15/08/2026
✨ ALHAMDULILLAH | LaDaP Siri 5.0 Berjalan Lancar
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) Siri 5.0 bertajuk “Budaya Kerja Cemerlang Melalui Disiplin Guru” telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 31 Julai 2026 (Jumaat) yang lalu.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Abdul Samad bin Ismail atas perkongsian ilmu, pengalaman dan motivasi yang sangat bermakna buat seluruh warga pendidik SRITI.
Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam amalan harian, seterusnya memperkukuh disiplin dan membudayakan kecemerlangan dalam perkhidmatan demi melahirkan generasi ummah yang terbaik.
“Guru berdisiplin, sekolah cemerlang.” 🌸