Keedsflix Pulai Perdana Johor

Keedsflix Pulai Perdana Johor

Share

Founded by Dato’ Dr Sheikh Muszhapar
PLAYSCHOOL & PRESCHOOL
Islamic|Quranic|Technology|Academic

Photos from Keedsflix Pulai Perdana Johor's post 11/06/2026

Happy Birthday NUH FAIQ !

Thank you so much KeedsParents for the generousity.

Yummy foods and goodies for the kids  🙏🏻🥰

May Allah grant your family health, wealth and bless. ❤️

Photos from Keedsflix Pulai Perdana Johor's post 10/06/2026

🏃‍♂️🥚 Sports Activity: Throwing Ball into an Egg Carton 🥚🏃‍♀️

Our little learners had so much fun developing their hand-eye coordination, focus, and throwing skills through this exciting ball-toss activity! 🎯

By aiming and throwing the balls into the egg carton spaces, children practiced concentration, fine motor control, and perseverance while enjoying active play with their friends.

Learning through play helps build confidence, coordination, and a love for physical activity from an early age! 🌟

MotorSkillsDevelopment ActiveKids

08/06/2026

MashaAllah! 💖Khatam Al-Qur’an at kindergarten age. Tabarakallah Hannah Delisha.
Our little learner has completed the recitation of the Qur’an!
Every parent’s dream, every teacher’s pride.

A moment of pure joy and blessing; may this be the start of a lifelong journey with the Qur’an.

May this be the first of many blessings ahead.♥️

26/05/2026

Salam Aidiladha daripada barisan Teachers Preschool & Playschool Keedsflix Pulai Perdana.

Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa seribu keberkatan, ketenangan dan kasih sayang buat seluruh keluarga Keedsparents.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan terus mekar dalam mendidik anak-anak menjadi insan soleh, bijak dan berakhlak mulia.

Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin daripada seluruh warga Keedsflix Pulai Perdana.

Ikhlas,
Pn Nur & Teachers KPP.

26/05/2026

PERHATIAN : WAKTU MUSTAJAB DOA HARI ARAFAH

🇲🇾 Waktu Malaysia
📆 26 Mei 2026 • Selasa • 9 Zulhijjah 1447H
🕰 Anggaran waktu : 5.18 petang – 11.57 malam

Hari Arafah adalah antara hari paling mulia di sisi Allah.
Jangan lepaskan peluang untuk berdoa bersungguh-sungguh buat diri sendiri, ibu bapa, pasangan, anak-anak dan seluruh umat Islam.

Antara doa terbaik yang boleh diaminkan pada Hari Arafah:

🤲 Ya Allah, selamatkan kami daripada api neraka dan masukkan kami ke dalam Syurga Firdaus.

🤲 Ya Allah, ampunkan dosa kami yang zahir mahupun tersembunyi.

🤲 Ya Allah, matikan kami dalam husnul khatimah dan dalam iman yang sempurna.

🤲 Ya Allah, lembutkan hati kami untuk mencintai Al-Quran, solat dan majlis ilmu.

🤲 Ya Allah, jauhkan kami daripada riak, ujub, hasad dengki dan fitnah dunia.

🤲 Ya Allah, kurniakan kami rezeki yang halal, luas dan penuh keberkatan.

🤲 Ya Allah, lindungi keluarga kami daripada perpecahan, kesedihan dan ujian yang berat.

🤲 Ya Allah, jadikan anak-anak kami anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata dunia dan akhirat.

🤲 Ya Allah, permudahkan segala urusan hutang, kesihatan dan kehidupan kami.

🤲 Ya Allah, satukan kami kembali bersama orang-orang yang kami sayangi di Syurga Firdaus.

🤲 Ya Allah, lindungi kami daripada fitnah Dajjal, azab kubur dan azab api neraka.

🤲 Ya Allah, jangan Engkau tarik nikmat iman dan Islam daripada kami walau sesaat.

🤲 Ya Allah, kuatkan kami untuk terus istiqamah melakukan amal soleh hingga akhir hayat.

🤲 Ya Allah, berikan ketenangan hati, jiwa yang sabar dan kehidupan yang penuh rahmat.

🤲 Ya Allah, makbulkan segala doa dan hajat kami yang baik di dunia dan akhirat.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin 🤍

Jangan lupa tutup doa dengan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.

“Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”
— Hadis Rasulullah ﷺ

Semoga setiap yang membaca dan mengaminkan doa ini diberikan keberkatan hidup, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan pengakhiran yang husnul khatimah.

