Pusat Akreditasi UTM - UTM ACe

Pusat Akreditasi UTM - UTM ACe

Share

Dahulu dikenali sebagai Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko - UTM QRiM

Photos from Pusat Akreditasi UTM - UTM ACe's post 19/08/2026

Tahniah dan Selamat Menjalankan Amanah!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pelantikan dan pelantikan semula dalam Jawatankuasa Akreditasi Universiti (JKAU) bagi sesi 2026–2028 :
(1) Prof. Emeritus Dato' Ir. Ts. Dr. Zainai bin Mohamed, pelantikan semula sebagai Pengerusi
(2) Prof. Ts. Dr. Abd Latif bin Saleh, pelantikan baharu sebagai Timbalan Pengerusi
(3) Prof. Ts. Dr. Muhammad Hisyam Lee, pelantikan baharu sebagai Pakar Luar
(4) Prof. Dr. Ahmad Baharuddin bin Abdul Rahman, pelantikan semula sebagai Ahli

Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan Universiti terhadap kepakaran, pengalaman dan sumbangan yang dapat diberikan dalam memperkukuh peranan JKAU sebagai wadah penting dalam memastikan kualiti dan standard akademik UTM terus dipelihara dan diperkasakan.

Semoga amanah yang diberikan ini terus membawa nilai, kepakaran dan perspektif baharu dalam memperkukuh agenda akreditasi, jaminan kualiti dan kecemerlangan akademik Universiti.

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah!

19/08/2026

UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Negara.

Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan:

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA5)

permohonan yang telah lengkap ke emel [email protected].

Photos from Pusat Akreditasi UTM - UTM ACe's post 19/08/2026

LAWATAN AUDIT BERTEMA PPT BERSTATUS SWAAKREDITASI 2026 (QUALITY ASSURANCE AND ENHANCEMENT)
Universiti Teknologi Malaysia | 17 Ogos 2026 (Isnin)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima kunjungan Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi pelaksanaan Audit Bertema PPT Berstatus Swaakreditasi 2026 yang bertemakan Quality Assurance and Enhancement pada 17 Ogos 2026.

Wakil MQA yang hadir terdiri daripada:
(1) YBrs. Prof. Dr. Maniam Kaliannan, Panel Penilai
(2) YBrs. Prof. Dr. Nurahimah Mohd Yusoff, Panel Penilai
(3) Puan Halinordina Mat Saat, Panel Penilai
(4) Puan Najihah As’ari, Urus setia
(5) Puan Adibah Mat Russ, Urus setia

Majlis Pembukaan dan Majlis Penutup turut disertai oleh YBhg. Naib Canselor UTM, Jawatankuasa Pengurusan Universiti, pegawai-pegawai kanan serta warga UTM. Kehadiran dan komitmen kepimpinan universiti serta seluruh warga UTM dalam menjayakan audit ini mencerminkan kesungguhan UTM dalam memperkukuh budaya jaminan kualiti dan melaksanakan penambahbaikan berterusan, selaras dengan aspirasi universiti dalam memastikan kecemerlangan dan keberkesanan pengurusan akademik sentiasa diperkasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Panel Penilai MQA, pihak pengurusan universiti, fakulti, pusat tanggungjawab serta seluruh warga UTM atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit ini.

Photos from Pusat Akreditasi UTM - UTM ACe's post 19/08/2026

AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) UTM 2026
Pusat Akreditasi UTM (UTM ACe) | 12 Ogos 2026

Pusat Akreditasi UTM (UTM ACe) telah menerima Lawatan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) UTM 2026 pada 12 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Pusat Akreditasi UTM, Johor Bahru.

Pelaksanaan audit dalaman ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UTM ACe dalam memastikan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti sentiasa berada pada tahap yang baik, teratur dan selaras dengan keperluan yang ditetapkan oleh Universiti. Audit yang dilaksanakan turut menjadi platform untuk menilai keberkesanan pelaksanaan proses kerja, meneliti dokumentasi dan rekod berkaitan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan yang boleh diperkasakan dari semasa ke semasa.

Komitmen dan kerjasama warga UTM ACe sepanjang pelaksanaan audit mencerminkan kesungguhan bersama dalam memperkukuh budaya kualiti, pematuhan dan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan serta penyampaian perkhidmatan Pusat Akreditasi UTM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Audit Dalaman serta seluruh warga UTM ACe atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan audit ini.

05/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Musa bin Mohd Mokji atas pelantikan semula sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Akreditasi UTM - UTM ACe, berkuatkuasa mulai 01 Ogos 2026 - 31 Julai 2028.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang bakti dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memperkukuh kecemerlangan Pusat Akreditasi UTM - UTM ACe.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Photos from Pusat Akreditasi UTM - UTM ACe's post 05/08/2026

AUDIT PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI PENUH PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (KIMIA INDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN

Pusat Akreditasi Universiti (UTM ACe) telah menyelaras pelaksanaan Audit Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) dengan Kepujian yang berlangsung pada 27 hingga 28 Julai 2026 di Fakulti Sains, UTM.

