07/05/2026
Endowmen UTM
Sama-sama kita menyumbang untuk para pelajar UTM yang memerlukan.
“UTM Cares, Endowmen Cakna”
07/05/2026
28/04/2026
Dimaklumkan bahawa tugasan Seksyen Dana Endowmen kini disandang oleh YBrs. Prof. Dr. Yusof bin Boon berkuat kuasa mulai 10 April 2026 sehingga Pengarah Seksyen Dana Endowmen yang baru dilantik.
Selamat menjalankan tugas dan semoga segala urusan dipermudahkan serta terus cemerlang dalam menerajui Seksyen Dana Endowmen.
Sekian, terima kasih.
“UTM Cares, Endowmen Cakna”
28/04/2026
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇💐
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Robiah binti Suratman atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengarah Seksyen Dana Endowmen.
Segala usaha yang dicurahkan amat bermakna dalam memperkukuh dan memajukan inisiatif endowmen universiti.
Terima kasih dan selamat maju jaya💕
“UTM Cares, Endowmen Cakna”
21/04/2026
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐚 𝐄𝐧𝐝𝐨𝐰𝐦𝐞𝐧 (𝐒𝐃𝐄) 𝐔𝐓𝐌 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
SDE UTM Kuala Lumpur dan SDE UTM Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan pada tarikh yang sama iaitu 13 April 2026, namun pada masa dan lokasi yang berbeza. Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Aidilfitri anjuran SDE UTM Kuala Lumpur telah berlangsung dalam suasana yang harmoni dan penuh mesra bertempat di Bilik Ilmuan 3, Anjung Menara Razak, UTM Kuala Lumpur bermula jam 11.30 pagi.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Yusof bin Boon, Pengerusi Bahagian Pemajuan Universiti, manakala sumbangan kepada pelajarUTM yang terpilih telah disampaikan oleh Ketua Kampus UTM Kuala Lumpur iaitu Yang Berusaha Prof. Dr. Fauziah Sh. Ahmad. Seramai 32 orang pelajar telah menerima sumbangan sebagai usaha kebajikan dalam menyantuni keperluan pelajar yang memerlukan sokongan ketika musim perayaan. Semoga sumbangan ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri dalam kalangan para pelajar.
Majlis berlansung dengan suasana yang sederhana. Dikesempatan ini, pihak SDE ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
“UTM Cares, Endowmen Cakna”
21/04/2026
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐚 𝐄𝐧𝐝𝐨𝐰𝐦𝐞𝐧 𝐔𝐓𝐌 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐫𝐮
Pada 13 April 2026 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan kepada pelajar-pelajar terpilih di bawah anjuran Seksyen Dana Endowmen UTM Johor Bahru. Majlis telah berlangsung dalam suasana penuh ceria dan bermakna bertempat di Dewan Peperiksaan Aras 1, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Bangunan T04, UTM Johor Bahru bermula seawal jam 9.00 pagi.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Prof. P. Geol. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, sekali gus menjadi penyampai sumbangan kepada para pelajar penerima sumbangan. Sumbangan yang disampaikan adalah bersempena sambutan Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina yang lalu sebagai tanda keprihatinan dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. Seramai 74 orang penerima telah menerima sumbangan yang diharapkan dapat memberi keceriaan serta membantu meringankan beban kewangan, khususnya sepanjang musim perayaan.
Pihak universiti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan memberi manfaat berterusan kepada para penerima.
“UTM Cares, Endowmen Cakna”
17/04/2026
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐩𝐫𝐞𝐬𝐢𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 & 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐔𝐓𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐦𝐛𝐢 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐝𝐬
Majlis telah berlangsung di Dewan Bankuet, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, bermula sekitar jam 3.00 petang. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Azman Hj. Mokhtar bersama isteri, Puan Sri Mastura Abdul Rahman; Bendahari Viva Palestina Malaysia (VPM) Puan Sri Datin Norma Hashim. Turut hadir ialah Naib Canselor UTM, Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim; Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad; Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah binti Mat Darus; Ketua Kampus UTM Kuala Lumpur, Prof. Dr. Fauziah binti Sh. Ahmad; Pengerusi Bahagian Pemajuan Universiti, Prof. Dr. Yusof bin Boon; serta enam orang pelajar Palestin penerima Biasiswa UTM Serambi Al-Quds.
