18/06/2023
"Aku kehilangan duniaku, ketenaranku, dan fikiranku. Ketika matahari terbit, maka semua bayang-bayang lenyap. Aku berlari mendahului bayang-bayang tubuhku yang lenyap saat aku berlari. Namun, cahaya matahari itu berlari mendahuluiku dan memburuku, hingga aku pun terjatuh dan bersujud pasrah ditelan samudera kilau-Nya yang mempesona."
- Maulana Jalaluddin Ar Rumi -
29/05/2023
Allah dah susun cantik jalan hidup kita.
Jangan resah sahabat. Teruskan melangkah walau berkali kau rebah!
21/05/2023
Kita sekarang berada di penghujung akhir zaman, dan dari salah satu senjata yang tak terlihat yang digunakan syaithon (untuk mengganggu umat manusia) adalah : senjata (membuat) merasa sempit,gundah, dan sedih pada hati manusia.
Dan ini memang hal yang sudah diketahui oleh para orang-orang hebat yang mempunya hati yang bersih dan jernih, oleh karena itu para guru selalu mengarahkan para muridnya untuk senantiasa membaca : (Robbisyroh li shodri wa yassir li amriy)
Dan zaman yang sekarang kita sedang hidup didalamnya dipenuhi dengan peperangan, penyakit dan hal-hal lainnya, akan tetapi (jangan risau) semuanya ini adalah hal kecil yang akan terselesaikan di hadapan cahaya (ajaran) Nabi Muhammad saw, karena zikir-zikir yang kita baca sehari-hari itu bisa membantu kita mengalahkan gangguan-gangguan dan bisikan-bisikan senjata syaithan tersebut.
- Sayyidil Habib Kadzim Bin Jaafar Al Saqqaf -
26/06/2022
Hari terus berganti hari.
Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari.
Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi.
Ujian-ujian yang diberi oleh ALLAH itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa.
ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita.
Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Semoga kita sentiasa tabah demi meraih redhaNya.
In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. ๐คฒ
01/05/2022
Tak terasa bulan Ramadhan Al Mubarak telah tibaยฒ pergi meninggalkan kita.
Sedih rasanya bila bulan yang penuh pengampunan tinggalkan kita. Menunggu hari kemenangan umat islam melawan hawa nafsu setelah satu bulan berpuasa menghadapi pelbagai ujian.
Alhamdulillah, kini menjelang Hari raya aidil fitri adalah hari yang (suci) dimana ibadah kita akan lebih sempurna bila kita saling memaafkan dan maafkan satu sama lain.
๐๐๐ช๐๐๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก๐ฎ ๐ฆ๐ข๐ง๐ง๐ ๐ฐ๐ ๐ฆ๐ข๐ง๐ค๐ฎ๐ฆ.
24/04/2022
Nanti, ketika mana roh kita sudah berpisah daripada jasad, kita akan sedar bahawa kekayaan sebenar bukanlah harta yang telah kita tinggalkan.
Kita akan sedar bahawa kekayaan sebenar adalah doa yang diucapkan untuk kita, doa keampunan untuk kita, doa kebaikan dan kesejahteraan kita di dalam kubur sana.
Kesimp**annya adalah, ada tak satu perkara yang telah kita lakukan selama kita hidup ini yang menjadi sebab untuk orang lain ingat dan berdoa kepada kita setelah kita tiada?
Fikirlah...
19/04/2022
10 SURAH DAPAT MENGHALANG DARIPADA 10 UJIAN BESAR ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
1. Surah Al Fatihah dapat memadam kemurkaan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
2. Surah Yassin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3. Surah Ad Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala pada hari kiamat.
4. Surah Al Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5. Surah Al Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6. Surah Al Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7. Surah Al Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8. Surah Al Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9. Surah Al Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Wallahu A'lam.
SALAM NUZUL AL-QURAN 1443H
In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah.โฅ๏ธ
18/04/2022
Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa.
Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati.
Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita.
Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia.
Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk.
Cerialah diri. S**a duka, sedih gembira bagaikan silih berganti.
Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.
โJanganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah p**a kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.โ (Surah Al-Imran:139)
Wallahu A'lam.
In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. ๐คฒ
01/04/2022
Renungan
AL JANNATUL 'AJILAH
Sebenarnya di dunia ini lagi ALLAH telah memberikan 'syurga' kpd kita. Syurga itu dinamakan AlJannatul 'Ajilah (syurga yg disegerakan) iaitu *Hati Yg Sejahtera*
Mereka yg mendapat syurga ini sentiasa rasa tenang, bahagia dan gembira dengan kehidupannya.
