ARE U READY GUYS?? πππ
Teachers & Staff Club MRSMJB
Halaman ini ditubuhkan bertujuan mengongsikan segala aktiviti dalam Kelab Guru & Staff MRSMJB.
09/12/2021
Selamat Cuti Sekolah kami ucapkan kepada guru-guru semua.. amalkan SOP pulang ke kampung yang ketat πͺ
Terima kasih kepada Ustaz Salam untuk
: Bacaan yassin dan tahlil hour at MRSM JB
Semoga kita semua diberi kesejahteraan dan dikurniakan kesihatan yang baik.. Aameen
InsyaAllah..kita jumpa lagi semua.. see u when i see u π
SELAMAT MAJU JAYA DI MRSM PENDANG
===================================
Disini ada tangisan,ada perjuangan,ada luka,ada tawa,bahagia dan rindu..
Dan itu semualah yg memberatkan ketika kita harus berpisah π’
Kami dari kelab Guru dan Staff MRSM Johor Bahru mengucapkan terima kasih atas semua hal yg tercipta selama anda di MRSM JB.Kebaikan,persahabatan,kerjasama dan lain-lain.. Mohon maaf atas kesilapan dan kesalahan yg pernah kami lakukan.. βΊοΈ
Selamat maju jaya kepada KJ Sains Sosial,Jasmin Jamel yg akan ke MRSM PENDANG..
Selamat maju jaya π₯³
24/08/2019
Majlis Perasmian Program Pintar Harapan 2019!
06/07/2019
Program: Kelas Tuisyen YPM - SPM 2019
Anjuran: Kelab Guru & Staff MRSMJB
Tarikh: 06 Julai 2019 (Sabtu)
Tempat: Pusat Sumber, MRSM Johor Bahru
Dikendalikan: En. Mohamed Fazlee Jamaluddin (Presiden Kelab Guru & Staff) serta guru guru dan staf yang terlibat.
13/06/2019
Suasana kemeriahan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Guru & Staff Tahun 2019 di Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru yang bertemakan "Raya Retro". πβ¨
JOM MEMASAK BUBUR LAMBUK
22.5.2019 | RABU | PUSAT PELAJAR, MRSM JOHOR BAHRU
Anjuran : Kelab Guru & Kakitangan MRSM Johor Bahru
Kredit video : Pn. Norazlina Abdul Latif
24/05/2019
Program: Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk π΅π΅
Anjuran : Kelab Guru & Staff MRSMJB
Tarikh: 22 Mei 2019 (Rabu)
Tempat: Pusat Pelajar, MRSM Johor Bahru
Alhamdulillah, bubur lambuk berjaya diagihkan sebanyak 500 bungkus kepada semua warga MRSMJB termasuk staff-staff kontraktor kebersihan, pengawal keselamatan & dewan makan.
Terima kasih kpd warga kerja MRSMJB serta kepada yang terlibat bagi bersama-sama menjayakan program dan bergotong royong memasak bubur lambuk .
Semoga program dapat diteruskan pada masa-masa hadapan dan menjadi amalan yang baik buat kita semua. Semoga kita dirahmati dan diberkati Allah. Aamin . Insya'Allah.
23/05/2019
Program: Sumbangan Sinar Syawal βπ
Anjuran: Kelab Guru & Staff MRSMJB, Jabatan Akademik & Pentadbiran, MRSM Johor Bahru
Tarikh: 23 Mei 2019 (Khamis)
Tempat: MRSM Johor Bahru.
Program ini disambut baik oleh para guru, staff dan ibubapa yang turut tidak melepaskan peluang untuk menyumbang kuih raya. Kami dari warga MRSMJB mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah sudi menyumbang untuk diagihkan kepada 81 insan yg terpilih.
Selain itu, program ini juga bertujuan bagi dapat meringankan sedikit beban dan menceriakan Hari Raya kepada insan yang lebih memerlukan. Semoga program ini dapat diteruskan lagi ditahun hadapan dan tahun-tahun akan datang. InsyaAllah.
05/04/2019
Program: Kejohanan Bowling Tertutup MRSM Johor Bahru 2019 π³π³π³
Anjuran: Kelab Guru & Staff MRSMJB, Jabatan Akademik & Pentadbiran, MRSM Johor Bahru
Tarikh: 04 April 2019 (Khamis)
Tempat: Pusat Bowling Pasir Gudang, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
Majlis dirasmikan oleh En.Jasmin Bin Abd Shukur (Pengetua MRSMJB) serta warga akademik dan warga staf.
Anjuran kali ini bagi persediaan menyertai Sukan Guru & Kakitangan Zon Selatan (SUZONS) MRSM Sungai Besar pada 18-21 April 2019.
Selain itu, program ini juga bertujuan bagi mengeratkan lagi ukhuwah persaudaraan dikalangan warga MRSM Johor Bahru agar lebih kukuh dan berkekalan. Sekalung tahniah kepada para pemenang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Website
Address
Bandar Seri Alam
Johor Bahru