Jom Mengaji Pulai Mutiara

Jom Mengaji Pulai Mutiara

Share

Menyediakan Kelas Mengaji Al-Quran Di Kawasan Pulai Mutiara, Pulai Indah & Sekitarnya

31/03/2026

Alhamdulillah.. Tahniah, Mabruk & Mumtaz ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐ŸŽ–๏ธ๐Ÿ†

07/03/2026

TAQWA DAN AL-QURAN ๐Ÿ“–โœจ

ุนูŽู† ุฃุจูู‰ ุฐูŽุฑู‘ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุงุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽูˆุตูู†ูู‰ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุจูุชูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุฃู’ุณู ุงู„ุฃูŽู…ู’ุฑู ูƒูู„ู‘ูู‡ู ู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุงุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฒูุฏู’ู†ููŠ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุจูุชูู„ุงูŽูˆูŽุฉู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุกูŽุงู†ู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู†ููˆุฑูŒู„ูŽูƒูŽ ููู‰ ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽุฐูุฎู’ุฑูŒู„ูŽูƒูŽ ููู‰ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู

Daripada Abu Dzar RA beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah SAW, berikan aku wasiat (pesanan). Rasulullah bersabda: Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah, kerana sesungguhnya ia adalah pokok bagi segala urusan. Abu Dzar berkata lagi: Wahai Rasulullah, tambahkanlah lagi kepadaku. Baginda bersabda: Hendaklah kamu sentiasa membaca al-Quran kerana sesungguhnya ia adalah cahaya bagimu di bumi (petunjuk di dunia) dan bekalan untuk mu di langit (simpanan pahala di akhirat). (HR Ibn Hibban No: 361). Status: Hasan Lighairihi.

โœ๐Ÿป Pengajaran:

1. Abu Dzar atau nama sebenarnya ialah Jundub bin Junadah adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang sangat zuhud. Beliau antara sahabat yang sering meminta kepada Rasulullah agar diberikan nasihat. Antara pesanan Rasulullah SAW:

๐Ÿ’  Bertaqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber kepada segala urusan, asas kepada seluruh amal soleh.

๐Ÿ’  Bacalah al-Quran, tadabur, hayati makna dan amalkan kandungannya kerana al-Quran adalah cahaya petunjuk untuk kita di dunia dan ia akan menjadi bekalan di akhirat.

2. Sifat taqwa perlu disuburkan dalam diri setiap orang beriman dengan melaksanakan seluruh kewajipan agama dan bersungguh-sungguh meninggalkan segala larangan syarak.

3. Taqwa kepada Allah adalah asas kepada segala amalan dan keberhasilan. Segala perbuatan dan usaha kita harus dilandaskan dengan kesedaran akan keagungan Allah dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Tanpa taqwa, segala amalan tidak akan diberkati dan mungkin akan terpesong dari jalan yang benar.

4. Sayidina Ali RA berkata: โ€œTaqwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.โ€

5. Al-Quran perlu dibaca, difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian agar ia menjadi cahaya petunjuk yang memandu kehidupan kita di dunia dan menjadi pemberi syafaat di akhirat kelak.

6. Membaca al-Quran akan mendapat ganjaran berganda. Abdullah bin Masud RA meriwayatkan sabda Nabi SAW:

ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุญูŽุฑู’ูู‹ุง ู…ูู†ู’ ูƒูุชูŽุงุจู ุงู„ู„ู‡ู ููŽู„ูŽู‡ู ุจูู‡ู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉูŒ ูˆูŽุงู„ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู ุจูุนูŽุดู’ุฑู ุฃูŽู…ู’ุซูŽุงู„ูู‡ูŽุง ู„ุงูŽ ุฃูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ู’ู… ุญูŽุฑู’ููŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ุฃูŽู„ูููŒ ุญูŽุฑู’ููŒ ูˆูŽู„ุงูŽู…ูŒ ุญูŽุฑู’ููŒ ูˆูŽู…ููŠู…ูŒ ุญูŽุฑู’ููŒ

โ€œSesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ุฃู„ู… itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.โ€ (HR Tirmizi No: 2910) Status: Hadis Hasan

Hadis ini mengajarkan kita dua perkara yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim: Taqwa kepada Allah dan membaca serta mengamalkan Al-Quran. Kedua-duanya adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rebut Pahala Bersihkan Jiwa ๐Ÿคโœจ



03/10/2025

Jawatan kosong Guru Al Quran Separuh & Sepenuh masa di Pulai Mutiara.