25/05/2026

[ MAKSUD HARI TARWIYAH ]

📍Hari Tarwiyah merupakan permulaan perjalanan menuju hari-hari kemuncak ibadah Haji.

📍Ia berlaku pada 8 Zulhijjah apabila para jemaah bergerak ke Mina sebelum meneruskan perjalanan ke Arafah dan Muzdalifah dalam menyempurnakan manasik Haji.

📍Perkataan “Tarwiyah” berasal daripada perkataan Arab:
رَوِيَ - يَرْوَى

yang membawa maksud " Membawa bekalan air", "Menghilangkan dahaga", dan "Memenuhi keperluan"

📍Imam Ibn Qudamah menyebut bahawa Hari Tarwiyah dinamakan sedemikian kerana dua sebab:

1. Bekalan Air Para Jemaah Haji

Pada hari ke-8 Zulhijjah, para jemaah haji bergerak ke Mina dan menyediakan bekalan air sebelum menuju Arafah kerana pada zaman dahulu sumber air amat terhad.

Perbuatan menyediakan bekalan air ini diistilahkan dengan:
يَتَرَوَّوْنَ

Daripada istilah inilah lahir nama “Tarwiyah”.

2. Kisah Mimpi Nabi Ibrahim AS

Disebut juga bahawa pada malam tersebut (8 Zulhijjah), Nabi Ibrahim AS menerima mimpi supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Ia tercatat dalam Al-Quran Surah as-Saffat ayat 102 iaitu;

Firman Allah SWT : “Nabi Ibrahim berkata:

"Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Baginda AS merenung dan memikirkan perkara itu, Adakah ia benar-benar wahyu daripada Allah SWT atau sebaliknya.

Maka proses merenung dan berfikir itu disebut:
يُرَوِّي

Lalu sebahagian ulama mengaitkan nama Tarwiyah dengan makna tersebut.

📍Hari Tarwiyah mengajar kita bahawa perjalanan menuju Allah SWT memerlukan persediaan jiwa, bukan sekadar persediaan fizikal.

📍Kita merancang menyediakan kewangan, menyusun jadual, membuat pelbagai persediaan, dan berusaha sebaik mungkin namun akhirnya manusia tidak mampu mengawal semua perkara.

📍Kadangkala Allah SWT membiarkan kita berada dalam keadaan yang serba terbatas supaya kita belajar bahawa bukan segala-galanya bergantung pada kemampuan diri, tetapi pada pertolongan-Nya.

Semoga Allah SWT mempermudahkan seluruh urusan para jemaah haji serta mengurniakan haji yang mabrur.Amiin.

25/05/2026

PENGUMUMAN RASMI : CUTI PERISTIWA PADA ISNIN, 25 MEI 2026.

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor telah mengisytiharkan hari Isnin sebagai Hari Cuti Peristiwa sempena kejayaan gemilang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia musim 2025/2026.

Sekian, terima kasih.

18/05/2026

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC KEEDSFLIX PULAI PERDANA)
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua teacher Keedsflix Pulai Perdana atas segala kesungguhan, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan dalam mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.

Bukan sekadar mengajar, malah setiap usaha dan dedikasi anda semua telah membantu menjadikan Keedsflix Pulai Perdana sebagai antara institusi pendidikan awal kanak-kanak yang semakin dikenali dan dipercayai di kawasan ini.

Penghargaan berbentuk percutian ini amat bersesuaian sebagai tanda terima kasih kepada penerima anugerah atas usaha luar biasa yang telah ditunjukkan sepanjang tahun. Insya-Allah, penghargaan seperti ini akan terus diwujudkan pada tahun-tahun akan datang seiring dengan peningkatan jumlah murid, prestasi sekolah dan perkembangan Keedsflix sendiri. Semua teacher berpeluang untuk menerimanya, sama ada teacher preschool mahupun playschool.

Terima kasih juga kepada semua teacher yang sentiasa menjadi insan yang disayangi anak-anak, yang dirindui setiap pagi, yang sabar melayan ragam mereka dan yang sentiasa mencipta memori indah dalam dunia awal kanak-kanak.

Teruslah menjadi teacher yang mendidik dengan hati ❤️

Puan Nur,
Ikon Guru Tegas tapi Penyayang.

Photos from Keedsflix Pulai Perdana Johor's post 17/05/2026

The Teachers (student terlajak usia)😅
Missing Tcr Rena, Tcr Nani, Tcr Farrah.

Photos from Keedsflix Pulai Perdana Johor's post 17/05/2026

Playschoolers Game !

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


47, Jalan Pulai Perdana 11, Taman Sri Pulai Perdana,, Skudai
Johor Bahru
81300