06/12/2023
Saya selalu dapat soalan ni “Coach, boleh ke masa program ambil coffee?”
Jawapannya “Boleh” ✅ Tapi please, just coffee. Maksudnya no sugar, no creamer, no susu pekat manis. Just plain coffee. Nak letak fresh milk dlm 100ml, boleh 👍🏻 Dan limit to 2-3 cups per day. Jangan lebih2 ok 👌
Yang buat kita susah nak lose weight, in fact makin naik berat, ialah GULA. First thing nak kena betul ialah mindset. Bila mindset dah ok, inshaallah hujung bulan, bila kita timbang, 5kg* tu akan tercapai 💪🏻
DECEMBER INTAKE IS STILL OPEN‼️
Click the link at my bio ig to register✅
Let’s lose 5-10kg*🔥
28/11/2023
Makanan sihat ade jer yg murah guys!! Yg mahal alasan k*t 😂
26/11/2023
JENIS2 KARBO YANG BUAT CEPAT KURUS,GANTIKAN INI BUKAN TERUS XMKN .
25/11/2023
Strength training, komponen yang tidak asing lagi dalam rutin senaman untuk semua, dan sentiasa digabungkan dengan senaman kardiovaskular kerana rutin ini ada manfaat dan tujuannya tersendiri. Namun kita banyak mengelak daripada melakukan rutin ini kerana tak*t badan jadi mengembang dan sado. Benarkah?
APA ITU STRENGTH TRAINING?
Strength Training adalah rutin senaman yang membantu otot tubuh regang (contraction) yang akan menjadikannya bertambah tumpat, meningkatkan kekuatan tubuh dan stamina. Di mana sewaktu anda membuat strength training, fiber otot yang terlibat akan dibuka dan dibina semula dalam sehari dua, menjadikannya semakin kuat.
Rutin senaman untuk semua ini, dilakukan untuk pelbagai tujuan (contohnya untuk kurus dan juga untuk sado) selain mendapat kebaikan dengan melakukan rutin ini dengan berterusan.
24/11/2023
🤣 yg xbagus tu pilihan kita je 😛 tahukan betapa bagusnya snacking dlm diet kita utk sihat.
KEPENTINGAN SNACKING
Stabilkan gula dalam darah
Mengawal nafsu makan berlebihan
Membantu bakar lemak lebih laju
Membantu kenyang lebih lama
Memberi tenaga lebih lama
Meningkatkan metabolisma hari
24/11/2023
KENAPA PERLU SARAPAN?
1) Tenaga untuk badan kita bekerja seharian
2) Permulaan tahap metabolisma yang baik untuk badan kita
3) Tubuh badan yang sihat
4) Waktu penyerapan nutrient yang maksima oleh badan
Sarapan pagi sekitar 8 pagi atau dalam masa 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun dari tidur. Selepas tidur selama 6 hingga 8 jam, sarapan pagi amat penting untuk menambah kembali paras gula di dalam darah. Selain untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sarapan pagi juga membuat otak kita lebih cergas dan cerdas. Seeloknya pilih makanan tinggi kandungan karbohidrat kompleks dan tinggi protin.
23/11/2023
If your fitness routine is slowing down, make some healthy diet changes to keep seeing results.
If you’re struggling to eat well. schedule extra workouts.
21/11/2023
Nak turn 4-6kg sebulan
Faham kan ini pasti berhasil.
Perlu ingat juga, hanya jaga kalori belum tentu dpt hasil yg memuaskan kerana kalori mempunyai baik dan juga tidak baik! Lihat gambar 4&5.
20/11/2023
Selamat pagi.. sarapan apa tu 🥦🍠🥚.
Betul la tu.. lebih baik jaga kesihatan sebelum menyesal di kemudian hari !
(Nak tahu kenapa? Komen & share)
18/11/2023
1. Karbohidrat
Karbohidrat adalah sumber tenaga utama badan.
Dengan nutrien ini, otak dan badan akan berfungsi secara optimum
2. Protein
Pada menu diet yang sihat, anda boleh mendapatkan cukup nutrisi ini dengan mengambil telur, ikan, daging, kacang soya, ayam, keju dan kacang.
3. Lemak
Ini kerana lemak dapat mengekalkan struktur sel dan membantu tisu badan berfungsi dengan baik.
4. Vitamin dan mineral
Tidak dapat dinafikan bahawa vitamin dan mineral dapat membantu organ tubuh menjalankan fungsinya.
5. Air
Cecair adalah nutrien penting untuk diet yang sihat, ini kerana air boleh menghidratkan badan kerana kira-kira separuh daripada komposisi tubuh manusia adalah air.
16/11/2023
Selamat pagi.. sarapan apa tu 🥦🍠🥚.
Betul la tu.. kalau la kita berilmu segaler apa yg kita buat semuanya mudah. Betul ke betul!
(Nak tahu kenapa? Komen & share)