15/07/2025

3 Tiga amalan yang pahalanya terus mengalir (amal jariyah) adalah sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak saleh yang mendoakan orang tua. Amalan-amalan ini akan terus memberikan pahala, bahkan setelah seseorang meninggal dunia.

04/04/2025
07/07/2024

PERISTIWA PENTING & BERSEJARAH DI BULAN MUHARRAM๐Ÿ–Œ๏ธ

๐Ÿ“1 Muharram

Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

๐Ÿ“10 Muharram

10 Muharram juga dikenali sebagai Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

๐Ÿ“Allah menciptakan manusia pertama, Nabi Adam a.s.

๐Ÿ“Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah.

๐Ÿ“Nabi Idris a.s diangkat oleh Allah ke langit.

๐Ÿ“Nabi Nuh a.s diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

๐Ÿ“Nabi Ibrahim a.s diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

๐Ÿ“Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.

๐Ÿ“Nabi Yusuf a.s dibebaskan dari penjara.

๐Ÿ“Penglihatan Nabi Ya'qub a.s yang kabur dipulihkan Allah SWT.

๐Ÿ“Nabi Ayub a.s dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

๐Ÿ“Nabi Yunus a.s selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

๐Ÿ“Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s dan pengikutnya dari tentera Firaun.

๐Ÿ“Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni Allah SWT.

๐Ÿ“Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

๐Ÿ“Hari pertama Allah menciptakan alam.

๐Ÿ“Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

๐Ÿ“Hari pertama Allah menurunkan hujan.

๐Ÿ“Allah menjadikan 'Arasy.

๐Ÿ“Allah menjadikan Luh Mahfuz.

๐Ÿ“Allah menjadikan alam.

๐Ÿ“Allah menjadikan Malaikat Jibril a.s.

๐Ÿ“Nabi Isa a.s diangkat ke langit.

โœจSELAMAT TAHUN BARU ISLAM | 1 MUHARRAM 1446 Hโœจ

~ูƒู„ ุนุงู… ูˆ ุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ~

28/06/2024

Sohibul Quran ๐Ÿ“–

Photos from Jom Mengaji Pulai Mutiara's post 17/05/2024

Alhamdulillah & Tahniah kepada para pelajar Tahfiz Mumtaz diatas kejayaan dan kecemerlangan dalam pengajian Al Quran sehingga Khatam dengan ber-akhlak soleh & tekun.

Terima kasih kepada Tuanยฒ Puanยฒ ibubapa semua kerana hadir memeriahkan lagi majlis ini, syukran jazilan budi baik yang membawa juadahยฒ untuk jamuan hari raya juga.

semoga Allah memberi ganjaran yang baik dan berkat untuk kita semua ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผโœจ๐Ÿ™๐Ÿผ๐ŸŽ๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ“š.
cinta ilmu cinta al Quran.

Photos from Jom Mengaji Pulai Mutiara's post 27/04/2024

Alhamdulillah, Alhamdulillah . .

Terima kasih kepada hadirin semua kerana sudi hadir memeriahkan majlis . .

Syukran jazilan budi baik hadirin membawa juadah untuk jamuan hari raya juga . . ๐ŸŽ๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ“š

Semoga Allah memberi ganjaran yang baik dan berkat untuk kita semua ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

Cinta Ilmu Cinta Al-Quran ๐Ÿ’š



SALAM AIDILFITRI 1445H | MAAF ZAHIR & BATIN ๐ŸŒ™โœจ



Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


18A, Jalan Pulai Mutiara 4/9, Taman Pulai Mutiara
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 14:30 - 22:00
Tuesday 14:30 - 22:00
Wednesday 14:30 - 22:00
Thursday 14:30 - 22:00
Friday 14:45 - 22:00
Sunday 20:00 - 22:00