IQ Aulad Playschool & Preschool

IQ Aulad Playschool & Preschool

Share

Playschool Permata (4 Years Old)
playschool & Preschool (5-6 Years Old)

Visi : Melahirkan Generasi Speacial Needs freindly dengan kapasiti yang rendah.

iQ Aulad Playschool & Preschool juga dikenali sebagai Tadika iQ Aulad. Menerima pelajar-pelajar dari usia 3+ tahun sehingga 6 tahun. Nisbah guru dan pelajar yang kecil memberi privilege (hak istimewa)kepada kanak-kanak lebih banyak peluang untuk meneroka. Guru-guru berkelayakan dan memiliki sijil Asuhan Permata (KAP). Sekurang-kurangnya pemegang Diploma keatas.

16/07/2026

πŸ† TEMASYA SUKAN TAHUNAN iQ AULAD KALI KE-10 πŸ†

πŸ“… Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
πŸ•’ Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Sekolah Menengah Sri Pulai Perdana

Ayuh hadir memeriahkan Temasya Sukan Tahunan iQ Aulad! 🌈

Saksikan aksi penuh semangat daripada anak-anak iQ Aulad Playschool & Preschool, Tadika Al Akid, SRI Aulad Al Madani dan SMI Al Madani dalam pelbagai acara sukan yang menyeronokkan. Bukan sekadar mengejar kemenangan, malah membina keyakinan diri, semangat berpasukan, disiplin serta ukhuwah yang erat.

✨ Antara yang menarik:
πŸ… Acara sukan mengikut kategori umur
πŸƒβ€β™‚οΈ Larian baton
πŸŽ‰ Perarakan rumah sukan
🎁 Penyampaian hadiah & medal
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Acara khas untuk ibu bapa
πŸ“Έ Pelbagai momen indah untuk dikenang bersama

Kehadiran ibu bapa dan keluarga merupakan sokongan yang sangat bermakna buat anak-anak. Mari bersama-sama memberikan sorakan paling padu kepada wira dan wirawati cilik kita!

πŸ… Bersukan Dengan Ceria, Membina Generasi Cemerlang dan Berakhlak.

Photos from IQ Aulad Playschool & Preschool's post 15/07/2026

🍎πŸ₯› Sip & Crunch Day di iQ Aulad! πŸ₯•πŸŒ

Alhamdulillah, semalam dan harii ini anak-anak iQ Aulad begitu ceria menyertai Program Sip & Crunch. Melalui aktiviti ini, mereka menikmati buah-buahan segar dan minuman sihat sambil mempelajari kepentingan mengamalkan pemakanan yang seimbang sejak usia dini.

Setiap gigitan yang rangup dan setiap hirupan yang menyegarkan menjadi langkah kecil ke arah membina gaya hidup sihat, tubuh yang cergas serta minda yang cerdas.

Semoga anak-anak terus membesar sebagai generasi yang sihat, ceria, berilmu dan berakhlak mulia. ❀️

Photos from IQ Aulad Playschool & Preschool's post 15/07/2026

Galeri Lebah 🐝 🐝 🐝

Photos from IQ Aulad Playschool & Preschool's post 15/07/2026

Part two

Photos from IQ Aulad Playschool & Preschool's post 15/07/2026

πŸŒΏπŸ¦‹ Lawatan Sambil Belajar ke Taman Rama-Rama & Reptilia MelakaπŸ¦‹πŸŒΏ

Alhamdulillah, satu lagi pengalaman indah berjaya kami hadiahkan buat anak-anak iQ Aulad. ❀️

Seawal 6.00 pagi, wajah-wajah comel ini sudah berkumpul dengan penuh semangat. Ada yang tak sabar bertanya, "Cikgu, dah nak sampai ke?" πŸ˜„ Perjalanan yang jauh terasa singkat apabila diisi dengan doa, hafazan, hadis dan Bicara Iman yang mengingatkan kami tentang kebesaran Allah SWT melalui alam ciptaan-Nya.

Setibanya di Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka, keterujaan jelas terpancar di wajah anak-anak. Mereka seronok menyertai aktiviti Treasure Hunt, melihat rama-rama berterbangan, memegang ulat beluncas, menyaksikan kepompong, mengenali pelbagai jenis serangga dan haiwan serta mempelajari kitaran hidup rama-rama secara langsung.

