PASTI Al-IRSYAD 3,Taman Kemas

PASTI Al-IRSYAD 3,Taman Kemas

Share

Mendidik Generasi Bertaqwa

20/03/2022

Assalamualaikum. Apa khabar semua anak-anak PASTI Johor? Semoga semua sihat dan baik-baik sahaja.

In Shaa Allah, esok (21 Mac) seluruh negara akan bermula persekolahan bagi sesi 2022/2023.

PASTI Johor turut mengambil peluang malam ini untuk ucapkan "Selamat Kembali Ke Sekolah" kepada semua anak-anak PASTI Johor yang akan masuk ke sekolah esok.

Pesan buat anak-anak, jaga kesihatan untuk elak dari virus Covid-19. Jangan banyak bersentuhan dengan kawan, duduk jarak sedikit dengan kawan, dan kerap cuci tangan.

Semoga anak-anak dilapangkan fikiran untuk menimba ilmu dan berjaya di dunia akhirat.

Ikhlas Daripada,
Mohd Fairuz Bin Alias
Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Johor

25/01/2022

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN CELIK MINDA

Murid-murid PASTI 5&6 tahun Negeri Johor akan menduduki Ujian Celik Minda selaras satu Malaysia pada 26 Januari 2022 (Rabu) pada jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi.

Saya mendoakan anak-anak dapat menjawab soalan dengan tenang dan baik sehingga selesai. Semoga anak-anak diberi kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

بالتوفيق والنجاح
الله يفتح عليكم في الإمتحان

Ikhlas Daripada,
Ustaz Hairi Bin Hamzah
Timbalan Pengarah
(Bahagian Pembangunan Akademik)
Jabatan PASTI Negeri Johor

19/10/2021

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1443H/2021M

12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang paling bermakna buat umat Islam kerana kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman:

لَـقَدْ جَآءَكُمْ رَسُوْلٌ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِا لْمُؤْمِنِيْنَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia p**a menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."
(Surah At-Taubah : Ayat 128)

Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”, pastinya ia membawa seribu erti buat kita dalam mendepani tahun 2021 yang penuh mencabar ini.

Kami mengajak semua "Keluarga Malaysia" pada hari yang mulia ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW

Sabda Nabi SAW:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
(An-Nasa’i no. 1297, Ahmad, Sahih)

Nabi Muhammad junjungan Ummat,
Membawa rahmat membawa berkat,
Marilah kita banyakkan selawat,
Untuk syafaat di hari akhirat.

Ikhlas Daripada,
MOHD FAIRUZ BIN ALIAS
Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Johor

02/08/2021

Wah! Seronoknya Projek Aulad 😍

Projek Aulad PASTI MALAYSIA bertujuan untuk memupuk keyakinan, kebolehan, kreativiti dan kesungguhan anak-anak PASTI.

Selamat mencuba ya adik-adik semua 😍😍

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


NO 2 Jalan SIANTAN 6 TAMAN KEMAS
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00