19/08/2026
AI Membentuk Semula Industri melalui Adaptasi Strategik
KUALA LUMPUR: Kecerdasan Buatan (AI) kini bukan lagi sekadar teknologi untuk mengautomasi tugasan, malah menjadi pemacu dalam mengubah cara manusia bekerja, membuat keputusan dan mencipta nilai. Perkara tersebut menjadi fokus podcast โAI & Uโ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menerusi tema โMembentuk Semula Industri melalui Adaptasi AIโ, yang menampilkan Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM sebagai panel.
Sesi yang dikendalikan oleh Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Pengarah Penyelidikan IKIM, turut disertai Puan Batrisyia Afrina binti Yusri Sham, Penerbit Program Radio. Perbincangan menekankan bahawa adaptasi AI memerlukan lebih daripada kecanggihan teknologi. Ia perlu disokong oleh data yang dipercayai, tenaga kerja berkemahiran, tadbir urus yang bertanggungjawab serta kolaborasi strategik antara universiti, industri dan masyarakat.
AI juga berpotensi mereka bentuk semula proses kerja, memperkukuh pembuatan keputusan serta membuka ruang kepada inovasi dan penciptaan nilai baharu. Sesi ini mengangkat kepentingan pendekatan yang seimbang antara teknologi, manusia dan nilai bagi memastikan AI dimanfaatkan secara strategik, bertanggungjawab dan berimpak dalam membentuk masa depan industri yang lebih berdaya saing.
14/08/2026
๐ฟ PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA JTNCPI 2026 ๐ฟ
14 Ogos - Program Gotong-Royong Perdana JTNCPI yang berlangsung pada pagi ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada warga JTNCPI UTM JB dan UTM KL. ๐๐
Bagi menyemarakkan lagi program ini, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat turut meluangkan masa melawat beberapa lokasi bagi melihat sendiri pelaksanaan aktiviti gotong-royong di seluruh JTNCPI serta bersama-sama memberikan sokongan dan semangat kepada warga JTNCPI.
Program ini bukan sahaja dapat memastikan persekitaran tempat kerja kekal bersih, ceria dan kondusif, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh semangat kerjasama dan menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga persekitaran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga JTNCPI yang telah memberikan komitmen dan menjayakan program ini. ๐๐ฑ
Bersih Persekitaran, Lestari Masa Hadapan
12/08/2026
Memperkasa Agenda Penyelidikan dan Inovasi UTM
JOHOR BAHRU, 7 Ogos 2026 โ Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) bagi meninjau kemudahan makmal serta keupayaan peralatan penyelidikan berteknologi tinggi yang dimiliki UTM.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh ekosistem penyelidikan dan inovasi universiti melalui pemerkasaan infrastruktur makmal, pengoptimuman penggunaan fasiliti penyelidikan serta penerokaan potensi kerjasama rentas disiplin.
Delegasi TNCPI turut diberi taklimat mengenai pengurusan makmal, keupayaan analisis penyelidikan dan kemudahan terkini yang menyokong penyelidikan bertaraf antarabangsa.
Selaras dengan aspirasi UTM ASCEND2030, lawatan ini mencerminkan komitmen universiti dalam memperkasakan kecemerlangan penyelidikan, mempercepat pemindahan teknologi, serta menghasilkan impak inovasi yang menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat.