Sekolah Kebangsaan Kempas TS25

Sekolah Kebangsaan Kempas TS25 Ikuti informasi terkini sekolah melalui facebook rasmi Sekolah Kebangsaan Kempas

Koleksi Gambar sekitar Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-28 SK Kempas
09/05/2026

Koleksi Gambar sekitar Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-28 SK Kempas

Shared album · Tap to view!

📢 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK KEMPAS 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera,Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan men...
08/05/2026

📢 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK KEMPAS 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kempas 2026. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa/penjaga serta murid dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan ini.

📅 Tarikh: 9 Mei 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 petang
📍 Tempat: Padang SK Kempas

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak yang mengambil bahagian.

Kerjasama dan sokongan semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

📌 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG KALI KE-42 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri PIBG SK Kempas 2026.📍 Alhamdulillah Mesyuarat ...
11/04/2026

📌 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG KALI KE-42 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri PIBG SK Kempas 2026.

📍 Alhamdulillah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG kali ke-42 telah berlangsung dengan jayanya..

📍 Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga dan warga kerja Sekolah Kebangsaan Kempas TS25 atas segala kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2026.

📍 Tahniah atas lantikan AJK bagi sesi 2026/2027.
Teruskan kerjasama erat antara PIBG dan warga sekolah.

anak-anak KITA

Shared album · Tap to view!

📢 MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KALI KE - 42Salam sejahtera dan Salam KEMPRIS.Dengan hormatnya dimaklumkan...
07/04/2026

📢 MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KALI KE - 42

Salam sejahtera dan Salam KEMPRIS.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Kali Ke-42 SK Kempas 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.30 pagi - 1.30 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Gemilang, SK Kempas.

Sehubungan itu, semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan mesyuarat ini demi kecemerlangan anak-anak dan sekolah.

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MURID ASNAF & ANAK YATIM SK KEMPASTarikh      : 12/3/2026Hari.         : KhamisTempat.   : ...
14/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MURID ASNAF & ANAK YATIM SK KEMPAS

Tarikh : 12/3/2026
Hari. : Khamis
Tempat. : Warung Pak Akob

Semoga segala sumbangan diberkatiNya.

- Unit Kebajikan SKK-

🌙’Kita Raya Bersama’🌙oleh KEMPRIS All-star! ✨Saksikan Muzik Video kemeriahan Aidilfitri bersama warga SK Kempas melalui ...
11/03/2026

🌙’Kita Raya Bersama’🌙
oleh KEMPRIS All-star! ✨

Saksikan Muzik Video kemeriahan Aidilfitri bersama warga SK Kempas melalui lagu “Kita Raya Bersama” yang penuh ceria dan semangat kebersamaan.

🎶 Jom tonton, like dan kongsikan kepada semua!

'Kita Raya Bersama' dipersembahkan oleh KEMPRIS All-star!!-------------------------------------------------------------------------------------------------Pe...

11/03/2026
SK Kempas Cipta Kejayaan di Majlis Anugerah Pendidikan Kelestarian Johor 2025Syukur Alhamdulillah, SK Kempas telah berja...
15/02/2026

SK Kempas Cipta Kejayaan di Majlis Anugerah Pendidikan Kelestarian Johor 2025

Syukur Alhamdulillah, SK Kempas telah berjaya merangkul Anugerah EMAS dalam program Sekolah Showcase Pendidikan Kelestarian Negeri Johor Tahun 2025.

Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir. Hasni bin Mohamad, Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Negeri Johor merangkap Pengerusi Kelestarian Negeri Johor, bertempat di KSL Hotel & Resort pada 12 Februari 2026.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah atas usaha gigih dalam melestarikan alam sekitar demi masa depan generasi akan datang!

09/02/2026

"Siapa kata barang kitar semula tak boleh slay? 💅 Daripada plastik ke gaya drastik, tengoklah kreativiti para ibu bapa murid-murid kita ini dalam Pertandingan Pakaian Beragam: Waste To Wow! Memang tahap catwalk antarabangsa! 🌍✨ " ❤️‍🔥

🌱♻️ HEBAHAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA 2026 ♻️🌱Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dengan izin YM Tuan Guru Besar, dimakl...
08/02/2026

🌱♻️ HEBAHAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA 2026 ♻️🌱

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan izin YM Tuan Guru Besar, dimaklumkan bahawa Unit Kitar Semula akan mengadakan Pertandingan Kitar Semula bagi bulan Februari seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 26 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa:
• 7.15 pagi (Sesi pagi)
• 12.30 tengah hari (Sesi petang)

📦 Buku-buku perlu diikat kemas / dimasukkan ke dalam beg manakala kotak perlu dilipat bagi memudahkan pengurusan.
‼️Buku agama tidak diterima untuk kitar semula.
🔸Minyak masak perlu ditapis, ditutup dengan ketat dan diisi ke dalam bekas yang sesuai.
🏆 Hadiah menarik menanti pemenang
📗 Bawa Kad Cabaran Kitar Semula

Terima kasih atas kerjasama semua.

- Unit Kitar Semula Kempris-

📢 HEBAHAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SK KEMPAS 2026 🏃‍♂️🏃‍♀️Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga SK Kempa...
05/02/2026

📢 HEBAHAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SK KEMPAS 2026 🏃‍♂️🏃‍♀️

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga SK Kempas,

Dengan Izin YM Tuan Guru Besar,

Kejohanan Merentas Desa SK Kempas 2026 akan diadakan pada ketetapan berikut:

🗓 Hari: Jumaat
📅 Tarikh: 6 Februari 2026
📍 Tempat: Sekitar SK Kempas

⚠️ Perhatian:
✔️ Murid hendaklah membawa air mineral yang mencukupi.
✔️ Pastikan memakai kasut sukan yang sesuai dan selamat.

Kerjasama dan komitmen semua murid amat dihargai bagi memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih. 🌟

Address

Jalan Lurah 15, Kg Kempas Baru
Johor Bahru
81000

Telephone

+6072364210

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kempas TS25 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share