SIGS Eco Warriors

SIGS Eco Warriors

Share

Pendidikan Kelestarian di SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Photos from SIGS Eco Warriors's post 23/04/2026

Pada 17 Oktober 2025, Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah PerKISS (Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah) Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 telah diadakan di Hotel Impiana, Senai. Dalam pertandingan tersebut, SIGS telah berjaya meraih tempat keempat dalam Kategori Utama Sekolah Menengah. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan hasil daripada kerjasama dan komitmen tinggi ahli Eco Warriors serta guru yang terlibat.

On 17 October 2025, the Closing and Prize Giving Ceremony for PerKISS 2025 was held at Hotel Impiana, Senai. In this competition, SIGS achieved fourth place in the Main Category for Secondary Schools. This achievement is a proud success resulting from the strong cooperation and commitment of the Eco Warriors members and teachers involved.





Photos from SIGS Eco Warriors's post 18/04/2026

Bermula bulan September 2025, SIGS Eco Warriors telah menjalankan projek penanaman terung menggunakan kaedah fertigasi. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik pertanian moden kepada pelajar serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pertanian lestari. Melalui kaedah fertigasi, tanaman terung menerima nutrien dan air dengan lebih efisien, sekali gus membantu meningkatkan hasil tanaman. Fokus utama projek ini adalah untuk menentukan nisbah air dan baja yang optimum bagi memastikan pertumbuhan tanaman yang sihat serta meningkatkan hasil. Hasil tuaian terung dijual kepada guru-guru dan wang yang diperoleh digunakan untuk menampung kos penanaman semula.

Starting September 2025, SIGS Eco Warriors carried out an eggplant cultivation project using the fertigation method. This program aims to introduce modern agricultural techniques to students and to raise awareness about the importance of sustainable agriculture. Through this fertigation method, eggplant crops receive nutrients and water more efficiently, thereby helps to increase crop yields. The main focus of this project is to determine the optimal ratio of water and fertilizers to ensure healthy plant growth and achieve higher yields. The harvested eggplants are sold to teachers and the money earned is used to support the replanting of new crops.





Photos from SIGS Eco Warriors's post 11/04/2026

Pada 27 Ogos 2025, pelajar Asrama Malaysia (AMal) SIGS telah mengadakan taklimat dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tentang pembersihan air sungai menggunakan air cucian beras. Air cucian beras yang dicampur dengan larutan mikroorganisma efektif dan larutan molasses atau gula merah ditapai selama satu minggu.
Pada 8 September 2025 p**a, para pelajar telah pergi ke Sungai Ayer Molek untuk mencurahkan air beras yang telah ditapai ke dalam sungai sebagai sebahagian daripada Program Pengindahan Sungai Ayer Molek yang bertujuan mencantikkan dan membersihkan kawasan sungai agar lebih selesa dan selamat digunakan.

On 27 August 2025, students of Asrama Malaysia (AMal) SIGS attended a briefing in collaboration with Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) on cleaning river water using rice washing water. The rice washing water, mixed with an effective microorganisms solution and molasses or brown sugar, was fermented for one week.
On 8 September 2025, the students went to Sungai Ayer Molek to pour the fermented rice water into the river as part of the Sungai Ayer Molek River Beautification Program, which aims to enhance and clean the river area to make it more comfortable and safe for use.





Photos from SIGS Eco Warriors's post 04/04/2026

Pada 21 Ogos 2025, Program Jelajah Upcycling anjuran Great Eastern Takaful telah diadakan di Dewan Budi, SIGS. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran guru & murid tentang penjagaan alam sekitar melalui konsep ‘upcycling’. Para guru & murid menyertai bengkel kreatif bagi menghasilkan produk daripada barangan plastik terpakai. Aktiviti ini membantu mereka memahami cara mengurangkan sisa secara kreatif.

On 21 August 2025, the Upcycling Roadshow Programme organised by Great Eastern Takaful was held at Dewan Budi, SIGS. The programme aimed to increase awareness among teachers and students about environmental conservation through the concept of upcycling. Teachers and students participated in a creative workshop to produce products from used plastic items. This activity helped them understand how to reduce waste creatively.





Photos from SIGS Eco Warriors's post 29/03/2026

Pada 23 Julai 2025, SIGS telah mengadakan program Gotong Royong Madani yang melibatkan semua pelajar dan warga sekolah. Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama serta menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Para pelajar membersihkan kawasan seperti bilik darjah, kantin, padang, longkang, surau, makmal, bengkel RBT dan lain-lain. Program ini berjaya mewujudkan suasana sekolah yang lebih bersih dan ceria serta memupuk nilai tanggungjawab dalam kalangan pelajar.

On 23 July 2025, SIGS organized the Gotong Royong Madani program involving all students and school staff. The program aimed to foster a spirit of cooperation and maintain the cleanliness of the school environment. The students cleaned areas such as classrooms, the canteen, the field, drains, prayer room, laboratory, RBT workshop, and others. The program successfully created a cleaner and more cheerful school environment while instilling a sense of responsibility among students.





Photos from SIGS Eco Warriors's post 19/03/2026

Pada 18 Julai 2025, SIGS Eco Warriors telah menganjurkan Jualan Kuru-Kuru sempena Hari Terbuka di SIGS. Program ini memberi peluang kepada warga SIGS untuk membeli barangan terpakai seperti pakaian, buku, alat tulis dan lain-lain dengan harga yang berpatutan serta menjalankan pertukaran barangan terpakai. Inisiatif ini bukan sahaja membantu menjimatkan kos, malah menggalakkan amalan kitar semula dan gaya hidup lestari dalam kalangan warga sekolah.

