01/05/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
*MAKLUMAN CUTI HARI PEKERJA*
Dimaklumkan bahawa madrasah akan bercuti sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2026 (Jumaat).
Sehubungan itu, tiada sesi pembelajaran dijalankan pada hari tersebut. Sesi akan disambung seperti biasa pada hari Isnin 4 Mei 2026.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak IbuBapa amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Jazakumullahu Khairan Kathira
-Pengurusan Madrasah-
30/04/2026
🌙 JOM SERTAI IBADAH KORBAN 1447H / 2026M 🐄
Madrasah Tahfiz Maju Jaya membuka penyertaan bagi Program Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
✨ Rebut peluang beramal di hari yang penuh keberkatan.
Sabda Rasulullah ﷺ:
“Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah selain daripada menumpahkan darah (berkorban).”
— Riwayat At-Tirmizi
📌 1 Bahagian Korban : RM850 sahaja
Ibadah korban bukan sekadar ibadah, bahkan menjadi tanda syukur, ketaatan dan pengorbanan kepada Allah SWT.
Dengan menyertai program ini, tuan/puan bukan sahaja menunaikan ibadah korban, malah turut menyumbang kepada kebajikan, pengurusan dan pembangunan Madrasah Tahfiz Maju Jaya.
💳 Bayaran boleh dibuat ke akaun:
Maybank
5515 9355 0310
(Madrasah Tahfiz Maju Jaya)
📞 Sebarang pertanyaan / tempahan:
019-7357170 (Imam Shah)
011-11575929 (En. Hafizi)
Marilah bersama-sama kita menghidupkan syiar Islam dan merebut ganjaran ibadah korban tahun ini.
“Korban Anda, Saham Akhirat Anda.”
21/03/2026
🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙
Kami dari seluruh warga Madrasah Tahfiz Maju Jaya mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.
Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan rahmat serta keampunan-Nya.
*Tulus Ikhlas dari warga MTMJ*
10/03/2026
✨ PENGAMBILAN PELAJAR SYAHADAH
📚 Madrasah Tahfiz Maju Jaya
Alhamdulillah, pihak Madrasah Tahfiz Maju Jaya kini membuka pengambilan pelajar bagi program Syahadah Al-Quran untuk para hafizah yang telah menamatkan hafazan.
🌿 Syarat Kemasukan:
• Khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran
• Berdisiplin dan berakhlak baik
• Sedia mematuhi peraturan madrasah
• Lulus penilaian yang ditetapkan
• Tempat tinggal disediakan
📖 Program ini bertujuan melahirkan hafizah yang mantap hafazan, kuat disiplin dan berakhlak mulia dalam membawa amanah Al-Quran.
📞 Sebarang pertanyaan atau pendaftaran:
014-884 7170
📌 Tempat adalah terhad.
Ayuh rebut peluang untuk menyambung perjalanan bersama Al-Quran.
Madrasah tahfiz maju jaya
MENDIDIK,MENGAJAR UNTUK MENGENAL DAN MENDAPAT REDHA ALLAH
18/02/2026
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
*MAKLUMAN RASMI MADRASAH*
Assalamualaikum wbt
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, pihak madrasah merakamkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelajar Putrie Syakirah Qadisah Binti Syah Rizan merupakan pelajar ketiga dimadrasah ini yang berjaya Khatam Hafazan Al-Quran 30 Juzuk.
InshaAllah Saba’ terakhir akan dibaca di hadapan Ustazah Izzah Atirah guru kelas Tahfiz Darul Jannah pada hari Rabu 18/2/2026 iaitu pada pukul 10.00 pagi.
Pencapaian yang amat membanggakan ini adalah hasil daripada kesungguhan, disiplin, kesabaran serta keazaman tinggi pelajar, di samping bimbingan berterusan para asatizah serta sokongan daripada ibubapa dan penjaga. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dan inspirasi kepada seluruh warga madrasah untuk terus istiqamah mendekati Al-Quran.
Tahniah dan syabas diucapkan ke atas kejayaan yang amat bermakna ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan serta menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup sepanjang masa.
Semoga Allah SWT memelihara hafazan Al-Quran ini dalam ingatan beliau, mengurniakan kefahaman yang mendalam, akhlak yang mulia serta mengangkat darjatnya di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan Al-Quran menjadi syafaat dan cahaya yang menerangi perjalanan hidupnya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
14/01/2026
📢 MAKLUMAN RASMI MADRASAH
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, pihak madrasah ingin memaklumkan bahawa pelajar kita, Qisya Umaira binti Azamuddin, telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran 30 juzuk (khatam hafazan).Sabaq terakhir pada hari Rabu 14/1/26 .Beliau merupakan pelajar kedua yang khatam sejak bermulanya penubuhan MADRASAH TAHFIZ MAJU JAYA.
Alhamdulillah, pencapaian ini merupakan satu nikmat dan anugerah besar daripada Allah SWT hasil kesungguhan beliau, bimbingan para asatizah, serta doa berterusan daripada ibu bapa dan seluruh warga madrasah.
Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT menetapkan hafazan beliau, menjadikannya anak solehah, pewaris Al-Quran, serta memberi inspirasi kepada semua pelajar lain untuk terus berusaha.
“Barangsiapa membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota dari cahaya…”
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Qisya Umaira Bin Azamuddin.
Semoga lebih ramai lagi anak-anak kita menyusul jejak langkah mulia ini.
Amin…. 🤲🤲🤲
Madrasah tahfiz maju jaya
MENDIDIK,MENGAJAR UNTUK MENGENAL DAN MENDAPAT REDHA ALLAH
04/12/2025
📢 MAKLUMAN RASMI MADRASAH
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, pihak madrasah ingin memaklumkan bahawa pelajar kita, Khadijah binti Fairus, telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran 30 juzuk (khatam hafazan).Sabaq terakhir pada hari jumaat 5/12/25 .Beliau merupakan pelajar pertama yang khatam sejak bermulanya penubuhan MADRASAH TAHFIZ MAJU JAYA.
Alhamdulillah, pencapaian ini merupakan satu nikmat dan anugerah besar daripada Allah SWT hasil kesungguhan beliau, bimbingan para asatizah, serta doa berterusan daripada ibu bapa dan seluruh warga madrasah.
Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT menetapkan hafazan beliau, menjadikannya anak solehah, pewaris Al-Quran, serta memberi inspirasi kepada semua pelajar lain untuk terus berusaha.
“Barangsiapa membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota dari cahaya…”
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Khadijah binti Mohd Fairus.
Semoga lebih ramai lagi anak-anak kita menyusul jejak langkah mulia ini.
Amin…. 🤲🤲🤲
Madrasah tahfiz maju jaya
MENDIDIK,MENGAJAR UNTUK MENGENAL DAN MENDAPAT REDHA ALLAH
28/11/2025
📢 Perkhidmatan Van Madrasah
“Safar Selamat, Ilmu Berkat”
Madrasah Tahfiz Maju Jaya kini menyediakan perkhidmatan van pelajar yang lebih selesa, selamat dan teratur.
Insya-Allah, perkhidmatan ini akan bermula pada tahun 2026 bagi memudahkan urusan penghantaran dan pengambilan anak-anak ke madrasah setiap hari.
✨ Kelebihan Perkhidmatan:
• Pemanduan berhemah & selamat
• Jadual perjalanan teratur
• Kenderaan luas & selesa untuk para pelajar
• Memastikan anak tiba ke madrasah tepat waktu
💳 Bayaran:
Sehala: RM4.30
📞 Untuk pendaftaran & maklumat lanjut:
014-884 7170
“Safar yang selamat, ilmu yang berkat.”