29/11/2025
https://youtube.com/live/D46Hi16YOgQ?feature=shared
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SURIA is live!
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
09/10/2025
9/10/2025 ( KHAMIS)
Program Bimbingan Berterusan Pentaksiran Alternatif Pendidikan Rendah (PBB PAPR).
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ketua Pentaksir Negeri dan Daerah yang hadir untuk berkongsi ilmu.
15/07/2025
ENRICHMENT PROGRAM FOR CHILDREN IN SPECIAL EDUCATION
Kolaborasi : MONASH UNIVERSITY JB
Tarikh: 18 Jun 2025
Tempat : Foyer SK Taman Suria
Universiti Monash telah menjalankan kolaborasi bersama PPKI SK Taman Suria pada bulan Jun yang lalu.
Seramai 15 penuntut jurusan perubatan telah menjalankan aktiviti membuat sandwich dan sambutan hari jadi bersama anak-anak istimewa kelas Diamond dan Sapphire.
Murid-murid sangat teruja dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya bersama sama para penuntut universiti.
Diharapkan kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang.
''INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA''
15/07/2025
KARNIVAL BAKAT DAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2025
Kategori : FUTSAL DAN CATUR
Tarikh: 16 Jun 2025
Tempat : TOPPEN, JOHOR BAHRU
Seramai 3 orang murid PPKI SK TAMAN SURIA telah mewakili daerah Johor Bahru ke Peringkat Negeri yang telah dijalankan di Toppen, Johor Bahru.
Adel Muqri mewakili Catur Sekolah Rendah Bawah 12 tahun
Muhammad Firash Arshaq & Muhammad Zafran mewakili Futsal Sekolah Rendah Bawah 12 tahun
Adel Muqri telah mendapat tempat ke 9 dari 18 orang peserta
Firash dan Zafran tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan
Sekalung penghargaan kepada Cikgu Pushparani dan Cikgu Mutalib atas tunjuk ajar, latihan dan guru pengiring sehingga murid kita telah berjaya ke peringkat negeri.
Semoga anak2 SK Taman Suria sentiasa cemerlang pada masa akan datang
''INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA''
15/07/2025
KARNIVAL BAKAT DAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU
Kategori : STACKING
Tarikh: 26 Mei 2025
Tempat : SK TAMAN PERLING
Seramai 3 orang murid telah mewakili sekolah ke Pertandingan Stacking daerah yang telah dijalankan selama satu hari.
Murid yang terlibat ialah Muhammad Zulfadhli, Muhammad Norsyawal dan Muhammad Hasbi dari kelas Sapphire.
Murid telah menunjukkan persaingan yang bagus tetapi tidak berjaya untuk membawa sebarang kemenangan. Semoga mereka akan terus bersinar selepas ini InsyaAllah.
Terima kasih kepada Cikgu Azim yang telah melatih murid dengan sangat komited.
''INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA''
21/05/2025
KARNIVAL BAKAT DAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU
Kategori : CATUR
Tarikh: 21 Mei 2025
Tempat : SK TAMAN PERLING
Adel Muqri telah mewakili PPKI SK TAMAN SURIA ke pertandingan catur daerah JB yang telah dijalankan pada hari ini. Sebanyak 5 pusingan yang perlu dilalui oleh peserta. Alhamdulillah, Adel telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Negeri dengan menduduki ranking pertama kejohanan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adel Muqri, guru pembimbing Cikgu Pushparani dan guru pengiring Cikgu Azim.
Semoga Adel terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah dan daerah Johor Bahru.
''INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA''
21/05/2025
KARNIVAL BAKAT DAN PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS JOHOR BAHRU
Kategori : PEMILIHAN FUTSAL (SK)
Tarikh: 19-20 Mei 2025
Tempat : GELANGGANG FUTSAL HUTAN BANDAR MUTIARA RINI, SKUDAI
Seramai 3 orang murid PPKI SK TAMAN SURIA telah menjalani latihan pemilihan daerah ke peringkat negeri. 2 orang murid kita telah berjaya terpilih untuk mewakili daerah Johor Bahru ke peringkat Negeri yang akan diadakan di Toppen Jun nanti.
Tahniah diucapkan kepada wakil murid PPKI Muhammad Firash Arshaq dan Muhammad Zafran Danial dan guru PPKI yang melatih murid Cikgu Abd Mutalib dan PPM.
Semoga anak-anak PPKI Suria akan terus cemerlang.
21/05/2025
SUMBANGAN ALATAN PERMAINAN STACKING CUP SPORT
Tarikh : 14.05.2025
Tempat : Bilik Mesyuarat SK TAMAN SURIA
PPKI SK TAMAN SURIA berasa sangat berbesar hati apabila menerima sumbangan alatan permainan stacking cup dari Alumni SIGS dan Persatuan Kebajukan Kenangan Budi JB melalui pihak PIBG.
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang memberikan sumbangan ikhlas kepada murid PPKI kami.
Sukan Stacking telah diketengahkan dalam program Karnival Bakat dan Permainan. Sejak beberapa tahun lepas, anak murid kami juga pernah mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Dengan adanya peralatan stacking ini sedikit sebanyak membantu anak-anak PPKI mengadakan latihan yang diperlukan sebelum perlawanan nanti.
Terima kasih diucapkan.❤️
'INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
06/05/2025
KARNIVAL OUTREACH INKLUSIF DAN KEBOLEHPASARAN KOIKJ 2025 DAERAH JOHOR BAHRU
Tarikh: 16-18 April 2025
Tempat : Dewan Serbaguna Taman Anggerik
PPKI SK TAMAN SURIA telah menghantar beberapa org wakil murid ke pertandingan
1. Mewarna Kad Hari Raya - 4 org
Peserta - Adel , Noorsyawal, Zulfadhli dan Anis
2. Nyanyian Solo - Hasbi
Sekolah kita telah berjaya mendapat:
JOHAN - Nyanyian solo (Hasbi)
KETIGA - Mewarna Kad Hari Raya (Adel)
Hasbi telah berjaya melayakkan diri dengan mewakili Daerah Johor Bahru ke Peringkat Negeri yg diadakan di Toppen, JB
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan PPM yang telah membimbing anak² cemerlang PPKI..semoga anak² Suria terus cemerlang
"INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
06/05/2025
Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSD Johor Bahru
Tarikh : Selasa 06.05.2025
Tempat : SK Kompleks Sultan Abu Bakar
Seramai 3 orang murid mewakili PPKI SK TAMAN SURIA ke kejohanan merentas desa.
Alhamdulillah ketiga² murid kita dpt menamatkan larian di kedudukan tempat ke 22( Fateh ) 24 (Aizam) dan 40 (Firash) daripada 80+ peserta..Semoga menjadi pembakar semangat utk kejohanan akan dtg...
Tahniah anak² Suria👏🏻🎊🎊
"INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"