PASTI Sarawak

PASTI Sarawak

Share

PraSekolah Islam Pilihan Utama Masyarakat Sarawak Khususnya dan Malaysia Amnya Sebuah organisasi pendidikan dibawah pemilikan Dewan Pemuda PAS Malaysia

16/01/2026

PERINGATAN ISRAK DAN MIKRAJ

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan salah satu mukjizat terbesar Nabi Muhammad ﷺ yang memperlihatkan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Dalam satu malam, Baginda ﷺ telah diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian diangkat ke Sidratul Muntaha bagi menerima perintah solat lima waktu yang menjadi tiang agama dan asas kehidupan seorang Muslim.

Peristiwa agung ini mengajar kita tentang kepentingan iman, ketaatan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT. Solat bukan sekadar kewajipan, bahkan ia adalah hubungan langsung antara hamba dan Pencipta, yang mendidik jiwa agar sentiasa tunduk, sabar dan berakhlak mulia.

Firman Allah SWT:
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami.”
(Surah Al-Isra’: 1)

Semoga dengan memperingati Israk dan Mikraj, kita dapat memperbaharui azam untuk menjaga solat, memperkukuh iman serta meneladani akhlak Rasulullah ﷺ dalam setiap aspek kehidupan. Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keampunan Allah SWT.

11/01/2026

SELAMAT KEMBALI KE PASTI

Wajah ceria, langkah gembira,
masa untuk belajar sambil bermain.
Semoga anak-anak PASTI membesar dengan ilmu, iman dan akhlak mulia.

Photos from PASTI Malaysia's post 05/01/2026
Photos from PASTI Sarawak's post 03/01/2026

PASTI Sarawak ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada

🏆ANUGERAH MUMTAZ NEGERI SARAWAK
SHARIFAH JASMEEN BINTI WAN QAMARUDDIN

🏆ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG NEGERI SARAWAK
NORASMIRA BINTI SUILI

🏆 ANUGERAH JURULATIH UTAMA (JU) NEGERI SARAWAK
SABTUYAH BINTI BIDIN

🏆 ANUGERAH INOVATIF GURU PASTI NEGERI SARAWAK
NURFAIZ BINTI SYAREE

atas penghargaan yang telah diterima sempena MAP PASTI Malaysia 2025.


Photos from PASTI Sarawak's post 03/01/2026

Kontinjen Sarawak di MAP PASTI Malaysia 2025 di Johor Bahru.


02/01/2026

Alhamdulillah Kontinjen PASTI Sarawak tiba di Johor Bahru sempena Majlis Apresiasi Prestasi PASTI Malaysia yang akan diadakan pada 03 Januari 2026 di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru.



01/01/2026
31/12/2025

SELAMAT TAHUN BARU 2026

Alhamdulillah, kita melangkah ke lembaran baharu dengan penuh harapan dan tekad.

Selamat menyambut Tahun Baru 2026.
Moga setiap usaha diberkati da dirahmati Allah SWT.

Ikhlas daripada
PASTI Negeri Sarawak

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


88 Jalan Ibrahim Sultan
Johor Bahru
80300

Opening Hours

Monday 06:30 - 17:30
Tuesday 06:30 - 17:30
Wednesday 06:30 - 17:30
Thursday 06:30 - 17:30
Friday 06:30 - 17:30