13/03/2026
[KURSUS KEPIMPINAN SKIM LATIHAN BELIA PALAPES LAUT]
Pada 2 hingga 6 Mac 2026, seramai 18 Pegawai Kadet Kanan dan Pegawai Kadet PALAPES Laut telah menyertai Pelayaran Voyage KD Teguh Samudera.
Kursus ini melibatkan perlayaran dari Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) ke Tambatan Pangkalan Pulau Langkawi (TPPL) dan kembali semula ke TPL. Sepanjang tempoh pelayaran ini, Pegawai Dalam Latihan (PDL) yang terpilih berpeluang merasai pengalaman berada di atas kapal serta memahami tugas dan peranan anggota ketika bertugas di laut.
Pelbagai aktiviti latihan telah dijalankan sepanjang pelayaran seperti Pengendalian Kapal Layar, Flashing Exercise, Life Jacket Transfer, Man Overboard, Operasi Tentera Laut Diraja Malaysia, Mencegah Kebakaran Mengawal Api (MKMA), Melawan Kebanjiran serta Tatacara Penggunaan Rangsum.
Selain itu, para PDL turut memperoleh pendedahan berkaitan asas Navigasi, Pengenalan Struktur Kapal, serta tatacara kehidupan harian dan operasi di atas kapal.
Secara keseluruhannya, pelayaran ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada para peserta kerana mereka dapat menambah ilmu pengetahuan serta mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar di laut.