Paling mengujakan apabila setiap anak diberi peluang melepaskan rama-rama ke habitatnya. Kedengaran sorakan kegembiraan memenuhi taman. πŸ¦‹βœ¨

Lawatan diteruskan ke Galeri Lebah, di mana anak-anak mengenali kehidupan lebah, merasa pelbagai jenis madu dan belajar bahawa setiap ciptaan Allah mempunyai manfaat kepada manusia.

Sepanjang lawatan, kami sentiasa mengajak anak-anak melihat alam dengan hati yang bersyukur. Setiap kali melihat sesuatu yang menakjubkan, mereka spontan mengucapkan...

Masya-Allah...hebat sungguh ciptaan Allah , Masya Allah lawa dan cantik catik ciptaan allah. Masya allah kagumnya dengan kehebatan Allah.
Alhamdulillah... kita dapat menyaksikan banyak hawain yang Allah cipta, melihat setiap proses kehidupan haiwan.

Inilah pembelajaran yang kami impikan. Bukan sekadar mengenal rama-rama, tetapi mengenal Pencipta kepada rama-rama itu sendiri.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberi kepercayaan kepada kami. Semoga setiap pengalaman ini menjadi kenangan manis dan ilmu yang akan terus mekar dalam hati anak-anak.

Photos from IQ Aulad Playschool & Preschool's post 09/07/2026

Alhamdulillah, pagi ini Allah SWT mengizinkan anak-anak iQ Aulad Playschool & Preschool sekali lagi menimba ilmu melalui pengalaman. Semoga Allah memelihara setiap langkah perjalanan kami, mengurniakan keselamatan, memudahkan segala urusan dan menjadikan perjalanan hari ini sebagai satu ibadah serta ilmu yang bermanfaat. Aamiin. πŸ€²πŸ»πŸ’š

Seawal jam 6.00 pagi, anak-anak telah berkumpul di sekolah dengan penuh semangat dan wajah yang ceria. Tepat jam 7.10 pagi, kami memulakan perjalanan menuju ke Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka.

Kini anak-anak sedang berehat dengan tenang di dalam Starex sambil menikmati perjalanan bersama guru dan rakan-rakan. Ada yang berbual, ada yang melihat pemandangan di luar tingkap, dan ada juga yang tidak sabar untuk tiba di destinasi pembelajaran hari ini. 😊

Insya Allah, kami akan berkongsi lagi pengalaman anak-anak sepanjang lawatan ini. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan dan semua selamat pergi serta pulang. πŸ¦‹πŸ’™

07/07/2026

πŸ¦‹πŸŒΈ TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR iQ AULAD! πŸŒΈπŸ¦‹

Alhamdulillah... Tahniah kepada semua anak-anak iQ Aulad yang akan menyertai Lawatan Pendidikan ke Taman Rama-Rama, Melaka pada 10 Julai 2026.

Lawatan ini merupakan kesinambungan daripada tema pembelajaran "Serangga" yang telah dipelajari oleh murid-murid pada minggu lepas di dalam kelas. Kini, anak-anak berpeluang melihat sendiri keunikan dunia serangga, khususnya rama-rama, dalam persekitaran sebenar.

πŸ“šβœ¨ Kami percaya pengalaman pembelajaran secara langsung (hands-on learning) akan menjadikan ilmu lebih bermakna, menyeronokkan dan kekal dalam ingatan anak-anak.
πŸ’™ Tidak sabar rasanya untuk melihat wajah ceria mereka meneroka habitat rama-rama, menyertai aktiviti STEM, Treasure Hunt serta mempelajari kebesaran ciptaan Allah SWT melalui pengalaman yang penuh bermakna.

Semoga lawatan ini menjadi satu pengalaman indah yang dapat menyemai sifat ingin tahu, cinta kepada alam semula jadi serta meningkatkan keyakinan diri anak-anak.
❀️ Jumpa semua pada 10 Julai 2026!

Mari kita cipta memori indah, belajar sambil meneroka dan bergembira bersama.

πŸ¦‹πŸŒΌ

05/07/2026

Assalamualaikum ✨

*Tadika Iq Aulad*
*4 Tahun*

Aktiviti : Memadankan haiwan dengan huruf awalan

Di akhir pembelajaran ini,kanak-kanak dapat :

1. Menyebut huruf abjad dengan baik
2. Memadankan haiwan dengan huruf awalan dengan betul
3. Mengenali sekurang kurangnya 3 haiwan liar dengan baik

Tahniah buat anak-anak πŸ’ž

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No 75A Jalan Enau 9 Tmn Teratai
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00