Audit ini dilaksanakan bagi memastikan program akademik sentiasa memenuhi standard jaminan kualiti yang ditetapkan serta menyokong amalan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian pendidikan. Audit telah dilaksanakan oleh panel penilai yang terdiri daripada:

1. Prof. Dr. Mohd Hazwan bin Hussin, Universiti Sains Malaysia (USM) – Ketua Panel
2. Prof. Madya ChM. Dr. Hanis bin Mohd. Yusoff, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Pusat Akreditasi Universiti (UTM ACe) merakamkan penghargaan kepada semua ahli panel penilai atas sumbangan kepakaran serta kepada Fakulti Sains dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan audit ini.

Semoga inisiatif ini terus memperkukuh kecemerlangan akademik dan budaya jaminan kualiti di UTM.

Photos from Pusat Akreditasi UTM - UTM ACe's post 05/08/2026

AUDIT PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI PENUH PROGRAM DOKTOR PENTADBIRAN PERNIAGAAN DAN PROGRAM SARJANA PENTADBIRAN PERNIAGAAN

Pusat Akreditasi Universiti (UTM ACe) telah menyelaras pelaksanaan Audit Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh bagi Program Doktor Pentadbiran Perniagaan dan Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan yang telah berlangsung pada 28 hingga 29 Julai 2026 di Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS), UTM.

Pelaksanaan audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam memastikan program akademik sentiasa memenuhi standard jaminan kualiti yang ditetapkan, di samping menyokong amalan penambahbaikan berterusan bagi memperkukuh kecemerlangan penyampaian pendidikan tinggi.

Sepanjang audit berlangsung, setiap program telah dinilai oleh panel penilai yang dilantik berdasarkan kepakaran masing-masing seperti berikut:

📖 Program Doktor Pentadbiran Perniagaan

Prof. Dr. Suhaimi bin Mohd. Sarif, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – Ketua Panel
Prof. Madya Dr. Juwaidah binti Sharifuddin, Universiti Putra Malaysia (UPM)

📖 Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan

Prof. Madya Dr. Abdul Manaf bin Bohari, Universiti Utara Malaysia (UUM) – Ketua Panel
Dr. Nurwahida binti Fuad, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pusat Akreditasi Universiti (UTM ACe) merakamkan penghargaan kepada semua ahli panel penilai atas kesudian berkongsi kepakaran dan pandangan sepanjang proses penilaian. Ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada pihak Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pelaksanaan audit ini.

Semoga pelaksanaan audit ini terus memperkukuh budaya jaminan kualiti di UTM serta menyokong usaha universiti dalam memastikan setiap program akademik kekal relevan, berkualiti dan memenuhi keperluan pemegang taruh.

Photos from Pusat Akreditasi UTM - UTM ACe's post 05/08/2026

AUDIT PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI PENUH PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (FIZIK) DENGAN KEPUJIAN

Pusat Akreditasi Universiti (UTM ACe) telah menyelaras pelaksanaan Audit Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program Sarjana Muda Sains (Fizik) dengan Kepujian yang berlangsung pada 29 hingga 30 Julai 2026 di Fakulti Sains, UTM.

Audit ini dilaksanakan bagi memastikan program akademik sentiasa memenuhi standard jaminan kualiti yang ditetapkan serta menyokong amalan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian pendidikan. Audit telah dilaksanakan oleh panel penilai yang terdiri daripada:

1. YBrs. Ts. Dr. YM Engku Abd Ghapur bin Che Engku Ali, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Ketua Panel

2. YBrs. Prof. Dr. Yap Chi Chin, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pusat Akreditasi Universiti (UTM ACe) merakamkan penghargaan kepada semua ahli panel penilai atas sumbangan kepakaran serta kepada Fakulti Sains dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan audit ini.

Semoga inisiatif ini terus memperkukuh kecemerlangan akademik dan budaya jaminan kualiti di UTM.

Photos from Pusat Akreditasi UTM - UTM ACe's post 20/07/2026

🎉🎉Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :

Cik Nur Husna Pauzi
Naib Johan Trio Tenpin Boling
Mewakili UTM Kuala Lumpur

Puan Siti Norrafidah Raiff
Johan Woodball Single Wanita
Mewakili Jabatan Canseleri

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta kecemerlangan kerjaya, sukan serta mengharumkan nama UTM ACe.

17/07/2026

🌹 Sekalung Tahniah Prof. Dr. Normah Maan 🌹

Seluruh warga UTM ACe merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Khas C (VK7).

Semoga Allah SWT terus mengurniakan keberkatan, kesihatan yang baik, kekuatan serta kebijaksanaan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Semoga segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan sentiasa dipermudah serta dikurniakan kejayaan yang berterusan.

Tahniah dan selamat maju jaya dalam meneruskan amanah demi kecemerlangan universiti dan negara.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Pusat Akreditasi UTM (UTM ACe), Aras 3, Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310