04/03/2025
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera.
🔥KURU-KURU OPEN DAY🔥
Khamis dan Jumaat
27 Feb dan 28 Feb 2025
10.40 pagi - 12.40 tengah hari
Tahap 2 (selepas rehat)
✨JUALAN BARANGAN RM3.00✨
Apa⁉️Betul ke⁉️
Iya, betul 🤗
Semua barangan dijual RM3.00 SAHAJA ✅
Jgn lepaskan peluang bersama² memeriahkan jualan kuru-kuru esok!
Apa yg menarik ⁉️
- Baju KrMJ
- Baju rumah sukan
- Baju PJ
- Baju sekolah
- Baju pemimpin
- Baju kurung
- Blouse
- Barangan Tupperware
- Botol Air
- Purse
- Tudung
- Kasut
dan macam² lagi...
Jom semua!
04/03/2025
🌲Majlis Anugerah Pendidikan Lestari Johor🌲
📌 Tarikh:27 Februari 2025
📌Tempat : KSL Hotel& Resort,Johor bahru
📌SK(P) Sultan Ibrahim telah terpilih sebagai Sekolah Showcase terbaik (Kategori emas) bagi tahun 2024.Penarafan ini diberikan berdasarkan markah melalui sistem e-Lestari.
📌Sekolah mendapat sumbangan wang tunai sebanyak RM 1000 daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor kepada 29 buah sekolah showcase(kategori emas-terbaik).
📌Hasil usaha semua warga sekolah telah membuahkan hasil sehingga berjaya mendapat anugerah Sekolah Showcase (Emas) terbaik di negeri Johor.
📌Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar Puan Hjh Rosmawati binti Mohamed, barisan pentadbir,Puan Suziliana binti Sulaiman serta semua team lestari yang banyak menyumbang tenaga dan masa untuk kelestarian sekolah.
"Being green and clean is not just an aspiration but an action"
#
#
30/09/2024
Program *Train of Trainers* (ToT) sempena *World Rivers Day* 2024 yang dikendalikan oleh Yayasan JCorp dengan kerjasama UTMCS telah berjaya dilaksanakan! Melibatkan 120 pelajar dari pelbagai sekolah, inisiatif ini menekankan kepentingan kelestarian alam sekitar serta aplikasi praktikal kemahiran melalui modul seperti penilaian kualiti air sungai, seni lestari, teknik penanaman mesra alam, dan dokumentasi biodiversiti digital menggunakan aplikasi iNaturalist.
Dengan menggabungkan aktiviti praktikal dan alat digital, program ini menyediakan pengalaman pembelajaran yang dinamik, memupuk semangat penjagaan alam sekitar dalam kalangan generasi muda. Usaha ini selari dengan misi yang lebih besar untuk melindungi sumber semula jadi serta mempromosikan kehidupan yang mampan, dengan menekankan peranan pelajar dalam pemuliharaan melalui pendidikan dan teknologi.
Inisiatif ini merupakan contoh terbaik pendidikan alam sekitar berasaskan komuniti, yang membentuk pemimpin masa depan dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk melindungi alam sekitar. (Yayasan Johor Corporation)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Yayasan Johor Corporation
Star Satu JB
SK Tasek Utara JB
Sk Temenggong Abdul Rahman 2
SJKT Jalan Yahya Awal
21/12/2023
Rumput jerami diisi ranjau
Di atas papan burung berkicau
Kalau bumi tak lagi hijau
Maka kehidupan menjadi kacau.
Ketua menteri datang meninjau
Pakai sampan ke tengah pulau
Rawatlah bumi selalu hijau
Agar kehidupan tetap berkilau.
Ada kerbau pergi ke kota
Angkut mentega dibungkus kasa
Bumi yang hijau bagai permata
Harus dijaga sepanjang masa.
13/12/2023
🍀Hasil kutipan bahan-bahan kitar semula hari ini (13/12/2023)
🍀Tahniah dan terima kasih kepada semua murid, ibu bapa dan komuniti yang sama-sama menyumbang.
12/12/2023
🍀Hasil kutipan bahan-bahan kitar semula hari ini (12/12/2023)
🍀Tahniah keada kelas-kelas yang telah mendahului kutipan hari ini
🍀Pertandingan kitar semula diteruskan sehingga esok.Terima kasih atas sumbangan anda demi kelestarian alam sekitar.
🍀 Jangan lupa, pemenang bagi setiap aliran akan dipilih berdasarkan Kilogram terbanyak !!!!
HADIAH MENARIK MENANTI ANDA🎁🎁🎁🎁🎁
12/12/2023
Alhamdulillah..
🍀Terima kasih kpd Pn Hjh Rosmawati atas sumbangan rumah hijau untuk projek kelestarian sekolah.
Semoga kita dapat manfaat bersama.
11/12/2023
♻️JOM RECYCLE ! ♻️
🌹🌹😊Jangan lupa temujanji kita..😊🌹🌹
LESTARI RECYCLE DAY
PERTANDINGN KITAR SEMULA
♻️ANTARA KELAS♻️
Selasa & Rabu
12 & 13 DISEMBER 2023
Bawa barangan ke tempat yang telah di labelkan mengikut stesen masing-masing.
Tahun 1 & 2 : Stesen 1
Tahun 3 & 4 : Stesen 2
Tahun 5 & 6 : Stesen 3
Barangan yang boleh di kitar semula 📌
🗞 ️Buku/kertas terpakai
🧴 Botol plastik/botol air mineral
📦 Kotak terpakai
🛢 Tin minuman
🫕 Minyak terpakai
️
Terima kasih atas sumbangan anda demi kelestarian alam sekitar.
Pemenang bagi setiap aliran akan dipilih berdasarkan Kilogram terbanyak !!!!
HADIAH MENARIK MENANTI ANDA
Terima kasih 🌎
11/12/2023
🍀Lantikan Jemaah Lestari sekolah ( RATU ECO SAVIOR)🍀
🍀objektif perlantikan ini adalah sejajar dengan Pendidikan Kelestarian LA21 sebagai medium membudayakan ciri-ciri mesra alam khususnya di persekitaran sekolah di samping membantu guru dalammenjayakan hasrat sekolah ke arah sekolah lestari.
🍀 Tahniah diucapkan di atas perlantikan ini
11/12/2023
🍀𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐈𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊🍀
💡 Kempen Penjimatan Elektrik adalah program yang mendukung konsep penjimatan tenaga kepada semua warga sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah mengenai pentingnya penjimatan sumber air dan elektrik.
💡Melalui kempen ini juga, semua warga sekolah dapat bersama-sama dengan pentadbiran sekolah mengurangkan kos utiliti dan seterusnya menjimatkan sumber tenaga.