11/05/2026
PEPERIKSAAN SEKOLAH SRITI AL-IRSYAD
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dimaklumkan bahawa peperiksaan bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Semua murid diminta membuat persediaan awal, menjaga disiplin serta hadir ke sekolah mengikut waktu yang ditetapkan.
Kerjasama ibu bapa amat dihargai bagi memastikan anak-anak membuat ulang kaji pelajaran di rumah dan berada dalam keadaan bersedia sepanjang peperiksaan berlangsung.
Semoga semua murid SRITI AL-IRSYAD diberikan kemudahan, ketenangan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
“Berilmu, Beramal, Bertaqwa”
01/05/2026
Pertemuan bersama pihak Bank Simpanan Nasional di SRITI Al Irsyad Pulai beberapa hari yang lalu.
Pertemuan diadakan bagi melaksanakan proses pembukaan akaun baru akan datang. Terima Kasih.
26/04/2026
Keputusan yang positif dan membanggakan seluruh SRITI Al Irsyad Pulai
25/04/2026
Tahniah SRITI Al-Irsyad raih tempat ke-3 dalam 3 acara : Bercerita BM Perempuan, Hafazan Lelaki Tahap 2 & Pidato BM Lelaki MAIS Negeri Johor
25/04/2026
Alhamdulillah. SRITI Al-Irsyad Johan Pidato BI Lelaki MAIS Negeri Johor.
25/04/2026
Coretan Penyertaan SRITI Al Irsyad Pulai dalam MAIS Negeri Johor 2026.
Pada 25 April 2026 di Hab Pendidikan Pagoh telah berlangsungnya Mahrajan Amal Islami SRITI Negeri Johor yang sudah menjadi kebiasaannya dilaksanakan setiap tahun dalam mempertaruhkan 20 SRITI di seluruh negeri Johor dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Selesai sudah hampir kesemua acara dipertandingkan pada hari ini. Semua wakil telah melakukan sehabis baik dan hanya keputusan sahaja dinantikan kelak.
Terima Kasih para Guru yang mendidik, Murid yang gigih berlatih dan Ibubapa yang menyokong penuh potensi anak-anak mereka.