14/05/2026
π’ PROGRAM 5 MINIT KEMPEN SEKOLAH SELAMAT NEGERI JOHOR
π Minggu 17
π
11 Mei 2026 (Isnin)
SKTBT telah melaksanakan Program 5 Minit Kempen Sekolah Selamat Negeri Johor bagi memupuk kesedaran warga sekolah tentang kepentingan keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan bersama.
Ucapan dan perkongsian telah disampaikan oleh Guru Besar, Encik Mohammed Fadzil bin Selamat (sesi pagi) dan Guru Disiplin, Cikgu Zurehan binti Md Dan (sesi petang) yang menekankan nilai hormat-menghormati, menjaga kebersihan, menjauhi buli serta sentiasa peka terhadap keselamatan diri dan persekitaran sekolah.
Semoga usaha kecil yang dilaksanakan secara berterusan ini mampu membentuk budaya sekolah yang lebih selamat, sihat dan harmoni untuk semua warga sekolah π
14/05/2026
π’ PROGRAM 5 MINIT KEMPEN SEKOLAH SELAMAT NEGERI JOHOR
π
21 April 2026 (Selasa)
SKTBT telah melaksanakan Program 5 Minit Kempen Sekolah Selamat Negeri Johor bagi memupuk kesedaran warga sekolah tentang kepentingan bahaya penggunaan v**e dan sayangi diri dalam kalangan murid sekolah.
Ucapan dan perkongsian telah disampaikan oleh Guru Kaunseling (Cikgu Norazlina binti Salleh) yang menekankan nilai kesedaran tentang penggunaan kesan negatif v**e terhadap kesihatan.
Semoga usaha kecil yang dilaksanakan secara berterusan ini mampu membentuk budaya murid yang lebih sihat dan harmoni dalam sekolah π
07/05/2026
PANDUAN LALU LINTAS
SK TAMAN BUKIT TIRAM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kepada ibu bapa / penjaga SK Taman Bukit Tiram
Diharap dapat mematuhi laluan kereta dan motosikal yang telah ditetapkan.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan puan. Terima kasih.
πDikeluarkan oleh :
Unit Keselamatan dan Polisi Sekolah Selamat
πUNIT HAL EHWAL MURID
SK TAMAN BUKIT TIRAM
01/03/2026
Assalamualaikum / salam sejahtera.
Jika ada ibu bapa yg ingin mohon prasekolah bagi tahun 2027, dah boleh daftar online bermula 2 mac 2026 hingga 30 mei 2026.
https://eprasekolah.moe.gov.my
Dah siap isi online, sila print borang dan hantar ke Prasekolah SK Taman Bukit Tiram.
01/03/2026
TAJUK : MAJLIS PERSARAAN USTAZAH JANNAH BERSAMA MURID SESI PETANG
TARIKH : 27 FEBRUARI 2026
TEMPAT : SKTBT
Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Persaraan Ustazah Jannah bersama murid sesi petang dalam suasana penuh rasa syukur, kasih dan penghargaan. Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat mendidik anak-anak SKTBT.
Segala ilmu, tunjuk ajar dan kasih sayang yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga sekolah. Semoga Ustazah Jannah dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta diberkati setiap langkah dalam fasa kehidupan yang baharu.
Terima kasih atas segala bakti. Jasamu dikenang selamanya. π·β¨
01/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Barisan Pentadbir SKTBT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga sekolah, guru-guru, staf dan murid-murid yang beragama Islam.
Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan, meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT serta mendidik jiwa agar lebih sabar, ikhlas dan istiqamah dalam setiap amalan.
Marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah, mempereratkan ukhuwah dan menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati. ππ€
01/03/2026
TAJUK : PROGRAM BICARA ILMU
TARIKH : 24/2/2026
TEMPAT : DATARAN SKTBT
FOKUS : PROGRAM MAKDIS
Alhamdulillah, telah berlangsungnya Program Bicara Ilmu bertempat di Dataran SKTBT dengan pengisian khas berkaitan Bulan Ramadan di bawah Program MAKDIS. Perkongsian yang disampaikan memberi penekanan tentang kelebihan Ramadan, kepentingan menjaga adab berpuasa, memperbanyakkan amalan seperti solat, membaca al-Quran serta bersedekah.
Semoga program ini dapat menyemai rasa cinta kepada bulan yang penuh keberkatan ini, membentuk sahsiah terpuji dan meningkatkan semangat warga sekolah untuk merebut ganjaran pahala sepanjang Ramadan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. πβ¨
01/03/2026
TAJUK : PROGRAM IHYA RAMADAN
TARIKH : 13/2/2026
TEMPAT : DATARAN SKTBT
FOKUS : PROGRAM MAKDIS
Alhamdulillah, telah berlangsungnya Program Ihya Ramadan bertempat di Dataran SKTBT dengan pengisian utama Program MAKDIS yang memberi fokus kepada penghayatan amalan sepanjang bulan Ramadan dalam kalangan murid dan guru.
Turut memeriahkan program ialah agihan kurma oleh pihak PIBG kepada semua guru dan murid sebagai tanda sokongan serta perkongsian rezeki sempena bulan yang penuh keberkatan ini.
Semoga program ini dapat menyemai rasa cinta kepada Ramadan, memperkukuhkan ukhuwah warga sekolah serta mendidik jiwa agar terus istiqamah dalam beramal. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. πβ¨
16/02/2026
PEMAKLUMAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 (WARGANEGARA MALAYSIA)
KALENDAR AKADEMIK 2027
Dimaklumkan bahawa pendaftaran kemasukan murid Tahun 1 bagi Sesi Akademik 2027 kini dibuka untuk kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada tarikh berikut:
π¦ Kohort 6 Tahun (5+)
π
2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022
π§ Kohort 7 Tahun (6+)
π
2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021
π₯οΈ CARA PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
π https://idme.moe.gov.my/
π Selepas melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa/penjaga hendaklah mencetak borang permohonan dan menghantarnya bersama dokumen yang diperlukan ke pejabat sekolah.
ποΈ TARIKH PERMOHONAN
π
15 Februari 2026 hingga 30 Mac 2026
π MAKLUMAN PENEMPATAN
Kelulusan penempatan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah yang dipilih.
Sekiranya sekolah pilihan telah penuh, penempatan akan dibuat ke sekolah berhampiran yang mempunyai kekosongan.
07/02/2026
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Untuk makluman ibu bapa/ penjaga murid SKTBT:
πBerikut merupakan kalendar akademik dan acara tahunan sekolah bagi tahun 2026.
Sekian dimaklumkan, terima kasih β¨