Tvetmara Johor Bahru

Tvetmara Johor Bahru

Share

TVETMARA Johor Bahru

Photos from Tvetmara Johor Bahru's post 21/08/2026

CSR TVETMARA JOHOR BAHRU: BERSAMA MEMPERKASA KAMPUS

Jumaat, 21 Ogos 2026

Program Corporate Social Responsibility (CSR) TVETMARA Johor Bahru bagi membaikpulih, menyelenggara dan menceriakan kemudahan kampus telah berjaya dilaksanakan oleh pelajar-pelajar dari Jabatan Elektrik yang terdiri daripada program DED, DCB dan DCP.

Aktiviti CSR yang dijalankan dari 17 hingga 21 Ogos 2026 ini melibatkan beberapa lokasi utama yang merangkumi Program DPP, SMM dan Surau Al Hidayah TVETMARA Johor Bahru. Para pelajar telah bersama-sama melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan mengaplikasikan kemahiran teknikal yang dipelajari secara langsung dalam persekitaran sebenar. Aktiviti turut memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab, disiplin dan semangat berbakti kepada institusi.

Program telah diselia oleh pensyarah, Encik Jamal Bin Muhamad dan Encik Norazhar Bin Md Anuar yang turut memberi bimbingan dan sokongan kepada para pelajar sepanjang pelaksanaan aktiviti CSR.

Terima kasih kepada semua pelajar, pensyarah serta warga TVETMARA Johor Bahru yang turut terlibat dalam menjayakan program CSR ini. Semoga segala sumbangan mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada semua.






Photos from Tvetmara Johor Bahru's post 20/08/2026

TAKLIMAT TATACARA PENGGUNAAN MEDIA MASSA DAN MEDIA SOSIAL SEMPENA SAMBUTAN HKHM 2026

Khamis, 20 Ogos 2026

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 Peringkat TVETMARA Johor Bahru, Unit Pengajian Malaysia TVETMARA Johor Bahru telah berjaya menganjurkan sesi Taklimat Tatacara Penggunaan Media Massa dan Media Sosial.

Program yang berlangsung di Dewan Theater ini telah mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan seramai 136 orang pelajar daripada pelbagai program. Taklimat disampaikan oleh Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Johor, Tuan Muhammad Ezwan Harris bin Abu Nashrah.

Penganjuran program ini amat bertepatan dengan keperluan semasa, khususnya dalam mendidik generasi muda agar lebih berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti ketika menggunakan media massa dan media sosial. Dalam era digital yang menyaksikan maklumat dapat disebarkan dengan begitu pantas, setiap individu perlu memahami batas, etika serta tanggungjawab dalam berkongsi dan menyampaikan sesuatu kandungan.

Seiring dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, “Malaysia MADANI; Kesejahteraan Dinikmati”, program ini diharapkan dapat menyemai kesedaran dalam kalangan pelajar untuk menjadi pengguna media yang bijak, beretika dan berintegriti, serta bersama-sama mewujudkan persekitaran digital yang lebih positif, selamat dan sejahtera.

Semoga ilmu dan kesedaran yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian, seterusnya melahirkan generasi TVET yang bukan sahaja kompeten dalam bidang kemahiran, tetapi turut mempunyai nilai, sahsiah dan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.

Terima kasih Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Johor.





Photos from Tvetmara Johor Bahru's post 20/08/2026

TVETMARA JOHOR BAHRU TANDATANGANI LOI KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA CELESTICA ELECTRONICS (M) SDN. BHD.

TVETMARA Johor Bahru terus memperkukuh jaringan strategik bersama pihak industri menerusi Program Perancangan Strategik Kolaborasi bersama Celestica Electronics (M) Sdn. Bhd yang telah berlangsung pada Rabu, 19 Ogos 2026.

Sebagai tanda komitmen terhadap kerjasama yang lebih strategik dan berimpak, satu Letter of Intent (LOI) for Collaboration telah ditandatangani antara TVETMARA Johor Bahru dan Celestica Electronics (M) Sdn. Bhd.

