14/08/2026
Alhamdulillah team koir Gemersik Pasir telah mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan Koir Merdeka peringkat daerah Johor Bahru. Terima Kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan bantuan ๐ซก.
07/08/2026
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
๐ข Makluman kepada Ibu Bapa,
Sempena Hari Temu Mesra dan Keusahawanan SK Kg Pasir, Co-opbank Pertama akan membuka kaunter/booth pembukaan Akaun Simpanan-i SALAM My Star di sekolah.
๐ Ambil peluang untuk membuka akaun simpanan anak dengan deposit permulaan hanya RM5 serta menikmati pelbagai manfaat dan ganjaran menarik.
๐
Tarikh: 10 Ogos 2026 (Isnin)
๐ข Masa: 7.30 pagi โ 12.30 tengah hari
๐ Tempat: Kantin SK Kg Pasir
Mohon ibu bapa yang berminat membawa:
๐ตMyKid/Sijil Lahir anak
๐ตIC ibu atau bapa,
๐ตDeposit minimum RM5.
Jom mulakan amalan menabung demi masa depan anak-anak! ๐๐ฐ
22/07/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ibu bapa disarankan untuk memeriksa beg sekolah anak secara berkala bagi mengekang pembawaan barangan terlarang (senjata atau rokok) dan mengesan kesan buli atau contengan. Lakukan pemeriksaan mengejut ini bagi memastikan keselamatan anak anda.
12/07/2026
ุงููุณููุงู
ู ุนูููููููู
ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงููููู ููุจูุฑููุงุชููู
Salam Maju Johor,
Salam Johor LEADS,
Salam JB Terbaik di Negeri Johor,
Kepada
Ibu Bapa / Penjaga
Murid-murid SK Kampong Pasir,
Johor Bahru.
PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA NEGERI JOHOR PADA 13 JULAI 2026 (ISNIN)
Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
Dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Johor telah mengisytiharkan hari Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor. Pengisytiharan tersebut dibuat sebagai tanda penghargaan kepada seluruh bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16.
Sekolah akan beroperasi semula seperti biasa pada:
SELASA, 14 JULAI 2026.
Sekian untuk makluman dan tindakan ibu bapa dan penjaga.
Terima kasih.
Cikgu Hjh Nooraishah binti Othman
Guru Besar
SK Kampong Pasir, JB.
10/07/2026
Tajuk: INFO J-SAFE SIRI 1/2026: MEMPERKUKUH KAWALAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH
Keselamatan murid adalah keutamaan kita bersama. Jabatan Pendidikan Negeri Johor komited memastikan persekitaran sekolah kekal selamat dan bebas daripada sebarang ancaman.
Antara langkah yang diperkukuh termasuk:
Kawalan dan Pemantauan Ketat: Memperketat kawalan pintu masuk dan rondaan berterusan di kawasan berisiko.
Pencegahan dan Intervensi Awal: Larangan membawa senjata/objek berbahaya dan memperkasa mekanisme pelaporan awal.
Kolaboratif: Kerjasama erat bersama ibu bapa, PIBG, pihak polis, dan agensi berkaitan, serta pelaporan segera ke PPD & JPN.
Tiada kompromi dalam aspek keselamatan. Mari kita bersama-sama memainkan peranan!
09/07/2026
Tahniah diucapkan kepada para atlet SKKP yang telah mewakili zon bandar dalam Kejohanan Olahraga dan Padang MSSD peringkat daerah Johor Bahru. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama SKKP ๐ช.
09/07/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kejohanan Olahraga MSSZ Zon Bandar, JB.
Alhamdulillah syukur SKKP berjaya merangkul gelaran naib johan dalam temasya kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat dalam kajayaan ini.
See you next year ๐ช.
09/07/2026
Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 akan dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Permohonan boleh dibuat mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026 melalui pautan berikut:
1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Tarikh Penting:
๐ Semakan pusat PKSK: 11 September โ 22 Oktober 2026
๐ PKSK Tingkatan 4: 21 September โ 1 Oktober 2026
๐ PKSK Tingkatan 1: 12 โ 22 Oktober 2026
Tahun Ini, Tahun Kita
โGuru Bitara Nadi Negaraโ