09/08/2026
Majlis Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2026
Alhamdulillah, pada tanggal 8 Ogos 2026 , telah berlangsungnya Majlis Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2026 yang bertempat di Auditorium Radin Umar, UPM Serdang.
Majlis yang berlangsung gilang gemilang ini bertujuan memberi pengiktirafan atas kecemerlangan murid, guru dan sekolah bagi semua sekolah rangkaian Ikram Musleh seluruh Malaysia.
Kecemerlangan ini tidak hanya berfokus kepada kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga merangkumi semua aspek kecemerlangan seorang murid sama ada dalam sahsiah, kepimpinan, khidmat masyarakat,sukan dan persatuan serta banyak lagi.
Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Jusni bin Yusoff, Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Sebanyak 15 kategori yang dipertandingkan bagi sekolah rendah rangkaian Ikram Musleh dan sebanyak 8 anugerah telah diterima oleh SRIH Johor Bahru .
Terima kasih juga atas sokongan dan dokongan daripada Lembaga Pengelola Sekolah, barisan pengurusan Pusat Pendidikan Hidayah, semua ahli Jawatankuasa Pengurusan SRIHJB , warga guru, semua kakitangan bukan akademik, PIBG dan ibu bapa yang banyak menyokong atas kecemerlangan ini.
Berikut ialah senarai anugerah yang diterima oleh SRIH JB pada majlis penghargaan HARUM 2026:
1. Anugerah Khas Sekolah kategori sekolah rendah Ikram Musleh
2. Anugerah Kecemerlangan Ilmu Syariah SPPIM 2025- GPS 1.2
3. Anugerah Kategori murid:
β‘οΈ. Anugerah Cemerlang Sukan dan Permainan
βοΈNur Huwaida Farhah binti Fairul Haizal.
β‘οΈ. Anugerah Cemerlang Kelab dan Persatuan:-
βοΈ Naila Farafisya binti Ahmad Iskandar Tahbi
β‘οΈ. Anugerah Sa'ad bin Abi Waqqash (Tokoh Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh)
βοΈFadhlan Zufar bin Mohd Zamir
β‘οΈ. Anugerah Al Ghazali (Sahsiah Terpuji)
βοΈAbdul Rahman bin Mohd Rodhi.
β‘οΈ. Anugerah Umar Al Khattab ( Tokoh Kepimpinan)
Nuha Faqihah binti Suhaizan
β‘οΈ. Anugerah Thalhah bin Ubaidillah (Tokoh Khidmat Masyarakat)
βοΈAinun Sakinah binti Azmen
Untuk makluman, Anugerah Sekolah Khas diberikan kepada sekolah yang menunjukkan komitmen yang cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum, tarbiah, kemenjadian murid dalam pelbagai bidang dan mempunyai guru guru yang sangat menginspirasikan dan cemerlang.Buat julung kalinya kategori ini diadakan dan SRIHJB telah diberikan pengiktirafan melalui anugerah ini dalam Majlis HARUM 2026.
Jom semua , bantu kami dalam melahirkan lebih ramai anak anak yang soleh, musleh dan cemerlang dalam pelbagai bidang. Sesungguhnya usaha mendidik dan melahirkan generasi rabbani ini perlu gembelingan dari pelbagai pihak, dan kita telah buktikan kemenjadian murid SRIHJB yang cemerlang dalam pelbagai bidang.
Jazakumullahu khairan kathira sekali lagi dan semoga Allah memberkati segala usaha kita.
Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
9 Ogos 2026