Program UTM Serambi Al-Quds telah dirasmikan pada 16 Julai 2022 sempena Majlis Royal Gala Dinner 2022. Program ini merupakan inisiatif tajaan khas bagi pelajar dari Palestin yang melanjutkan pengajian di UTM, khususnya di peringkat Doktor Falsafah (PhD). Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan para penyumbang yang telah menaja program ini serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar penerima biasiswa dan pihak penyumbang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang atas sokongan berterusan dalam menjayakan inisiatif ini. Penghargaan turut dirakamkan kepada para pelajar Palestin atas kerjasama dan kehadiran mereka dalam memeriahkan majlis ini. Semoga usaha ini terus diperkukuh dan memberi manfaat berpanjangan kepada semua.
“UTM Cares, Endowmen Cakna”
14/04/2026
Majlis Apresiasi Bersama Penyumbang dan Pelajar Program UTM Serambi Al-Quds
UTM hargai penyumbang dan pelajar program Serambi Al-Quds UTM telah menganjurkan Majlis Apresiasi Bersama Penyumbang dan Pelajar Program UTM Serambi Al-Quds sebagai tanda penghargaan kepada penyumbang yang telah menyokong pelaksanaan program ini. Program ini menawarkan sepuluh biasiswa pengajian peringkat Doktor Falsafah kepada pelajar Palestin. Naib Canse
02/04/2026
Tahniah kepada para penerima Biasiswa Endowmen (BE) UTM Sesi 2025/2026. Semoga bantuan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kehidupan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang telah menyumbang melalui dana endowmen. Sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam membantu meringankan beban kewangan pelajar serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk terus berjaya.
“UTM Cares, Endowmen Cakna”
26/03/2026
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐫. 𝐀𝐛𝐮 𝐇𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥
Pada 18 Mac 2026, satu pertemuan telah diadakan bersama Dr. Abu Hasan bin Ismail di AwanBiru Technology Berhad, Cyberjaya, Selangor. Pertemuan ini bertujuan untuk meninjau potensi kolaborasi pendanaan endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi membantu pelajar yang memerlukan.
Dr. Abu Hasan bin Ismail adalah Pengasas dan Penasihat Strategik bagi AwanBiru Technology Berhad. Beliau juga berperanan sebagai Profesor Adjung di UTMKL, berkongsi pengalaman industri dan kepakaran untuk membuka peluang pembelajaran serta memberi inspirasi kepada generasi pelajar.
Antara yang turut serta dalam pertemuan tersebut ialah:
1. Prof. Dr. Yusof bin Boon, Pengerusi Bahagian Pemajuan Universiti
2. Prof. Ts. Gs. Dr. Robiah bin Suratman, Pengarah Seksyen Dana Endowmen
3. Prof. Madya Dr. Nurazmallail bin Marni, Pengarah Pusat Islam
4. Encik Abdul Jalil bin Maulani, Ketua Timbalan Pendaftar, Jabatan Canseleri
5. Encik Muhammad Nashry bin Hatbi, Penolong Pegawai Tadbir di Pusat Islam UTMKL
Diharapkan pertemuan ini akan membuka lebih banyak peluang untuk memperkasa pendidikan pelajar UTM dan memperkukuh jalinan antara universiti dan industri. Terima kasih kepada Dr. Abu Hasan bin Ismail atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang pertemuan ini.
“UTM Cares, Endowmen Cakna”
20/03/2026
✨SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN✨
1 SYAWAL 1447H | 21 MAC 2026M
“UTM Cares, Endowmen Cakna”
Mentari pagi menyinar ceria,
Takbir bergema di pagi raya,
Syawal tiba membawa bahagia,
Maaf dipinta dengan setia.
Ucapan tulus ikhlas daripada kami warga Seksyen Dana Endowmen, Bahagian Pemajuan Universiti Teknologi Malaysia buat seluruh umat Islam.
SALAM KOSONG-KOSONG✨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the school
Telephone
Website
Address
Johor Bahru
81310
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |