18/07/2026
*SANAH HELWAH*
*HAPPY BIRTHDAY*
*SELAMAT HARI LAHIR*
🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂
*CIKGU UVARASAN✨*
*16 JULAI 2026*
Didoakan agar 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻
🌹Semoga dipanjangkan umur.
🌹Dikurniakan kesihatan yang baik.
🌹Dilimpah kemewahan rezeki yg diberkati.
🌹Dipeliharakan keselamatan.
🌹Dipermudahkan segala urusan.
🌹Dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.
🌹Sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan
13/07/2026
Tahniah SK Kompleks UDA! 🌿🏆
9/7/26 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan SK Kompleks Uda (SKKU) yang berjaya tersenarai dalam Top 10 Anugerah Sekolah Lestari, Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Negeri Johor bagi penyertaan sulung sekolah.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang luar biasa daripada murid, guru, ibu bapa, PIBG serta seluruh warga SK Kompleks Uda dalam membudayakan amalan menjaga, memelihara dan memulihara alam sekitar.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus menyemai nilai kelestarian sebagai budaya hidup yang berterusan dalam komuniti sekolah.
Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada SK Taman Suria atas kejayaan muncul sebagai pemenang kategori sekolah rendah dan seterusnya mewakili Negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan. Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama negeri.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN Johor) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atas segala bimbingan, sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang perjalanan ini.
Kejayaan hari ini bukanlah penamat, tetapi titik permulaan kepada komitmen yang lebih besar dalam melahirkan generasi yang cintakan alam sekitar dan bertanggungjawab terhadap kelestarian bumi demi masa hadapan.
"Igniting Green Minds, Inspiring Change." 🌱
Bersama kita menyemarakkan minda hijau, mencetuskan perubahan demi kelestarian masa depan.
08/07/2026
*SANAH HELWAH*
*HAPPY BIRTHDAY*
*SELAMAT HARI LAHIR*
🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂
*CIKGU ADIBAH✨*
*8 JULAI 2026*
Didoakan agar 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻
🌹Semoga dipanjangkan umur.
🌹Dikurniakan kesihatan yang baik.
🌹Dilimpah kemewahn rezeki yg diberkati.
🌹Dipeliharakan keselamatan.
🌹Dipermudahkan segala urusan.
🌹Dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.
🌹Sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan
07/07/2026
*SANAH HELWAH*
*HAPPY BIRTHDAY*
*SELAMAT HARI LAHIR*
🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂
*CIKGU SOFEA✨*
*7 JULAI 2026*
Didoakan agar 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻
🌹Semoga dipanjangkan umur.
🌹Dikurniakan kesihatan yang baik.
🌹Dilimpah kemewahn rezeki yg diberkati.
🌹Dipeliharakan keselamatan.
🌹Dipermudahkan segala urusan.
🌹Dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.
🌹Sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan
06/07/2026
🌱 SDGs School Challenge 2026 kembali!
Tonton video kreatif daripada SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS UDA yang menyertai SDGs School Challenge SDGs bagi KATEGORI SAINTIS MUDA dan berikan sokongan anda.
Setiap like, share dan undian anda membawa sekolah ini selangkah untuk memenangi kategori Video Terbaik 💚
Ayuh, undi video pilihan anda sekarang! 🌍✨
link:
- YouTube
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
05/07/2026
Seuntai Kasih, Sekalung Budi: Majlis Lambaian Kasih SK Kompleks UDA
Majlis Lambaian Kasih Cikgu Maryani, Junn Julaiha & Suriyani✨
Hari Jumaat, 3 Julai 2026, menjadi detik bersejarah yang penuh emosi buat seluruh warga SK Kompleks UDA (SKKU) apabila berlangsungnya Majlis Lambaian Kasih bagi meraikan tiga permata pendidik yang amat disayangi. Kehilangan serentak Cikgu Mariyani, Cikgu Suriyani, dan Cikgu Junn Julaiha pastinya meninggalkan impak yang amat mendalam yang sukar diganti.
Bukan satu jangka masa yang singkat, ketiga-tiga guru senior dan berpengalaman ini telah menabur bakti dan mencurahkan keringat melebihi 20 tahun di SKKU. Sepanjang lebih dua dekad, mereka telah menyaksikan banyak perubahan, mendidik generasi demi generasi, serta menjadi mentor dan tulang belakang kepada guru-guru muda. Komitmen yang tidak pernah luntur dan kesetiaan yang utuh kepada sekolah ini menjadikan perpindahan mereka sebagai satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh barisan pentadbir, rakan guru, ibu bapa, dan para pelajar.
Keistimewaan luar biasa ketiga-tiga tokoh pendidik ini terletak pada keikhlasan mereka dalam mendidik anak-anak berkeperluan khas (Pendidikan Khas). Tugas mengendalikan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menuntut pengorbanan, dan mereka telah membuktikan bahawa kasih sayang mampu melangkaui segala cabaran. Setiap hari dilalui dengan penuh kecekalan, memastikan anak-anak syurga ini tidak tercicir, sebaliknya diberikan perhatian yang adil, bimbingan emosi yang stabil, serta ilmu kemahiran hidup yang amat bermakna.
Melambai pergi dengan sejuta kenangan, kami mendoakan agar Cikgu Mariyani, Cikgu Suriyani, dan Cikgu Junn Julaiha sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga, dan dilimpahi rahmat dalam fasa kehidupan yang baharu.
Selamat maju jaya di skeolah baharu. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas segala khidmat bakti, pengorbanan masa, tenaga, dan kasih sayang yang telah dicurahkan demi mencelikkan minda anak bangsa.
Tuang air di dalam cawan,
Hidangan mesra buat tetamu;
Selamat berpisah wahai budiman,
Jasa baktimu tetap disanjung selalu.
05/07/2026
PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SEKOLAH
Isnin ( 22/06/2026)
Masa 7:20 pagi
MAJLIS :
- bacaan doa
- nyanyian 3 buah lagu
- ikrar murid
🍄 Ucapan Guru Bertugas
(Cikgu Sakinah)
🍄 Majlis Penyampaian Hadiah/Sijil
🏆 KEJOHANAN OLAHRAGA PPKI
🏆 KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON SKUDAI
🍄 Ucapan Pentadbir: Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas ( Puan Norzilah )