Bila diberi nikmat, dia bersyukur.
Bila kurang, dia bersabar.
Bila diuji, dia bersangka baik.
Bahkan.
Bila disakiti, dia memaafi.
Tidak ada langsung hasad dengki dihatinya.
Pemilik syurga ini sentiasa *tenang* dalam apa jua keadaan. Baik susah mahupun senang.
Bahkan ketenangan itu dapat dirasai oleh orang lain bila berada bersama dengannya.
Beruntunglah sesiapa yg memiliki syurga ini.
Kata Ahli Sufi- sesiapa yg ingin merasai syurga hakiki di akhirat nanti, dia perlu merasai syurga ini terlebih dahulu.
Dan yg menakutkan adalah mereka yg tidak merasai syurga ini, dibimbangi dia tidak akan merasai syurga yg hakiki di akhirat kelak.
Ini berdasarkan firman ALLAH :-
(Iaitu) pada hari di mana harta dan anak pinak tidak berguna. Kecuali orang-orang yg menghadap Allah dengan hati yg sejahtera.โ - Asy Syuโaraโ: 88-89
Marilah kita berusaha membersihkan hati agar dikurniakan syurga ini. Insyaa ALLAH
Wallahu A'lam.
31/03/2022
Ada 3 amalan hebat yang akan menghasilkan pahala yang tidak boleh dikira banyaknya :
BERPUASA (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
1. Puasa adalah amalan khusus yang menjadi rahsia antara kita dan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
2. ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sendiri yang memberikan pahala tanpa diwakilkan kepada Malaikat untuk mencatat.
3. Amalan berpuasa adalah pintu kepada segala akhlak yang baik lagi terpuji.
SABAR (Surah Az Zumar ayat 10)
1. Sabar untuk taat kepada segala perintah ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
2. Sabar untuk tinggal larangan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
3. Sabar bila ditimpa kesusahan dan musibah.
MEMAAFKAN (Surah Asy Syura ayat 40)
1. Memaafkan itu sifat ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala yang jika dipakai pada manusia, ia akan meningkatkan kemuliaannya.
2. Memaafkan itu akan menenangkan jiwa dan menghilangkan segala serabut.
3. Maafkan, kemudian lupakan. Move on orang putih cakap.
Alhamdulillah. Sobahul khair sahabat-sahabat.
In sha ALLAH. Semoga perjalanan hidup hari ini lebih baik dari semalam. โค๏ธ
ุงูู
ููู ููุง ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู
ูููู
28/03/2022
"Syurga itu ada lapan pintu. Kadang-kadang dibuka Kadang-kadang ditutup. Kecuali pintu taubat. Disitu ada malaikat yang diperintahkan tidak menutupnya. Beramal lah dan jangan berputus asa."
- Saidina Ibnu Mas'ud ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู -
17/03/2022
Sungguh kemuliaan seorang hamba bila hatinya sentiasa dekat pada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, bibirnya selalu berzikir dan kelakuannya menampakkan akhlak yang soleh /solehah apalagi pada bulan Syaaban yang penuh istimewa ini.
Malam Nisfu Sya'ban mengingatkan setiap hamba begitu banyak dosa dan istighfar adalah bukti nyata kita memohon ampunan.
Kuatkan iman, kuatkan hati, jumla sambut malam nisfu Syaaban dengan takbir, tahmid, tasbih, dan juga selawat atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wa Sallam) ๐
Malam ini perbanyakkanlah amal yang baik)
Jangan lupa baca Surah Yassin, Al-Kahfi dan banyakkan berdoa.. ๐
ููุง ุฅููููฐูู ุฅููููุง ูฑูููููฐูู ๐ค
ุณูุจูุญูุงูู ูฑูููููฐูู ๐ค
ูฑููุญูู
ูุฏู ููููููฐููโ ๐ค
ุงููู ุฃูุจุฑ ๐ค
ุงูุณูุชูุบูููุฑูุงูููู ุงููุนูุธูููู
ู๐ค
ุงูููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ๐ค
ุณูุจูุญูุงูู ุงูููููู ููุจูุญูู
ูุฏูููุ ุณูุจูุญูุงูู ุงูููููู ุงูุนูุธููู
๐ค