On 18 July 2025, SIGS Eco Warriors organized the Kuru-Kuru Sale during the Open Day at SIGS. This program provided an opportunity for the SIGS community to purchase second-hand items such as clothes, books, stationeries and more at affordable prices as well as exchange used goods. This initiative not only helped reduce costs, but also promoted recycling practices and a sustainable lifestyle among the school community.





Photos from SIGS Eco Warriors's post 15/03/2026

Pada 9 Julai 2025, Program Pengindahan Sungai Ayer Molek dengan Inisiatif Program Air Beras di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre telah diadakan di sekolah. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai serta memupuk amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar melalui penggunaan air beras sebagai salah satu inisiatif penjagaan alam.

On 9 July 2025, the Ayer Molek River Beautification Program with the Rice Water Program Initiative at Tunku Mahkota Ismail Youth Centre was held at the school. The program aimed to raise awareness about the importance of keeping rivers clean and to cultivate environmental sustainability practices among students through the use of rice water as one of the environmental care initiatives.





Photos from SIGS Eco Warriors's post 22/02/2026

Pada 1-2 Julai 2025, Kem Hijau Selatan @ SIGS telah diadakan di Sireh Park dan Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC) Johor Bahru. SIGS dgn kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pasir Gudang, Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Alam Sekitar & Johor Sustainable telah menganjurkan kem ini sebagai satu aktiviti pembelajaran luar bilik darjah yang menekankan kesedaran alam sekitar, kreativiti dan keusahawanan hijau. Selain SIGS, program ini melibatkan 120 orang murid Tingkatan 1-5 dari 12 buah sekolah menengah dari 4 daerah iaitu Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulai & Kluang. Mereka menjalankan pelbagai aktiviti eksplorasi alam seperti membuat baja kompos, bengkel tempeh serta penghasilan karya kreatif berinspirasikan alam.

On 1–2 July 2025, the Kem Hijau Selatan @ SIGS was held at Sireh Park and Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC) in Johor Bahru. SIGS, in collaboration with the Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pasir Gudang, Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Alam Sekitar and Johor Sustainable, organized this camp as an outdoor learning activity that emphasized environmental awareness, creativity, and green entrepreneurship. Aside from SIGS, the program involved 120 form 1–5 students from 12 secondary schools across four districts which are Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulai, and Kluang. They participated in various nature exploration activities such as making compost fertilizer, attending a tempeh making workshop, and producing creative works inspired by nature.





Photos from SIGS Eco Warriors's post 15/12/2025

Pada 30 Jun 2025, Majlis Penyampaian Anugerah Program Pendidikan Kelestarian LA21 2024 telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kami amat berbangga untuk mengumumkan pencapaian Eco Warriors SIGS dalam Pertandingan Pendidikan Kelestarian LA21 MBJB 2024. Usaha kami ke arah masa depan yang lebih lestari telah membuahkan hasil, dan berikut adalah pencapaian kami:

🏆 Guru Penyelaras Terbaik (Tempat ke-2): RM2,000
🏅 Sekolah Transisi, Sekolah Menengah (Saguhati): RM3,000
🏅 Audit Jejak Karbon: Kitar Semula, Sekolah Menengah (Saguhati): RM1,000

Jumlah kemenangan: RM6,000

Ribuan terima kasih kepada Eco Warriors dan guru-guru yang berdedikasi atas sokongan berterusan dan usaha tanpa jemu. Bersama-sama, kita membina masa depan yang lestari!

On 30 June, 2025, the 2024 LA21 Sustainability Education Program Award Ceremony, organised by Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), and Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

We are extremely proud to announce SIGS Eco Warriors’s achievements in the LA21 MBJB 2024 Sustainability Education Competition. Our efforts towards a more sustainable future has paid off, and here are our achievements:

🏆 Guru Penyelaras Terbaik (2nd place):RM2,000
🏅Sekolah Transisi, Sekolah Menengah (Saguhati): RM3,000
🏅Audit Jejak Karbon : Kitar Semula, Sekolah Menengah (Saguhati): RM1,000

Total winnings : RM6,000

A huge thank you to our dedicated Eco warriors and passionate teachers for their unwavering support and tireless efforts. Together, we are a building a sustainable future!








06/10/2025

SDGs School Challenge 2025 by Iskandar Puteri Rendah Karbon
Please like & share our video by SIGS' students..

Title : Green Infrastructure for a Cleaner Tomorrow

Group Members :
1. Zara Isabella Binti Mohd Faizal - 3B
2. Siti Nor Umairah Binti Faizal - 3B
3. Wan Umairah Binti Isyafuddin - 3B
4. Anees Aminah Binti Mohd Neyzam - 3B




06/10/2025

SDGs School Challenge 2025 by Iskandar Puteri Rendah Karbon
Please like & share our video by SIGS' students..

Title : TyraE-Table

Group Members :
1. Aleeya Sarah binti Abdul Aziz - 3DLP
2. Nur Sarah Filzah binti Muhammad Syafiq - 3DLP
3. Arulini A/P Rajesh Khanna - 3DLP
4. Nurqayli Nageena binti Kamarul Ariffin - 3D




Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


SMK (P) Sultan Ibrahim, Jalan Bendahara
Johor Bahru
80100