguh, cakna dan prihatin terhadap isu buli yang sedang berlaku. Kami menolak budaya senyap, dan memilih untuk bertindak juga akan terus berusaha memperkukuhkan langkah pencegahan.

Hentikan buli, lindungi anak-anak kita!

Poster oleh Cikgu Syaheeda






21/07/2025

🎉 Kejohanan Sukan Tahunan SK IJ Convent Kali ke-43 🎉

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SK IJ Convent kali ke-43 bagi tahun 2025.

Tahniah kepada seluruh warga sekolah – guru-guru dan murid-murid atas usaha gigih, tenaga, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi sepanjang berlangsungnya kejohanan ini.

Tidak dilupakan, penghargaan istimewa buat:
- PPD Johor Bahru
- Lembaga Pengelola Sekolah (LPS)
- Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
- Ibu bapa puteri-puteri Convent yang sentiasa memberi sokongan, sumbangan, dan kesudian hadir memeriahkan hari penuh bermakna ini.

💖 Terima kasih atas segala kerjasama dan semangat kesukanan yang ditunjukkan.

📹 Videographer oleh Ustaz Manan
Poster oleh Cikgu Syaheeda

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Yahya Awal
Johor Bahru
80100