06/03/2024
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg Dato'/Datin /Profesor/Prof Madya/Dr./Haji /Hajah/Tuan /Puan
Sukacitanya dimaklumkan Pihak Koperasi Kariah Masjid Taman Impian Emas kopkariahmasjidimpianemasbhd telah bekerjasama dengan pihak UTM untuk melaksanakan projek Suntikan Automatik Baja Fertigasi dibawah Geran Transformasi Ekonomi (Social Tech Nexus) UTM.
Oleh itu, Semua dijemput untuk menghadiri Program Pemindahan Ilmu dan Majlis Penyerahan Projek seperti berikut:
๐๏ธ 10 Mac 2024, Ahad
โฐ 9.00 pagi โ12.00 tghr
๐Ladang Fertigasi Koperasi Kariah Masjid Impian Emas
Tentatif Program
9.00 am: Pendaftaran peserta
9:30 am: Ucapan Alu-aluan oleh Pengarah Program
9.40 am: Ucapan Wakil CCIN, UTM
10.00 am: Pengenalan Teknologi oleh Ketua Projek
10.15 am: Montaj Projek
10.30 am: GIMIK Penyerahan Projek
10.45 am: Ucapan Wakil Komuniti
11.00 am: Sesi Bergambar
11.15 am: Lawatan ke Ladang Fertigasi, Makan Tengahari dan Bersurai
๐Mohon kerjasama untuk mengisi borang pendaftaran kehadiran melalui link berikut: https://forms.gle/uyUp1YvQziziMa6K9
02/02/2024
29 Januari 2024.
Program Pemindahan Ilmu dan Majlis Penyerahan Projek bagi Smart Farming telah diadakan di Ladang Koperasi Kariah Masjid Impian Emas.
Semasa program tersebut, Pengarah Program Ts Dr Nor Alafiza dan PM Dr Mohamad Shukri dari UTM serta wakil dari rakan strategik projek, iaitu En Mohd Ridzuan dari Thinker Space (M) Sdn Bhd telah menyampaikan sesi demostrasi dan perkongsian ilmu bagi sistem smart farming yang telah dipasang.
Turut hadir adalah Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Impian Emas, Hj Abdul Ibrahim bersama-sama ahli-ahli koperasi yang lain.
Projek Smart Farming @ Ladang Koperasi Kariah Masjid Impian Emas kopkariahmasjidimpianemasbhd dilaksanakan dengan pembiayaan Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 3.0 Iskandar Puteri Rendah Karbon dari pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang dibangunkan oleh UTM dan Pihak Koperasi Kariah Masjid Taman Impian Emas serta ThinkerSpace Malaysia.
28/01/2024
Assalamualaikum wrm bth,
Ybhg Dato & Datin, Hj & Hajah dan Tuan-Puan,
Pihak Koperasi Kariah Masjid Taman Impian Emas telah bekerjasama dengan pihak UTM untuk melaksanakan projek komuniti Smart Farming @ Ladang Koperasi Kariah Masjid Impian Emas dengan pembiayaan Geran Komuniti Iskandar Puteri 3.0 dari pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Semua Ahli Koperasi Kariah Masjid Impian Emas dan kariah Masjid TIE dijemput untuk menghadiri Program Pemindahan Ilmu dan Majlis Penyerahan Projek seperti berikut:
Tarikh: 29 Januari 2024, Isnin
Masa: 2.30 โ 4.30 pm
๐Mohon kerjasama untuk mengisi borang pendaftaran kehadiran melalui link berikut: https://forms.gle/FVMtyR6SsfX8nFAW8
Projek Smart Farming @ Ladang Koperasi Kariah Masjid Impian Emas dengan pembiayaan Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 3.0 dari pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
28/11/2023
Jemput datang booth smart farming bersempena Karnival Iskandar Puteri Rendah karbon 2023. Kami bawakan pakar IOT untuk sistem pertanian pintar, dan showcase projek IPRK3.0, smart farming@ladang fertigasi koperasi masjid Impian Emas.
Free Gift di sediakan utk pengunjung bertuah.. jemput dtg sebelum kehabisan stok ๐ฑ๐ชด๐๐
.0
27/11/2023
Jom temui pakar IoT kami di Karnival Iskandar Puteri Rendah karbon.
27/11/2023
Update projek smart farming di ladang fertigasi kopkariahmasjidimpianemasbhd . Tanaman cili telah mengeluarkan hasil selepas 60 hari pemindahan anak pokok.
.0
27/11/2023
22 September 2023: Transplant anak pokok cili ke tapak fertigasi yang telah dilengkapi dengan sistem IOT.
.0