Kolej Komuniti Bandar Penawar Cawangan Gelang Patah

Kolej Komuniti Bandar Penawar Cawangan Gelang Patah

Share

page ini khusus untuk memberikan info mengenai program sepenuh masa Kolej Komuniti Cawangan Lulus SPM/SPMV (Lulus Bahasa Melayu & Sejarah)
2.

page ini khusus untuk memberikan info mengenai Program Sijil Teknologi Maklumat Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah serta aktiviti pembelajaran sepanjang hayat untuk masyarakat setempat. PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DUA KALI SETAHUN

REALISASIKAN IMPIAN TVET ANDA DI KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN GELANG PATAH

Peluang terbaik untuk lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang TVET.

Photos from Kolej Komuniti Bandar Penawar Cawangan Gelang Patah's post 18/07/2026

🤖 KURSUS PENGGUNAAN AI DALAM MULTIMEDIA SIRI 1
📅 18 Julai 2026

Kursus Penggunaan AI Dalam Multimedia Siri 1 telah berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih kepada 22 orang peserta yang telah menunjukkan komitmen, semangat dan penglibatan yang sangat baik sepanjang kursus ini.

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kreativiti dan produktiviti melalui teknologi AI.

Tenaga Pengajar: Mohamad Haidhir Bin Asri
Penyelaras: Stella Stevan

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Jumpa lagi di siri akan datang! 🚀✨

15/07/2026

🚨 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝟏 𝐊𝐄𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀! 🚨

🎓 Sijil Teknologi Maklumat (STM)
Kolej Komuniti Bandar Penawar Cawangan Gelang Patah

Adakah anda lepasan SPM yang masih mencari tempat untuk menyambung pengajian?

📢 Rebut peluang terakhir ini!
Sertai keluarga besar STM dan belajar bersama pelajar-pelajar baharu kami dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, praktikal dan berfokus kepada industri.

Syarat Kemasukan:
✅ Lulus SPM (termasuk Bahasa Melayu & Sejarah)
✅ Sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana subjek
✅ Lulus Matematik (syarat tambahan untuk STM)

⏳ Hanya 1 tempat lagi! Siapa cepat, dia dapat!

📲 Hubungi Mdm Stella
📞 014-345 5793

👉 WhatsApp: https://wa.me/60143455793

Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada keluarga STM KKBPCGP. Masa depan anda bermula di sini! 💙💻

10/07/2026

Kini peluang anda!

Kursus Bulan Julai anjuran Kolej Komuniti Bandar Penawar (Cawangan Gelang Patah) kembali dengan pelbagai pilihan kursus menarik!
📚 Tingkatkan kemahiran
💼 Buka peluang jana pendapatan
👨‍👩‍👧‍👦 Terbuka kepada semua peringkat umur
🎨 Dari Video Editing, AI dalam Multimedia, hingga kelas santai seperti
🍦 Fun Ice Cream Workshop for Kids (Siri 2/2026) – khas untuk anak-anak belajar sambil bermain!
💰 Yuran sangat berpatutan bermula serendah RM10 sahaja!
🔥 Tempat adalah TERHAD – siapa cepat dia dapat!
📲 Imbas QR sekarang untuk daftar & sertai komuniti pembelajaran kami!
👉 Jangan tunggu! Upgrade diri anda hari ini!

📍 Lokasi: Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah, Iskandar Puteri
📍 Lokasi: Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah, Iskandar Puteri
📍 Lokasi: Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah, Iskandar Puteri

Imbas kod QR yang diberi atau klik pautan berikut untuk borang pendaftaran (https://forms.gle/GzNf4EukfbzaKVyT8)

Atau hubungi https://wa.link/quzqvb untuk keterangan lanjut.

06/07/2026
03/07/2026

Semester ini rezeki bertambah, anak-anak pun makin ramai. Selamat datang semua! 🎉

02/07/2026

🎉 KEPUTUSAN RAYUAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI SESI I 2026/2027 TELAH DIBUKA!

Bagi calon yang membuat rayuan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, anda kini boleh menyemak keputusan rayuan mengikut kategori permohonan seperti berikut:

📌 Lepasan SPM (UPUOnline)
🗓️ Tarikh Semakan: 2 Julai 2026
🕛 Masa: Mulai 12.00 tengah hari

Semakan boleh dibuat melalui:
✅ UPUOnline – http://upu.mohe.gov.my
✅ Aplikasi UPUPocket
✅ Aplikasi MyGOV

📌 Lepasan SPM & Selain SPM (eBorang MyPOLYCC)
🗓️ Tarikh Semakan: 2 Julai 2026
🕔 Masa: Mulai 5.00 petang

🌐 Semakan di:
https://ambilan.mypolycc.edu.my

✅ PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN
🗓️ 2 – 8 Julai 2026

Pastikan anda membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tawaran terbatal.

📅 Tarikh Pendaftaran Pelajar: 8 Julai 2026

Tahniah kepada semua yang berjaya!





Photos from Kolej Komuniti Bandar Penawar Cawangan Gelang Patah's post 01/07/2026

🎓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐍𝐈𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕

📅 Tarikh: 26 Jun 2026 (Jumaat)

Selamat kembali diucapkan kepada semua pelajar senior Kolej Komuniti Bandar Penawar Cawangan Gelang Patah.

Semoga semester baharu ini menjadi permulaan yang lebih cemerlang dengan semangat, azam dan iltizam untuk terus mencapai kecemerlangan dalam akademik serta sahsiah diri.

Terima kasih kepada semua pelajar yang telah hadir mendaftar. Selamat kembali ke kampus dan semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang sesi pengajian ini.

✨ Welcome Back, Senior!
**Let's learn, grow and achieve success together!** 💙💛

Photos from Kolej Komuniti Bandar Penawar Cawangan Gelang Patah's post 30/06/2026

🎓 MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS) SESI I 2026/2027 🎉

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Komuniti Bandar Penawar Cawangan Gelang Patah.

Majlis ini menjadi simbolik berakhirnya program orientasi pelajar baharu yang telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, perkongsian ilmu, pembangunan sahsiah serta pendedahan kepada kehidupan sebagai mahasiswa Kolej Komuniti.

Majlis turut disempurnakan dengan Bacaan Ikrar Pelajar Baharu sebagai tanda komitmen untuk menjadi pelajar yang berdisiplin, berintegriti dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik serta sahsiah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Timbalan Pengarah KKBPCGP, barisan pensyarah, urus setia, fasilitator, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Minggu Transformasi Siswa pada tahun ini.

Tahniah dan selamat datang kepada seluruh pelajar baharu. Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang penuh kejayaan, pengalaman bermakna dan kecemerlangan sepanjang bergelar mahasiswa Kolej Komuniti.

"Transformasi bermula di sini, kecemerlangan diteruskan bersama." 💙










Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Nusa Bayu,taman Nusa Bayu
Johor Bahru
79200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00