Sesi perbincangan telah berlangsung dengan diketuai Pengarah, Encik Lukman Hakim bin Hasan yang memberi fokus kepada perancangan dan pengukuhan kerjasama dalam aspek tawaran serta peluang kerjaya dan Latihan Industri kepada pelajar TVETMARA Johor Bahru, khususnya dalam bidang Teknologi Mekatronik dan Teknologi Pembuatan Produk Elektronik.

Kunjungan pihak Celestica diketuai oleh Pengarah Operasi, Encik Ho Hock Liang bersama barisan pengurusan Celestica Electronics Malaysia yang turut melibatkan wakil daripada cawangan Seelong, Senai dan Tampoi.

Kerjasama ini bukanlah sesuatu yang baharu. Sebilangan besar pelajar khususnya dari Program Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik telah menjalani Latihan Industri di Celestica, malah sebahagian daripada mereka turut berjaya membina kerjaya bersama syarikat tersebut. Perkembangan ini menjadi bukti bahawa kompetensi dan kualiti pelajar TVETMARA Johor Bahru terus mendapat kepercayaan serta pengiktirafan pihak industri.

Melalui LOI yang dimeterai, ruang kerjasama akan diperluaskan kepada lebih banyak inisiatif strategik, antaranya perkongsian kepakaran tenaga pensyarah, kolaborasi teknikal serta pembangunan (Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih selari dengan keperluan sebenar industri.

Dalam sesi kunjungan tersebut, barisan pengurusan Celestica turut dibawa melawat fasiliti makmal dan bengkel di Program Teknologi Mekatronik dan Teknologi Pembuatan Produk Elektronik bagi melihat sendiri kemudahan latihan, peralatan serta persekitaran pembelajaran yang disediakan untuk melahirkan tenaga kerja TVET yang kompeten dan bersedia memenuhi kehendak industri.

Kerjasama strategik bersama Celestica ini diharapkan dapat terus membuka lebih banyak peluang latihan, pendedahan industri dan laluan kerjaya kepada pelajar dalam melahirkan bakat berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan masa hadapan.

Tahniah dan terima kasih Celestica Electronics Malaysia!





Photos from Tvetmara Johor Bahru's post 19/08/2026

AKTIVITI KOKURIKULUM KESATRIA MARA MINGGU 7 SESI JUL-DIS 2026

Rabu, 19 Ogos 2026

Pengisian Kokurikulum Kesatria MARA pada Minggu 7 Sesi Julai–Disember 2026 ini adalah Slot Kebombaan yang dibahagikan kepada dua aktiviti mengikut semester.

Pelajar Semester 1 mengikuti penerangan teori berkaitan Pengungsian Bangunan, manakala pelajar Semester 2 menjalani latihan praktikal Menyelamat Mangsa (Tanpa Peralatan).

Latihan dikendalikan oleh Jurulatih Bomba iaitu PBK I Abdul Wahab bin Nasir, PBK I Patrick Rizal Anak Edwin, PB Muhammad Yazid bin Rosein, PB Mohamad Firdaus bin Abdullah, PB Mohamad Nurhelme bin Ja'epar Sidek dan PB Tuan Mohamad Syakirin bin Tuan Mohamad N**i dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin.

Terima kasih semua barisan jurulatih untuk sesi latihan dan aktiviti pada hari ini.






Photos from Tvetmara Johor Bahru's post 18/08/2026

MESYUARAT DAN PERKONGSIAN KEPAKARAN PROFESIONAL PERKASA KURIKULUM DAN PELAKSANAAN OBE KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK TVETMARA JOHOR BAHRU

Selasa, 18 Ogos 2026

Satu sesi Mesyuarat Kurikulum dan Taklimat Outcome-Based Education (OBE) bagi Program Diploma Teknologi Kejuruteraan bertempat di Bilik Seminar telah diadakan anjuran bersama Unit Akreditasi ETAC dan Unit OBE TVETMARA Johor Bahru.

