13/05/2026
β¨ Rangkuman Acara Sebelum Sukan β¨
Pelbagai acara sebelum sukan telah berlangsung dengan meriah pada 13 Mei 2026 (Rabu).
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru, peserta serta warga sekolah yang telah memberikan kerjasama dan semangat kesukanan sepanjang acara berlangsung. π
πββοΈπββοΈ
Teruskan perjuangan dan berikan saingan terbaik buat rumah sukan masing-masing! π₯
13/05/2026
β¨ PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 5 β¨
Program Motivasi Tingkatan 5 telah berjaya dilaksanakan pada 6 Mei 2026 dengan penglibatan para pelajar Tingkatan 5. Semoga program ini dapat membakar semangat dan meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam akademik dan sahsiah. ππ
13/05/2026
π₯FUN RUN PERINGKAT SEKOLAH SMKBBU 2026 π₯
π
Tarikh: 6 Mei 2026
β° Masa: 8.30 pagi β 9.30 pagi (sesi pagi)
π Tempat: Arena Mini SMKBBU
Alhamdulillah, Fun Run Peringkat Sekolah SMKBBU 2026 telah berlangsung dengan jayanya. π
Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah memberikan kerjasama dan semangat sepanjang program berlangsung. β€οΈπ
05/05/2026
Bangga melihat anak-anak Johor terus melakar kejayaan di pentas kejohanan β¨
Pencapaian ini bukan sekadar kemenangan, tetapi bukti usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi πͺ
Tahniah kepada semua atlet U17 Johor!
Lebih membanggakan apabila murid SMK Bandar Baru UDA,
AHMAD RAYYAN AKASYAH BIN AHMAD BAKHTIAR (4 EKON) turut mengharumkan nama Johor dalam kejohanan ini π
Teruskan momentum menuju kejayaan yang lebih gemilang π₯
https://www.facebook.com/share/p/1CeD9PUAdt/?mibextid=wwXIfr
05/05/2026
π TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN TUGAS
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
En. Khairul Annuar Aridash bin Abdullah
atas pelantikan sebagai
Penolong Kanan HEM
SMK Bandar Baru UDA
Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, cemerlang dan berintegriti demi kecemerlangan warga sekolah.
π
Berkuat kuasa: 15 April 2026
01/05/2026
ππ. 10 minit membaca, sejuta ilmu bermakna.
Warga SMK Bandar Baru UDA bersama-sama menjayakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit dengan penuh semangat dan penglibatan seluruh warga sekolah.
π Tarikh: 23 April 2026
β° Masa: 11.00 β 11.10 pagi
Selaras dengan tema:
β¨ Membaca Menggembirakan
β¨ Membaca Membina Bangsa
Hentikan seketika kesibukan, capai buku dan nikmati 10 minit penuh makna. Semoga amalan membaca terus menjadi budaya dalam kehidupan kita
26/04/2026
βοΈπ KEJOHANAN CATUR MSSD 2026 πβοΈ
π KEPUTUSAN KESELURUHAN PASUKAN SMKBBU:
βοΈ L18 : Tempat 25 / 42 sekolah
βοΈ P18 : Tempat 18 / 26 sekolah
βοΈ L15 : Tempat 15 / 47 sekolah
βοΈ P15 : Tempat 16 / 32 sekolah
π PENCAPAIAN INDIVIDU TERBAIK
Selepas Round 8:
βοΈ L18 β Nur Fairuz Akmal bin Noor Helmy
Rank 72 / 186 peserta (4.5 mata)
βοΈ L15 β Ahmad Zafri Rida bin Ahmad Ridzuan
Rank 75 / 189 peserta (4.5 mata)
Selepas Round 7:
βοΈ P18 β Nur Zaakirah bt Mohd Khairul Ihtifazuddin
Rank 75 / 109 peserta (3.0 mata)
βοΈ P15 β Siti Nur Zainina bt Zaini
Rank 66 / 120 peserta (3.0 mata)
π Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua 22 orang peserta yang telah menunjukkan azam, komitmen dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru terlibat, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyertaan pasukan ini.
