17/08/2026
It Ends Here!
Standings MISSAK XXV JOHOR 2026🔵🔴
Sebuah sekolah rendah swasta aliran agama yang dimiliki oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor. Sekolah ini berdaftar dengan KPM dan JAINJ.
Motto sekolah "Pembentukan Insan Soleh" Sekolah SRI Johor Bahru merupakan sebuah institusi pendidikan rendah yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan negeri Johor (JPNJ) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). KSSR (Kurikulum Standard Sek. Rendah dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama Johor serta pembangunan insan berasaskan Islamisasi ilmu, kini telah mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dun
17/08/2026
It Ends Here!
Standings MISSAK XXV JOHOR 2026🔵🔴
14/08/2026
🏆TAHNIAH WIRA-WIRA SRI JB! 🏆
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para atlet dan peserta Kontinjen SRI Johor Bahru yang telah berjaya meraih kedudukan Tempat Pertama hingga Tempat Ke-5 dalam MISSAK XXV Johor 2026.
Kejayaan ini bukan sekadar angka dan kedudukan, tetapi hasil daripada usaha tanpa mengenal penat, disiplin yang tinggi, semangat juang yang kental serta doa dan sokongan daripada ibu bapa, guru serta rakan-rakan.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SRI JB untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
"Sukan Menyatukan Ummah, Membina Karakter Holistik"
13/08/2026
KEPUTUSAN ANUGERAH OLAHRAGAWAN/OLAHRAGAWATI & JOHAN KESELURUHAN MISSAK XXV JOHOR 2026
📌OLAHRAGAWAN SERI
🥇Muhammad Dhiya Darwisy bin Mohd Affandy (SRI Seremban)
📌OLAHRAGAWATI SERI
🥇Zara Zulaikha binti Roslan (Seri Sungai Ramal)
📌OLAHRAGAWAN SEMI RENDAH
🥇Ahmad Ridhwan Ieman bin Ahmad Asnizam (SABK Maahad Al-Ummah Chemor)
📌OLAHRAGAWAN SEMI ATAS
🥇Muhammad Imran Mifdal bin Edy Suffian (SABK Maahad Al-Ummah Chemor)
📌 SEKOLAH RENDAH (SERI)
🥇Seri Sungai Ramal
🥈SRI Seremban
🥉Seri Alor Setar
📌 SEKOLAH MENENGAH RENDAH (SEMI)
🥇SABK Maahad Al-Ummah Chemor
🥈SM Seri Setia Seremban
🥉Semi Sungai Ramal
📌 SEKOLAH MENENGAH ATAS (SEMI)
🥇SABK Maahad Al-Ummah Chemor
🥈Semi Sungai Ramal
🥉SM Seri Setia Seremban
12/08/2026
[RAKAMAN PENUH] MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN IHTIFAL SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ABIM KEBANGSAAN (MISSAK) KE-25 TAHUN 2026
Link Youtube: https://youtu.be/HCf8U4K8TM0?si=r8SEn4xDExeNkfi3
12/08/2026
🎥 MONTAJ MISSAK XXV JOHOR 2026 | "Sukan Menyatukan Ummah, Membina Karakter Holistik"
Video Penuh ada di Youtube Sekolah SRI Johor Bahru.
Youtube: https://youtu.be/1AUuEm1hj40?si=2jVUINz6OhXQ1ihF
10/08/2026
Nak Gambar? mehh la imbas QR Kod ni🤗 MISSAK JOHOR 2026 🔵🔴
Agak-agak Negeri mana Tuan Rumah MISSAK 2028? ce komen🤭
10/08/2026
Alhamdulillah terima kasih YBM!👏🏻👏🏻👏🏻
Semangat macam ini, takkan saya balik dengan tangan kosong. Jadi pagi ini saya tambah lagi RM1000 kepada setiap pemenang!
Seronok melihat semangat anak-anak yang berkumpul di Larkin, Johor sempena Majlis Ihtifal Sukan Sekolah-Sekolah ABIM Kebangsaan yang ke-25.
Tetapi yang kita raikan hari ini bukan kemenangan semata-mata.
Kita mahu anak-anak belajar tentang disiplin, kerja berpasukan, keberanian dan bagaimana untuk bangkit semula selepas kalah. Semua ini juga sebahagian daripada proses pendidikan dan pembentukan karakter mereka.
Sudah 25 kali Ihtifal Sukan ini dianjurkan. Di belakang perjalanan panjang itu ada guru, ibu bapa dan seluruh warga ABIM yang tidak pernah berhenti menyediakan ruang untuk anak-anak berkembang.
Kerana mendidik generasi tidak pernah menjadi tugas kerajaan semata-mata. Ia memerlukan seluruh masyarakat bergerak bersama.
Sekolah dan institusi kita mungkin berbeza tetapi anak-anak yang sedang kita besarkan adalah generasi Malaysia yang sama. 🩵
MISSAK JOHOR 2026
Acara : Bola Jaring
Lokasi : Arena UTM
| Monday | 07:45 - 16:30 |
| Tuesday | 07:45 - 16:30 |
| Wednesday | 07:45 - 16:30 |
| Thursday | 07:45 - 16:30 |
| Sunday | 07:45 - 16:30 |