Program ini melibatkan penyertaan para pensyarah daripada Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan, Diploma Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas dengan perkongsian kepakaran oleh Prof. Ir. Dr. Mohd. Khairil Rahmat dari Seksyen Kejuruteraan Elektrik, Universiti Kuala Lumpur, British Malaysian Institute (UniKL BMI).

Penganjuran program ini bertujuan membantu pihak program dalam melaksanakan penambahbaikan kurikulum serta memantapkan amalan Outcome-Based Education (OBE) bagi memastikan kualiti akademik sentiasa dipertingkatkan dan selaras dengan keperluan pendidikan serta latihan TVETMARA.

Sesi perkongsian ilmu dan perbincangan yang dilaksanakan juga memberi ruang kepada para pensyarah untuk memahami dengan lebih jelas aspek pelaksanaan OBE, kurikulum serta pendekatan penambahbaikan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Diharapkan program ini dapat memperkukuh lagi budaya kecemerlangan akademik, penambahbaikan berterusan dan kolaborasi profesional dalam kalangan warga TVETMARA Johor Bahru.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Ir. Dr. Mohd. Khairil Rahmat atas kesudian berkongsi ilmu, kepakaran dan pandangan bersama warga TVETMARA Johor Bahru.






Photos from Surau Al-Hidayah IKM Johor Bahru's post 18/08/2026

AKTIVITI GOTONG ROYONG PEMULIHARAAN SURAU AL HIDAYAH TVETMARA JOHOR BAHRU

Photos from Tvetmara Johor Bahru's post 18/08/2026

JALINAN KERJASAMA STRATEGIK INDUSTRI ANTARA PROGRAM DED DAN SYARIKAT MULTICODE ELECTRONICS INDUSTRIES (M) SDN.BHD

Selasa, 18 Ogos 2026

Satu sesi lawatan Kerjasama Strategik Industri ke Multicode Electronics Industries (M) Sdn. Bhd. telah diadakan pada hari ini melibatkan seramai 16 orang pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri) (DED) Semester 4 diiringi pensyarah, Puan Norhatini Binti Ibrahim dan Encik Jamal Bin Muhamad.

Jalinan kerjasama ini bertujuan meningkatkan kepakaran, kebolehpasaran pelajar, pemindahan teknologi dan memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai teknologi pembuatan moden serta sistem automasi yang diaplikasikan dalam industri. Melalui pendedahan seperti ini, para pelajar berpeluang menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam Kursus Industrial Automation dengan aplikasi sebenar di tempat kerja, seterusnya meningkatkan kesediaan menghadapi alam pekerjaan.

Multicode Electronics Industries (M) Sdn. Bhd. (kini beroperasi di bawah MCE Holdings Berhad) yang terletak di Kawasan Perindustrian Pandan, Johor Bahru adalah syarikat pengeluar peralatan asal (OEM) utama di Malaysia yang khusus dalam bidang elektronik dan mekatronik automotif.

Peserta lawatan telah disambut oleh Puan Rafidah yang telah menyampaikan taklimat mengenai latar belakang syarikat, operasi pengeluaran serta amalan keselamatan di kilang. Para pelajar turut dibawa melawat kawasan pengeluaran bagi melihat sendiri penggunaan teknologi dan sistem automasi dalam proses pembuatan.

Kerjasama ini membuka peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam menyelesaikan cabaran sebenar industri.

Semoga jalinan industri seperti ini dapat memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar, mengeratkan hubungan antara institusi dan industri serta melahirkan graduan TVET MARA yang kompeten dan memenuhi keperluan industri masa kini.






18/08/2026

PELAJAR TVETMARA JOHOR BAHRU SUMBANG GANGSA DI SUKMA XXII SELANGOR 2026 (MEWAKILI W.PERSEKUTUAN)

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar TVETMARA Johor Bahru, Muhammad Zaheen Hazwan bin Mohd Zain dari Program Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik (DEK) atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam acara Pencak Silat Ganda Putera di SUKMA XXII Selangor 2026.

Muhammad Zaheen menyumbang pingat kepada Wilayah Persekutuan dan bergandingan bersama Muhammad Loqman Hakim dalam memberikan aksi terbaik sehingga berjaya meraih Gangsa.