Semoga pengalaman ini menjadi batu loncatan untuk kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. βοΈβ¨
26/04/2026
πΉπ KEPUTUSAN RASMI MSSD MEMANAH 2026 ππΉ
Alhamdulillah, SMK Bandar Baru Uda telah menghantar seramai 7 orang atlet bagi menyertai Kejohanan Memanah MSSD 2026 yang berlangsung pada 21 hingga 23 April 2026 di Arena Emas, Taman Impian Emas, Skudai.
β¨ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi serta komitmen yang cemerlang sepanjang pertandingan.
πΉ KEPUTUSAN MEMANAH RECURVE
πΉ Kategori P15
π
Nuratiqah Auni (2UMS)
π₯ Johan β Set pertama (60 meter)
π₯ Naib Johan keseluruhan
πΉ Kategori P18
π
Nur Qaleesya Laila (4PA)
π₯ Naib Johan β Set pertama (70 meter)
π
Tempat ke-4 keseluruhan
β‘οΈ Tahniah! Kedua-dua atlet ini akan mewakili ke peringkat MSSJ.
πΉ Kategori L15
π
Rizqin (1UITM) β Tempat ke-19
πΉ KEPUTUSAN MEMANAH TRADISIONAL (23 April 2026)
πΈ Fahim (3KAA)
Set kedua β Tempat ke-4
Keseluruhan β Tempat ke-8
πΈ Qisya Damia (2USM)
Keseluruhan β Tempat ke-5
Kumpulan β Tempat ke-4
πΈ Nur Dzufairah (2USM)
Keseluruhan β Tempat ke-20
Kumpulan β Tempat ke-4
πΈ Qaseh Nur Amani (2UTM)
Keseluruhan β Tempat ke-24
Kumpulan β Tempat ke-4
π Syabas dan tahniah kepada semua atlet atas usaha dan pencapaian yang membanggakan!
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir serta semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kemenjadian pelajar SMK Bandar Baru Uda.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. πͺβ¨
26/04/2026
Tahniah dan syabas π₯π
SMKBBU telah menyertai Pertandingan Jejak Maklumat Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Legoland. Alhamdulillah, pasukan sekolah telah berjaya merangkul tempat pertama daripada 31 buah sekolah yang bertanding.
Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, kerjasama serta kecemerlangan pelajar dalam mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.
Senarai pelajar yang terlibat:
β¨ Siti Aisyah Humaira (5DLP)
β¨ Nur Rania Dhaifina (5DLP)
β¨ Nur Erina Syakiera (5DLP)
β¨ Nurin Badriena (5ST)
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar serta sokongan padu.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
19/04/2026
β¨ Tahniah & Selamat Datang β¨
Dengan penuh rasa bangga, pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada
Pn. Azliza Binti Mat Lazim
atas pelantikan sebagai
Pengetua Cemerlang
SMK Bandar Baru UDA
Semoga kepimpinan beliau terus menyuntik inspirasi, memperkukuh kecemerlangan, dan memacu kejayaan berterusan kepada seluruh warga sekolah.
Bersama melakar masa depan gemilang! π«
19/04/2026
πβ¨ Majlis Sambutan Hari Raya Sekolah 2026 β¨π
ποΈRabu 15 April 2026
Suasana ceria dan penuh kemeriahan mewarnai Majlis Sambutan Hari Raya Sekolah 2026 yang berlangsung dengan penuh rasa kekeluargaan. Warga sekolah bersama-sama berkumpul, mengeratkan silaturahim sambil menikmati juadah Hari Raya yang pelbagai.
Gelak tawa, senyuman dan semangat kebersamaan jelas terpancar sepanjang majlis berlangsung. Semoga sambutan ini dapat terus memupuk nilai perpaduan, kasih sayang serta mengukuhkan hubungan dalam kalangan warga sekolah.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ππ