18/05/2026
๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐จ๐ฅ๐จ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต
๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ฎ๐ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐ต๐ฟ๐
๐
Isnin | 18 Mei 2026
๐ฃ 2.00 petang
Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru 2026 telah berlangsung dengan meriah, ceria dan penuh makna.
Bertemakan โGuru Bitara, Nadi Negaraโ, sambutan ini menjadi tanda penghargaan buat seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, kasih sayang dan pengorbanan demi mendidik anak-anak istimewa menjadi insan yang berjaya.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memeriahkan sambutan serta mengeratkan ukhuwah antara guru dan murid.
Pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para ibu bapa yang telah memberikan hadiah sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada guru-guru di sekolah. Terima kasih juga atas sumbangan jamuan yang dikongsi bersama guru dan murid bagi memeriahkan sambutan pada hari ini ๐ค
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua guru, murid, ibubapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini ๐ค
โGuru mendidik penuh cahaya,
Ilmu diberi sepanjang usia.โ
10/05/2026
Semoga mendapat Haji yang mabrur, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan buat Guru Besar kami. Ustazah Norhafizah Sukhimee atau lebih mesra dipanggil Ummi. Aamin ya Mujib ๐คฒ
Sebarang urusan boleh hubungi GPK 1 atau GPK HEM kami.
Terima kasih.
29/04/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐จ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก
๐ ๐๐ฟ๐ถ๐ฑ-๐บ๐๐ฟ๐ถ๐ฑ ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ, ๐๐ฎ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ผ๐ต๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐ต๐ฟ๐ โ ๐ญ๐ผ๐ป ๐ฃ๐๐น๐ฎ๐ถ
๐
Rabu | 29 April 2026
๐ฃ 8.30 pagi
Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan.
Pihak Sekolah Agama Pendidikan Khas, Johor Bahru berbesar hati menguruskan lokasi acara berzanji Putera dan Puteri di Masjid Asmaul husna Bandar uda utama.
Sekalung penghargaan kepada semua guru, murid, pihak masjid dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus melahirkan generasi celik Al-Quran dan berakhlak mulia ๐ค
28/04/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐จ๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Alhamdulillah, tahniah kepada semua murid hebat SAPKJB ๐
Setiap usaha, sekecil mana pun, tetap bermakna dan wajar diraikan.
Terima kasih kepada guru dan ibu bapa yang sentiasa sabar membimbing dan menyokong anak-anak ini dengan penuh kasih sayang.
Anda semua memang luar biasa โค๏ธ
Teruskan melangkah, kami sentiasa bangga dengan anda!
27/04/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐ญ๐ฒ
&
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐จ๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐
Ahad | 26 April 2026
๐ 9.00 pagi โ 1.00 tengah hari
๐ Dewan SKPKJB
โจ ๐ ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐จ๐ ๐ ๐ฐ ๐๐๐๐ฅ๐ ๐จ๐ง๐๐ ๐:
โข Mesyuarat Agung BKS Kali Ke-16
โข Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid 2025
โข Sambutan Hari Raya Aidilfitri
โข Majlis Perpisahan BKS Sesi 2024โ2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kelancaran Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Pendidikan Khas Johor Bahru Kali Ke-16 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid SAPKJB 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir serta memberikan sokongan padu dalam menjayakan majlis ini. Kehadiran dan komitmen anda semua amat bermakna dalam usaha memperkukuhkan hubungan antara sekolah dan komuniti.
Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi membawa juadah potluck raya yang begitu meriah dan menyatukan kita dalam suasana penuh kemesraan dan kegembiraan.
Majlis kali ini amat istimewa kerana menghimpunkan 4 acara dalam satu โ Mesyuarat Agung, Majlis Anugerah Kecemerlangan, Sambutan Hari Raya Aidilfitri, serta Majlis Perpisahan Ahli BKS Sesi 2024โ2026. Semoga segala kenangan yang tercipta menjadi memori indah dan inspirasi buat kita semua.
Akhir kata, semoga kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi kecemerlangan anak-anak istimewa kita.
Terima kasih atas segala sokongan ๐