SK Sungai Melayu

SK Sungai Melayu

Share

THIS IS SK SUNGAI MELAYU
MALAYSIA'S BIODIVERSITY SCHOOL
THE SCHOOL OF NATURE

Photos from SK Sungai Melayu's post 22/08/2026

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 2
21 Ogos 2026 | Jumaat

Alhamdulillah, Kem Bestari Solat Tahap 2 telah dilaksanakan bagi memperkukuh penguasaan dan penghayatan murid terhadap ibadah solat. 🀲🏻

β€œSesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat ialah solat.” πŸ•ŠοΈ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Pendidikan Islam atas pelaksanaan program ini. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat membentuk murid yang sentiasa menjaga solat dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. ❀️



Photos from SK Sungai Melayu's post 22/08/2026

PROGRAM MATRIX4 ACHIEVE TAHUN 4

Program intervensi persediaan Matriks Pembelajaran diteruskan lagi setiap hari Selasa melalui slot 1M1S, sebagai usaha berterusan membantu murid meningkatkan penguasaan dan prestasi pembelajaran. πŸ’ͺπŸ»πŸ“–



Photos from SK Sungai Melayu's post 22/08/2026

PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH PERTANDINGAN FUTSAL PRASEKOLAH

Tahniah dan syabas buat anak-anak prasekolah yang telah menunjukkan semangat, keberanian dan kesungguhan sepanjang pertandingan! πŸ‘πŸ»βœ¨

Menang atau kalah bukan ukuran, yang penting berani mencuba, bermain dengan gembira dan belajar erti kerjasama serta semangat kesukanan.

Kecil-kecil beraksi, besar semangatnya! ⚽🌟



Photos from SK Sungai Melayu's post 22/08/2026

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK & PERTANDINGAN SAJAK/SYAIR
20 Ogos 2026 | Khamis

Suara bergema, bait puisi berbicara, semangat Merdeka membara! β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Kemeriahan sambutan Bulan Kebangsaan diteruskan dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik & Pertandingan Sajak/Syair yang penuh warna-warni dan semangat patriotisme.

🎢 Alunan lagu penuh semangat,
πŸ“œ Sajak dan syair penuh penghayatan,
✨ Bakat anak-anak terserlah dengan penuh keyakinan!

Setiap persembahan bukan sekadar menghiburkan, malah menjadi ruang untuk menyemai rasa cinta, bangga dan sayang kepada tanah air dalam jiwa anak-anak Malaysia.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas keberanian, usaha dan persembahan yang cukup membanggakan! Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang melatih anak-anak berani menyerlahkan bakat ke hadapan.πŸ‘πŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ



Photos from SK Sungai Melayu's post 22/08/2026

PERTANDINGAN EXPLORACE MERDEKA TAHAP 2 πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ“… 19 Ogos 2026 | Rabu

Semangat Merdeka disemarakkan dengan Explorace Merdeka! πŸŽ‰

Bukan sekadar berlari dan mencari petunjuk, tetapi setiap langkah menguji kepantasan, kecerdikan, kerjasama dan semangat berpasukan. 🀝🏻

Sorakan, gelak tawa dan cabaran mewarnai perjalanan murid-murid dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. Bersama kita semarakkan jiwa patriotik, kukuhkan ukhuwah dan cipta kenangan manis sempena Bulan Kebangsaan! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ




16/08/2026

Perhimpunan Kokurikulum Kali ke-7

Hari: Isnin
Tarikh : 17 Ogos 2026
Masa : 7.30 pagi
Pakaian : Baju Unit Beruniform




Photos from SK Sungai Melayu's post 14/08/2026

SELAMAT HARI LAHIR
Buat Cikgu Zirwa dan Pn. Jamaliah

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir daripada seluruh warga SK Sungai Melayu.

Semoga dengan bertambahnya usia, bertambah juga keberkatan, kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang melimpah. Semoga sentiasa dikurniakan kekuatan, ketenangan dan semangat dalam menjalankan amanah serta mencurahkan bakti kepada anak-anak didik.

Selamat menyambut hari kelahiran!
Semoga hari-hari mendatang dipenuhi kebahagiaan, kejayaan dan keberkatan dalam setiap langkah.

Ikhlas daripada,
Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu


Photos from SK Sungai Melayu's post 14/08/2026

PERTANDINGAN LAUNGAN MERDEKA
PRASEKOLAH

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta prasekolah atas keberanian dan kreativiti yang ditunjukkan.



Photos from SK Sungai Melayu's post 13/08/2026

Lawatan tapak Perkampungan Seni Peringkat Negeri
BIODIVERSITY ART CAMP 2026

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada

Pn Radziah binti Mohd Shah, Pengurus Koperasi Kg Sungai Melayu Eco Tourism Kg Sungai Melayu dan Datin Rosmah binti Saim

atas kesudian menerima kunjungan dan sesi perbincangan akhir program seni yang akan diadakan di Pangkalan Leluri, Kg Sungai Melayu.




Photos from SK Sungai Melayu's post 12/08/2026

Alhamdulillah

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Zuriana binti Abas, Penolong Pengarah Unit Sains Sosial JPN Johor, En Hasnur bin Hashim dan Pn Farah Adila binti Ibrahim pegawai dari PPD Johor Bahru atas kunjung bantu prasekolah dan PBS di SK Sungai Melayu.


Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Sekolah, Kampung Sungai Melayu
Johor Bahru

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00