SK Kg. Maju Jaya

SK Kg. Maju Jaya

Share

Ini adalah Laman FB Rasmi Sekolah Kebangsaan Kg. Maju Jaya atau lebih dikenali sebagai SEJAYA JB.

Di sini, kami membincangkan perihal program-program sekolah, aktiviti-aktiviti yang disertai guru dan juga murid. Marilah kita merapatkan lagi hubungan di antara warga SK Kampung Maju Jaya

Photos from SK Kg. Maju Jaya's post 20/08/2026

HALAMAN 258

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Peringkat SK Kg. Maju Jaya
πŸ“… 17 Ogos 2026 | Isnin

Semangat patriotisme kembali mekar di SK Kg. Maju Jaya menerusi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Malaysia Ke-69 yang berlangsung penuh meriah dan bermakna. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Majlis ini menjadi simbolik dalam menyemarakkan semangat cinta akan negara, perpaduan dan jati diri dalam kalangan seluruh warga sekolah. Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan kemerdekaan.

Semoga sambutan Bulan Kebangsaan ini dapat menyemai dan menyuburkan semangat patriotisme, perpaduan serta rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dalam diri setiap warga SK Kg. Maju Jaya.

β€œMalaysia Kita, Merdeka Kita!” πŸ‡²πŸ‡Ύ
β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

"SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG"

Photos from SK Kg. Maju Jaya's post 20/08/2026

HALAMAN 257

🌷 MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH 🌷

14 Ogos 2026 | Jumaat
πŸ“ Dewan Sejaya, SK Kg. Maju Jaya

Setulus penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pn. Nur Raziha binti Md Abdul Bakki, Pembantu Tadbir (Kewangan) SK Kg. Maju Jaya, atas segala jasa, bakti, komitmen dan dedikasi sepanjang menjalankan amanah dalam menguruskan urusan kewangan sekolah.

Segala usaha, kerjasama dan sumbangan yang telah dicurahkan amat bermakna dalam membantu kelancaran pengurusan dan pentadbiran sekolah. 🌹

Perginya bukan bererti terputusnya kenangan, tetapi meninggalkan jejak jasa yang akan sentiasa dikenang. Semoga segala urusan di tempat baharu dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan serta kebahagiaan yang berpanjangan.

β€œBudi disemai, jasa dikenang, kenangan kekal sepanjang zaman.” πŸ’

Selamat maju jaya dan terima kasih atas segala-galanya, Pn. Nur Raziha. ❀️

"SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG"

Photos from SK Kg. Maju Jaya's post 12/08/2026

HALAMAN 256

πŸ† TAHNIAH PASUKAN BICARA BERIRAMA SEJAYA! πŸ†

πŸ“… Selasa | 11 Ogos 2026

Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bicara Berirama SK Kg Maju Jaya atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Bicara Berirama Daerah Johor Bahru 2026 dengan merangkul Johan! πŸ₯‡πŸ†

Lebih membanggakan, Konduktor Pasukan SK Kg Maju Jaya iaitu Ammar Aimma Bin Tomijo turut dinobatkan sebagai Konduktor Terbaik. 🌟

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada guru-guru pembimbing yang terlibat secara langsung dalam melatih dan membimbing pasukan, khususnya Cikgu Marina, Cikgu Erzura, Cikgu Jamiza dan Cikgu Adi, serta guru-guru yang turut memberikan sokongan, kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan penyertaan pasukan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama SK Kg Maju Jaya di peringkat yang lebih tinggi.

"SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG"

Photos from SK Kg. Maju Jaya's post 12/08/2026

HALAMAN 255

πŸ“š TAKLIMAT & HARI WARIS JAYA

11 Ogos 2026 | Selasa

Telah berlangsung Taklimat Matriks Pembelajaran Tahun 4 dan Polisi Sekolah Selamat, diikuti dengan Taklimat Aku Janji dan Hari Waris Jaya Sesi Pagi & Petang.

Program ini menjadi platform penting dalam menyampaikan maklumat, memperkukuh komunikasi serta membina kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa demi memastikan perkembangan dan kemenjadian murid sentiasa diberi perhatian.

Terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Sekolah Sejahtera, Murid Ceria, Pendidikan Berkualiti. 🌷

"SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG"

Photos from SK Kg. Maju Jaya's post 03/08/2026

Halaman 254

🌟 PROGRAM SAYA HADIR, SAYA HEBAT! 🌟

Tahniah dan syabas kepada murid-murid SK Kg. Maju Jaya yang berjaya mencatatkan 100% kehadiran penuh bagi tempoh Januari hingga Jun 2026. πŸ‘πŸŽ‰

Komitmen hadir ke sekolah setiap hari mencerminkan sikap berdisiplin, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus bersemangat hadir ke sekolah. 🏫✨

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada ibu bapa dan penjaga atas kerjasama serta komitmen dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah secara konsisten. ❀️

Kehadiran Hari Ini, Kejayaan Hari Esok! 🌟

09/07/2026

HALAMAN 253

🌸 SELAMAT DATANG & SELAMAT MENJALANKAN TUGAS 🌸

Seluruh warga SK Kg. Maju Jaya mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas kepada Pn. Noraini Binti Mohamad sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM).

Semoga kehadiran puan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah serta membawa inspirasi, semangat dan kejayaan dalam memperkasakan pengurusan Hal Ehwal Murid di SK Kg. Maju Jaya.

Selamat bertugas dan selamat maju jaya! 🌷

"Sejaya Ke Puncak Gemilang"

Photos from SK Kg. Maju Jaya's post 24/06/2026

HALAMAN 252

🌸 MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJAH UNGKU MASILA BINTI UNGKU MANSOOR 🌸

Pada 24 Jun 2026 (Rabu), SK Kg. Maju Jaya telah mengadakan Majlis Persaraan bagi meraikan Puan Hajah Ungku Masila binti Ungku Mansoor, Mantan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Majlis yang berlangsung pada jam 10.00 pagi ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan. Segala sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.

πŸ’ Selamat Bersara, Puan Hajah Ungku Masila binti Ungku Mansoor.

Terima kasih atas segala bakti, tunjuk ajar dan khidmat yang tidak ternilai. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta keberkatan dalam menjalani kehidupan selepas persaraan.

"Jasamu dikenang, budimu disanjung, kenanganmu abadi dalam sanubari warga sekolah."

"SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG"

11/06/2026

HALAMAN 251

Warga sekolah dengan penuh rasa sukacita mengalu-alukan kehadiran guru baharu ke keluarga besar kami.

Semoga kehadiran cikgu membawa sinar baharu, idea segar dan semangat positif dalam mendidik anak-anak SEJAYA. Kami yakin dengan pengalaman, komitmen dan dedikasi yang dibawa, bersama-sama kita dapat melakar lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan.

Selamat menimba pengalaman, selamat berbakti dan selamat menjadi sebahagian daripada perjalanan indah dunia pendidikan di sini.
✨ Bersama Mendidik, Bersama Membina Masa Depan ✨

"SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG"

Photos from SK Kg. Maju Jaya's post 11/05/2026

HALAMAN 250

πŸŽ‰Kejohanan Olahraga Tahunan 2026 Kali Ke-26 πŸŽ‰

Padang SK Kg Maju Jaya telah menjadi saksi semangat juang para atlet cilik pada 9 Mei 2026 (Sabtu)

πŸ₯‡ Johan Rumah Sukan: Shahbandar (Biru)
πŸŽ–οΈ Johan Perbarisan: Bendahara (Merah)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta yang telah memberi usaha terbaik. Terima kasih juga kepada guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah atas sokongan padu.

"SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG"

Photos from SK Kg. Maju Jaya's post 04/05/2026

HALAMAN 249

πŸ“šβœ¨ Program Intervensi Tahun 1 & Program Pemulihan (KaBiBa) 2026 βœ¨πŸ“š

Program yang melibatkan ibu bapa/penjaga telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. 🀝

πŸ“… Tarikh: 4 Mei 2026 (Isnin)
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan Sejaya

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang hadir dan memberi kerjasama yang sangat baik. Semoga usaha ini dapat memberi impak positif kepada kecemerlangan anak-anak kita. 🌟

"SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG"

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


JKR 2854, Jalan KEMPAS LAMA
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 15:00
Sunday 07:00 - 17:00