Zaheen mula berkecimpung dalam sukan Silat pada usia 13 tahun dan kali pertama menyertai pertandingan pada usia 16. Pelajar DEK semester 4 ini turut bergiat aktif bersama Pasukan Silat TVETMARA Johor Bahru serta telah menyertai dan memenangi beberapa acara peringkat daerah dan negeri.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan diri dan keluarga, malah turut membanggakan bagi warga TVETMARA Johor Bahru. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang dalam sukan Silat!






17/08/2026

KINI DIBUKA❗️ PERMOHONAN KE PROGRAM TVET TAHFIZ BAGI KEMASUKAN OKTOBER 2026

Pelajar TVET Tahfiz TVETMARA Johor Bahru akan ditempatkan di Program Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik (DEK) dengan tempoh pengajian selama 2.5 tahun.

DEK adalah salah satu program berdaya saing dengan kebolehpasaran tinggi terutama di negeri Johor.

Apakah syarat minimum layak memohon ke program TVET Tahfiz?

1. Lelaki dan perempuan.
2. Warganegara, Melayu/ Bumiputera.
3. Berusia 17-45 tahun.
4. Hafaz sekurang- kurangnya 5 juzuk.
5. Dengan atau tanpa SPM.

Para pelajar TVET Tahfiz akan bergraduasi dengan empat pentaulihan iaitu;

1. Diploma Teknologi MARA
2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) 4
3. Sijil Pencapaian Hafazan (MARA)
4. Sijil Perakaun Hafazan Bertahap (JAKIM)

Permohonan boleh dibuat di:
https://mohon.tvet.gov.my/main/flexi

Rujuk maklumat lanjut di poster.

Photos from Tvetmara Johor Bahru's post 15/08/2026

PROGRAM PSME GRID CONNECTED PHOTOVOLTAIC (GCPV) WIREMAN & CHARGEMAN TVETMARA JOHOR BAHRU SESI 7/2026

Program Separuh Masa Elektrik (PSME) Grid Connected Photovoltaic (GCPV) Wireman & Chargeman TVETMARA Johor Bahru Sesi 7 Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya pada Jumaat, 14 Ogos 2026.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah TVETMARA Johor Bahru, En. Lukman Hakim Bin Hasan yang menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen, disiplin serta kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang mengikuti program.

Program pensijilan GCPV SEDA ini telah dijayakan oleh Jabatan Elektrik TVETMARA Johor Bahru, diketuai oleh Ir. Ts. Hairi Bin Abd Rahman, bersama Ir. Ts. Azlihan Bin Abd Aziz, dengan sokongan En. Zainul Idlan Bin Komar selaku tenaga pengajar dan penyelaras program.

Seramai 18 peserta daripada kalangan pekerja industri telah berjaya menamatkan latihan yang memberi penekanan kepada kemahiran pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan sistem Grid Connected Photovoltaic (GCPV).

Program ini menjadi salah satu usaha memperkasakan tenaga kerja berkemahiran tinggi selaras dengan perkembangan pesat industri tenaga boleh baharu (Renewable Energy) serta peningkatan permintaan terhadap tenaga mahir dalam sektor solar di Malaysia.

Pelaksanaan kursus ini membuktikan bahawa latihan berasaskan industri yang ditawarkan oleh TVETMARA Johor Bahru mampu meningkatkan kebolehpasaran peserta, memperkukuhkan kompetensi profesional serta membuka lebih banyak peluang kerjaya dalam sektor tenaga hijau dan industri berteknologi tinggi.

Tahniah dan syabas kepada 18 peserta Sesi 7/2026 atas kejayaan yang diraih. Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh meningkatkan kecemerlangan kerjaya serta terus menyumbang kepada pembangunan industri solar dan tenaga boleh baharu demi kemajuan negara.









Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


IKMJB, Jalan TARUKA OFF, JALAN DATIN HALIMAH, KARUNG BERKUNCI 848
Johor Bahru
80990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00