15/08/2026
🌟💙 CERAMAH PENGENALAN KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ) 💙🌟
Alhamdulillah, telah berlangsung Ceramah Pengenalan Karakter Murid Johor (KrMJ) bagi memberikan pendedahan kepada murid tentang ciri-ciri dan nilai yang perlu ada dalam membentuk Murid Johor yang beridentiti, berakhlak, berilmu dan berketerampilan. 🌟
📅 11 Ogos 2026 (Selasa)
📍 Dataran SK Taman Desa Skudai
Ceramah ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran murid tentang kepentingan mengamalkan Karakter Murid Johor (KrMJ) dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk generasi muda Johor yang unggul, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh. 💙❤️
✨ KrMJ — Membentuk Murid Johor yang Hebat! ✨
15/08/2026
🌱💙 PROGRAM KESEDARAN DIABETES DAN KELESTARIAN ALAM 💙🌱
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Kesedaran Diabetes dan Kelestarian Alam pada:
📅 11 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ 10:20 pagi – 12:00 tengah hari
👧🏻👦🏻 Sasaran: Semua murid Tahun 5 dan 6
📍 Tempat: Dewan Seri Budiman & Kawasan Pagar Hadapan
✨ Antara pengisian program:
🩺 Ceramah Kesedaran Diabetes
🌍 Ceramah Kelestarian Alam
🌱 Aktiviti Menanam Pokok
Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri, mencegah diabetes serta memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.
Aktiviti menanam pokok turut memberi pengalaman bermakna kepada murid dalam memupuk sikap cintakan alam sekitar, bertanggungjawab dan prihatin terhadap kelestarian bumi. 🌳💚
💚 Jaga Kesihatan, Sayangi Alam, Bina Masa Depan! 🌏✨
15/08/2026
🦷✨ CERAMAH PERGIGIAN SKTDS ✨🦷
Alhamdulillah, telah berlangsung Ceramah Pergigian yang bertempat di Dewan Sri Budiman pada:
📅 13 Ogos 2026 (Khamis)
📍 Dewan Sri Budiman, SK Taman Desa Skudai
Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan gigi, amalan memberus gigi dengan betul serta penjagaan kesihatan mulut dalam kehidupan seharian. 🪥😁
Semoga perkongsian yang disampaikan dapat meningkatkan kesedaran murid untuk menjaga kesihatan gigi dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. 💙
🌟 Gigi Sihat, Senyuman Ceria, Murid Hebat! 🌟
07/08/2026
✨ Program Menjaga Kebersihan Diri Bersama Carrie Junior ✨
📅 Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: Dewan Sri Budiman, SK Taman Desa Skudai (SKTDS)
Program ini telah memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri sebagai amalan harian bagi membentuk gaya hidup sihat dan sahsiah yang cemerlang.
Melalui aktiviti yang interaktif dan menyeronokkan, murid-murid didedahkan dengan amalan kebersihan yang betul seperti mencuci tangan, menjaga kebersihan badan serta kepentingan penjagaan diri untuk mencegah penyakit.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Carrie Junior atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga program seperti ini dapat terus menyemai kesedaran dalam kalangan murid untuk mengamalkan kebersihan diri pada setiap masa.
💙 Bersih Diri, Sihat Selalu, Ceria Belajar! 💙
06/08/2026
✨ Sudut KrMJ SK Taman Desa Skudai (SKTDS) ✨
🌟 Kriteria Murid Johor (KrMJ) 🌟
Sudut KrMJ diwujudkan sebagai medium untuk menyemai nilai, adab dan jati diri dalam kalangan murid selaras dengan aspirasi Karakter Murid Johor. Melalui sudut ini, murid dapat mengenali dan menghayati nilai-nilai murni yang membentuk sahsiah terpuji, beridentiti Johor serta berdaya saing. KrMJ memberi penekanan kepada pembentukan murid yang berimej, berperadaban tinggi dan mempunyai kepimpinan berkualiti.
Semoga usaha kecil ini menjadi pemangkin untuk melahirkan generasi yang berilmu, beradab, berintegriti dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
💙 "Murid Berkarakter, Johor Gemilang." 💙
02/08/2026
SESI LIBAT URUS MATRIK PEMBELAJARAN TAHUN 4 2026
Tarikh: 17 JULAI 2026
Masa: 8:00malam
Tempat: Google Meet
🌷Kehadiran: Semua orang Ibu bapa murid Tahun 4
✳️Ucapan daan taklimat Yang Berusaha Pn Masdiana binti Othman,Guru Besar
💟Dihadiri bersama Yang Berusaha Pn Norafiza binti Azmi, YDP PIBG
✳️Fokus Pembentangan:
✔️Analisis Kehadiran Murid Tahun 4 Januari-Mei
✔️Taklimat Matrik Pembelajaran Tahun 4
✔️Analisis Pentaksiran Pertengahan Tahun Akademik daripada Penyelaras Tahun 4
✔️Sesi soal Jawab ibu bapa
✔️Pembelian Modul
✔️Bersurai
02/08/2026
💎HARI TEMU MESRA💎
▪️Jumaat
▪️31 Julai 2026
▪️8:30 pagi - 12:00 tengah hari
Terima kasih kepada semua ibu bapa SK Taman Desa Skudai yang dapat meluangkan masa dan hadir membincangkan perkembangan pembelajaran anak - anak di sekolah.
Turut dijalankan ialah sesi pertemuan ibu bapa bagi anak - anak yang masih belum mencapai Tahap Penguasaan minimum bersama Puan Guru Besar dan Guru Pemulihan.
Keprihatinan dan kerjasama semua ibu bapa amat kami hargai. Semoga usaha ini menjadi titik tolak pencapaian yang lebih cemerlang.
Tahniah semua